akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 57,177
Top Poster #7
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 57,177
- Reaction score
- 6,702
- Points
- 881
- Awards
- 1
'Musuh Bersatu takut tengok gambar Muhyiddin diapit Hamzah, Azmin'
Ketua Pemuda Bersatu Hilman Idham hari ini mengingatkan ahli parti supaya berhati-hati dengan musuh yang menurutnya takut dengan barisan kepimpinan yang kuat.
Adun Gombak Setia itu memberitahu hadirin Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu bahawa dakwaan pertikaian antara kem, yang timbul selepas konvensyen parti pada Julai, adalah contoh serangan musuh mereka.
Kata Hilman, musuh mereka takut apabila melihat gambar Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin diapit timbalan presidennya yang baru dilantik Hamzah Zainudin dan setiausaha agung Azmin Ali.
“Para perwakilan, saya nak bagi nasihat bahawa sebagai ahli parti, apabila musuh gundah-gulana, mereka takut, bimbang, kita jangan seronok sahaja. Kita kena berwaspada, kita juga kena berhati-hati, sebab apabila musuh kita takut, gusar, gundah, dia akan laksanakan pelbagai strategi untuk menjatuhkan dan menggoyahkan kepimpinan kita yang kuat ini.
"Dia akan laga-lagakan kita. Dia akan kata ada kem itu, dia akan kata ada kem ini, lepas itu yang jadi mangsa saya," katanya semasa ucapan penggulungan.
Dia mengulas mengenai perubahan dalam kepimpinan parti itu baru-baru ini, yang menyaksikan Hamzah melepaskan jawatan setiausaha agung untuk memberi laluan kepada Azmin.
Minggu lalu, Muhyiddin memberitahu Malaysiakini bahawa keputusan pemilihan Bersatu menyaksikan kompromi bagi mengelakkan perpecahan berjaya.
Sebelum ini spekulasi menyebut kompromi itu dilakukan bagi mengelakkan pertembungan pasukan Hamzah dan Azmin.
Bercakap mengenai laporan berita mengenai perubahan kepimpinan Bersatu, Hilman berkata dia menerima banyak panggilan dan mesej mengenai perkara itu.
Dalam berseloroh Hilman berkata dia berasa seperti seorang operator telefon.
"Diorang kata, eh, kuat Bersatu ni, kalau inilah kepimpinannya," katanya.
Menurut Hilman, mereka yang menghubunginya terdiri daripada "rakan lama" termasuk menteri dan juga menteri besar.
Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!