BTC USD 58,675.2 Gold USD 1,797.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Muslihat baru Israel

BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Muslihat baru Israel

BEIT IKSA (Tebing Barat): Projek sistem kereta api berkelajuan tinggi bernilai AS$2 bilion (RM6.4 bilion) antara Tel Aviv dan Baitulmaqdis yang dirancang Israel bertukar menjadi mimpi ngeri apabila laluan projek akan diubah ke Tebing Barat.

Laluan baru itu akan dibina di wilayah yang menjadi pergolakan antara negara Zionis dan Palestin bagi meredakan kemarahan penduduk Yahudi yang membantah rancangan awal pembinaan landasan berhampiran kediaman mereka, selain kononnya untuk berfungsi sebagai jalan pintas. Pengkritik mendakwa tindakan itu melanggar undang-undang antarabangsa kerana projek pembinaan akan mencerobohi tanah milik penduduk Palestin dan tidak memberi manfaat kepada penduduk di Tebing Barat.

“Kerajaan Palestin akan berusaha bersungguh-sungguh mengikut saluran yang sah dan menggunakan apa juga kaedah diplomatik bagi menamatkan pencerobohan dan keganasan terhadap hak rakyat Palestin ini,” kata jurucakap kerajaan, Ghassan Khatib.

Beliau menggesa syarikat asing yang terbabit dengan projek pembinaan kereta api laju itu supaya menarik diri.

Beberapa syarikat dari Itali dan Russia dikatakan terbabit dalam projek pembinaan landasan itu, manakala anak syarikat kereta api dimiliki kerajaan Jerman pula bertanggungjawab ke atas pelan teknikal projek berkenaan.

Kerajaan Palestin berhasrat menubuhkan negara berdaulat yang menggabungkan wilayah di Tebing Barat, Gaza dan Baitulmaqdis yang dijajah Israel sejak 1967. Sementara itu, sumber pegawai kerajaan Israel berkata, mereka akan memastikan projek keretapi Tel Aviv-Bailtulmaqdis itu akan memberi faedah kepada rakyat Palestin. Bagaimanapun seorang penyelidik, Dalit Baum berkata, rancangan Israel itu hanya satu muslihat supaya projek berkenaan seolah-olah dilihat memberi manfaat kepada kedua-dua negara itu.

Laluan sepanjang enam kilometer yang akan dibina menerusi terowong itu membabitkan penempatan penduduk Palestin di Beit Iksa dan Beit Surik. Kebanyakan penduduk di dua kawasan itu sudah pun kehilangan tanah mereka ketika Israel membina tembok pemisah di Tebing Barat. - AP
 
Sponsored Post

MOD jr.

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
May 29, 2008
Messages
23,582
Reaction score
135
Points
133
ada lagi ke istilah diplomatik kalau ngan mangkuk hayun ni? perang je..tu je solution
 

n3scAf3 AIs

Active Member
Joined
Sep 30, 2009
Messages
1,473
Reaction score
28
Points
30
peranggggg...bangsat yahudi ni xleh bwak bincang..sje cari pasal...
 

copy left

CG Top Poster Club
Joined
Jun 25, 2008
Messages
27,007
Reaction score
568
Points
161
ape2 yg dilakukan israil bertujuan menghapuskan org2 palesti itu yg pasti
 

MuhdHusaini

Fun Poster
Joined
May 20, 2007
Messages
295
Reaction score
3
Points
15
They will be the next owner of the world for 50 years, So be ready.. with any thing you need.. They will hunt all Islam People that truly do theirs Islam...
 

fms

CG Top Poster Club
Joined
Feb 10, 2007
Messages
20,792
Reaction score
411
Points
141
kesian rakyat Palestin..
 

WangEmas

Active+ Member
Joined
Aug 28, 2009
Messages
3,519
Reaction score
55
Points
30
biarkan je drg buat, lepas dah siap bom kan.. biar zionist tu semua mampuih..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register