akudotcom
CG Hardcore Club

- Messages
- 57,445
Top Poster #10
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 57,445
- Reaction score
- 6,723
- Points
- 881
- Awards
- 1
‘Musuh sebenar Zionis Yahudi, bukannya sesama Islam’
AZMI YUSOFAugust 2, 2024
Dr Azman2
Dr Azman Ibrahim
KUALA LUMPUR: “Melihat foto jenazah As-Syahid diiringi jutaan rakyat Iran sepatutnya membuka minda untuk sedar bahawa musuh kita yang sebenar ialah Zionis Yahudi dan bukannya sesama Islam,” kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim.
Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, berkata Zionis Yahudi dan dunia barat melihat bahawa manipulasi perbezaan antara Sunni dan Syiah adalah titik panas yang boleh dilagakan.
“Perkara ini yang membuatkan segelintir umat Islam hanyut menjadi bahan mainan mereka untuk menjarakkan lagi jurang perselisihan dan melupakan siapa lawan kita yang sebenar.
“Menuduh Iran bersekongkol dalam pembunuhan As-Syahid adalah satu dakwaan yang perlu dibuktikan, ketika majoriti dunia Arab Islam memencilkan Hamas, Iran adalah negara yang telah mendukung perjuangan rakyat Palestin sejak sekian lama.
“Bukan hanya dengan kata-kata dan slogan malah sokongan moral, kewangan dan persenjataan. Walau Iran dan Iraq zaman Saddam Hussein pernah berperang, tapi dalam isu Palestin, ketegasan antara dua negara berjiran ini adalah sama,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.
Kelmarin, Ketua Biro Politik Hamas, Syeikh Ismail Haniyeh, terbunuh dalam serangan peluru berpandu zionis Israel di Tehran yang dikebumikan di Doha, Qatar hari ini.
Jenazahnya itu diterbangkan dari Tehran ke Doha selepas Iran selesai mengadakan upacara penghormatan terakhir.
Azman berkata, Syiah Iran tidak akan menjadi Sunni dan begitu juga Sunni yang tidak akan menjadi Syiah.
“Kalau nak berlawan maka kita akan perlu berlawan tanpa ada kesudahannya. Ingatlah musuh sebenar kita tak pernah leka. Kuasa barat dan Zionis Yahudi tidak kisah sama ada Sunni atau Syiah, yang penting siapa boleh jadi boneka mereka.
“Amerika Syarikat bermusuh dengan Iran negara Syiah tapi di Iraq mereka angkat pemimpin Syiah memimpin kerajaan boneka selepas menjatuhkan Saddam yang merupakan seorang Sunni,” katanya. – HARAKAHDAILY 2/8/2024