` Musim MATI Beramai² Kembali Lagi!!!!

Recommended Brokers


Poll : CariGold new board 2019

  • Fonts terlampau besar, boleh kecilkan sedikit

    Votes: 24 22.4%
  • Warna terlampau terang

    Votes: 8 7.5%
  • Sidebar besar agak mengganggu

    Votes: 44 41.1%
  • Sangat berminat dengan theme baru ini

    Votes: 29 27.1%
  • Serius, tak minat langsung

    Votes: 34 31.8%

Latest Threads

tebbaloi

Legendary Member
Joined
Mar 4, 2009
Messages
13,457
Reaction score
444
Points
0
sekadar informasi utk warga CG yg ingin pulang ke kpg menyambut hari raya.. akhir kata selamat berpuasa dan selamat hari raya :D :D



elakkan kemalangan..



Ingatan sempena musim perayaan,

MUSIM MATI BERAMAI-BERAMAI KEMBALI LAGI

Sebagaimana kita tahu dan sedari, setiap kali tiba musim perayaan khususnya Aidilfitri, statistik kemalangan maut di Malaysia secara otomatik akan meningkat dengan mendadak.. saya sebagai salah seorang rakan e-mel anda terlebih dahulu mengingatkan anda semua

"BERHATI-HATILAH SEMASA MEMANDU / MENUNGGANG SEMASA PULANG KE KAMPUNG"..

-pastikan kereta / motosikal anda telah diservis
-semua part dlm keadaan sempurna untuk berfungsi..

bagi yg menunggang motosikal

- jgn lupa pakai riding gear yg sesuai (helmet/fullface/topi keledar, glove, jaket, pelindung mata dan boot/kasut tak kira perjalanan anda hanya 10 minit ataupun 10 jam..
- berhati-hati dengan pemandu 4 tayar
- jika menunggang motor waktu malam jangan lupa pakai vest yg ada pantulan cahaya demi keselamatan nyawa anda dan ingat lah org tersayang.
- jika hari hujan jgn tunggang laju

-tunggang/pandu secara berhemah...remember speed kills... Full alert...
-dapatkan rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan (utk perjalanan yg melebihi satu jam)
-bertolak lebih awal (mengelakkan terburu-buru)
-kelajuan amat penting semasa di jalan/lebuhraya.. jgn terlaju laju atau terlalu perlahan.. pastikan bersesuaian
-berhenti rehat seketika jika merasa letih menunggang/memandu (selepas 2 jam menunggang/memandu tumpuan kita sudah hilang)

Last sekali...lesen, roadtax dan insurans...belum "expired"


SEMOGA KITA SEMUA SELAMAT BALIK KAMPUNG DAN KEMBALI KE KUALA LUMPUR


checklist yg bawak keta


-angin tayar cukup x
-lampu brek, signal, hi beam semua nyala
-aircond masih sejuk/dah servis
-pita seled (lampu picit) ada x kalau jalan/bawak keta waktu mlm
-fius spare ada
-engin dah servis
-tekan brek makan x
-tayar spare dah isi angin
-bunga taya masih ok
-alignment balancing tayar dah buat (atau masih ok)

checklist yg bawak moto


-angin taya cukup x
-ada bawak mentol depan, plug spare x
-moto 2 lejang, dah isi minyak 2T cukup x
-baju ujan bawa x
-dah plan tang mana nak berhenti rehat (untuk perjalanan melebihi 200km)



SETIAP tahun puluhan ribu kemalangan jalan raya dicatatkan, terutama ketika musim perayaan yang bukan saja menyebabkan kehilangannyawa, malah turut menyebabkan kerugian harta benda, bayaran ganti rugi oleh syarikat insurans, siasatan polis, kes mahkamahn serta tekanan emosi di kalangan mangsa.

Sebahagian kemalangan itu boleh dielak jika semua pemandu mengambil langkah berjaga-jaga, termasuk memastikan keadaan kenderaan sentiasa sempurna, terutama sebelum perjalanan jauh, mendapat rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan, bersabar dan mematuhi peraturan lalu lintas.

Kadang-kadang, hanya kerana mahu berjimat atau suka bertanggung, tidak menukar tayar atau pad brek yang sudah haus menjadi punca kemalangan maut, menyebabkan kehilangan orang tersayang. Berikut ialah sedikit panduan yang diharap dapat membantu pembaca menjadi pemandu berhemah.

* SENTIASA memakai tali pinggang keledar ketika memandu dan tegaskan penggunannya kepada penumpang.

* JANGAN memandu melebihi had kelajuan. Patuhi dan sentiasa kekalkan pemanduan pada had kelajuan dibenarkan dalam apa jua keadaan.

* SENTIASA kekalkan jarak selamat antara kereta dengan kenderaan hadapan. Jika memandu ketika hujan lebat, kekalkan lebih jarak antara kereta dengan kenderaan di hadapan atau belakang.

* KETIKA memandu, kita tidak dapat menjangkakan ada pemandu lain yang melakukan kesilapan. Jangan bergantung kepada pengguna jalan
raya lain untuk memastikan keselamatan anda.

* JANGAN pandang secara tepat lampu kereta dari arah bertentangan kerana ia menyilaukan mata. Pandu lebih ke bahagian kanan dan menjadikan garisan putih sebagai panduan sehingga kereta bertentangan berlalu.

* SENTIASA peka dan berhati-hati sebuah kereta membelok dengan tiba-tiba untuk mengelakkan lopak air atau lubang besar di jalan raya atau mengelakkan kon pembahagi jalan atau kereta rosak.

* MEMANDU dalam keadaan cuaca buruk terutamanya ketika hujan lebat sangat sukar. Tayar kereta mungkin hilang kuasa tarikan pada permukaan jalan basah. Pandulah kereta dengan perlahan jika jalan dipenuhi air.

* KETIKA memandu di lebuh raya, sentiasa berjaga-jaga kerana pemandu lain mengubah lorong dengan tiba-tiba untuk keluar.

* JANGAN biarkan emosi menguasai gaya pemanduan anda kerana ia menyebabkan keburukan dari kebaikan. Awasi tahap panas baran ketika menggunakan jalan raya.

* ELAK memandu jika letih. Jika penat, berhenti dan keluar dari kereta seketika dan lakukan senaman ringan menyegarkan badan atau berhenti menikmati secawan kopi yang pastinya membuatkan diri lebih segar dan peka.

* ANDA dinasihatkan memandu kenderaan diselenggara dengan baik. Periksa sistem penyejukan, brek, tahap cecair brek, tali sawat, tayar,
minyak enjin, lampu dan pengilap cermin sekurang-kurangnya sekali setiap minggu.

* PERHATIKAN kereta di hadapan selama 15 hingga 20 saat atau lebih untuk melihat dan menyedari sesuatu situasi merbahaya atau sebarang
masalah bagi mengelakkannya, supaya anda boleh menekan brek dengan pantas.

* JIKA anda ingin mengubah lorong, sentiasa pandang ke belakang menerusi cermin supaya mendapat kelegaan dan keyakinan berbuat
demikian.

* PERIKSA keadaan tayar kereta anda. Pastikan tekanan angin mencukupi dan corak bunga tayar masih ada untuk mendapat pemanduan serta cengkaman baik. Ia menjamin keselamatan anda ketika di jalan raya terutama sekali sewaktu memandu dalam cuaca buruk.

* TEMPAT paling selamat untuk kanak-kanak ialah bahagian tengah tempat duduk belakang. Kanak-kanak yang berusia lima tahun ke bawah haruslah ditempatkan dalam tempat duduk khas dan dipasangkan tali pinggang keselamatan.


sumber - niosh

dan terima kasih kepada mereka yg reply.. antaranya tips mereka adalah

tambah!!.. jangan potong barisan, ketika sesak .. ni kalau boleh 10 kereta nak redah .. huih last masuk parit..

aku nak add satu. don't drink and drive........

byk2 bersabar masa memandu...

tambah satu lagi,, jangan merokok ketika memandu bg muslim yang berpuasa.

lagi satu, biar lambat sikit ajer asalkan selamat,
biarlah org kampungg tanya knp lambat sangat,pukul bape bertolak dr ibukota...tengok jiran sebelah dah lama sampai dah...
kadang tension gak haku melayan ayat2 begini.:mad:

ni aku sokong..lau lalu kat jln dua hala satu lorong,jgn la nk memotong line yg panjang smpi jadi 3 lorong plak..memotong bila perlu je,kat korner pun nk memotong alamat masuk bwh lori la..:((

nak masuk lorong, tolong kasi signal..jgn men masuk jek..
update lagi 2 hari nak raya!

dont drink and drive,and beware of dog.
lagi pesanan...org sebelah atau belakang jgn bikin panas sama itu driver...kalau dia tengah hot kasi sejuk sama dia...jangan cari pasal...selalunya orang tgh emo akan bawak kereta tak hengat dunia:D:D:D:D:D
kalo ngantuk singgah dulu benti tido jap...baru sambung balik perjalanan
sikap baran, cepat panas, tak sabar2, kapla angin dan lain2 dlm diri pemandu tuh sendiri,,kena ubah.
 
Last edited:
Sponsored Post

mustopa_a

Legendary Member
Joined
Apr 9, 2008
Messages
12,098
Reaction score
73
Points
0
tambah!!.. jangan potong barisan, ketika sesak .. ni kalau boleh 10 kereta nak redah .. huih last masuk parit..
 

payne11

Super Active Member
Joined
Nov 13, 2007
Messages
5,369
Reaction score
0
Points
0
erkk..menakutkan gmbr tu..
 

fredo

Super Active Member
Joined
Nov 17, 2007
Messages
5,036
Reaction score
30
Points
48
Location
EURO/JAPAN
lagi satu, biar lambat sikit ajer asalkan selamat,
biarlah org kampungg tanya knp lambat sangat,pukul bape bertolak dr ibukota...tengok jiran sebelah dah lama sampai dah...
kadang tension gak haku melayan ayat2 begini.:mad:
 

sipout

Active Member
Joined
Dec 22, 2007
Messages
1,523
Reaction score
12
Points
0
Location
Jay Bee
tambah!!.. jangan potong barisan, ketika sesak .. ni kalau boleh 10 kereta nak redah .. huih last masuk parit..
ni aku sokong..lau lalu kat jln dua hala satu lorong,jgn la nk memotong line yg panjang smpi jadi 3 lorong plak..memotong bila perlu je,kat korner pun nk memotong alamat masuk bwh lori la..:((
 
Sponsored Post
Top
Log in Register