BTC USD 63,944.2 Gold USD 1,776.82
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Murtabak raja

GASTER123

Legendary Member
Joined
May 6, 2008
Messages
15,829
Reaction score
448
Points
131
KUALA LUMPUR - Murtabak raja terkenal di Kelantan tetapi mungkin tidak ramai yang pernah mendengar nama dan berpeluang merasai keenakannya.

Bersaiz besar dan mempunyai inti yang banyak, ia sememangnya menjadi makanan yang cukup popular di kalangan rakyat negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Bagi mengembangkan populariti makanan itu ke serata Malaysia, Muslim Best Food Industries Sdn. Bhd, mengambil inisiatif menjadikannya sebagai produk sejuk beku yang mampu disimpan lama.

Menurut Pengarah Eksekutifnya, Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohammed, sejak dilancarkan kira-kira enam bulan lalu, produk yang mempunyai ketebalan dua inci dan berat melebihi 600 gram itu nyata membawa pulangan memberangsangkan.

"Paling membanggakan, sewaktu kami menyertai Karnival 1Malaysia Best di Perth baru-baru ini, semua 300 kotak yang dibawa habis dijual dalam masa hanya dua hari.

"Maklum balas diterima juga menggalakkan. Ia kerana kami amat mementingkan kualiti dengan menggunakan 100 peratus daging lembu tempatan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di gerainya di Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2010) dekat sini hari ini.

Murtabak itu boleh dimiliki dalam tiga perisa iaitu sardin berperisa nanas, kari ayam dan daging lada hitam.

Sheikh Ahmad menambah, sempena MAHA 2010, pengunjung berpeluang membeli murtabak tersebut pada harga RM14 berbanding harga biasa RM16.

"Produk ini tidak dijual di mana-mana pasar raya dan ia hanya dijual melalui stokis kami di seluruh negara. Kami juga sedang mencari stokis baru dan jika ada yang berminat mereka boleh hubungi saya di talian 03-80622781," katanya.
 
Sponsored Post

GASTER123

Legendary Member
Joined
May 6, 2008
Messages
15,829
Reaction score
448
Points
131
sape ada beli kat MAHA..bg testi sikit..arini aku nak g cari..
 

akukurt

Legendary Member
Joined
Feb 9, 2010
Messages
10,593
Reaction score
60
Points
120
macam pernah nampak thread orang jual murtabak raja ni dalam CG... den lom pernah cuba lagik :D
 

niko

Active+ Member
Joined
Jun 5, 2009
Messages
3,052
Reaction score
24
Points
30
bgi aku lagi best yng kat psar mlm,ntah bgi aku tak sdap sngt pon,maybe sbb die jnis yng segere kot...
 

mr_x6006

Legendary Member
Joined
Sep 26, 2009
Messages
14,719
Reaction score
282
Points
131
sizecom.jpg


klik disini:http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=83318



Murtabak di raja kat Kelantan.. :)cgrock

murtabak.jpeg


info: http://niknurehan84.wordpress.com/2009/03/28/made-in-kelantan-delicious-royal-murtabak-2/
 

AjuL

Super Active Member
Paid Membership
Joined
Jul 2, 2009
Messages
9,046
Reaction score
173
Points
73
xsilap ada sorang akak jual murtabak ni kat cg..dah masuk paper :)paid
 

saigonz

Active+ Member
Joined
Nov 12, 2007
Messages
2,562
Reaction score
46
Points
30
compare dengan mertabak singapore mana best? sapa pernah try?
 

sideskirt

Active+ Member
Joined
Jul 31, 2007
Messages
3,819
Reaction score
16
Points
25
aku penah beli ngan puteri dulu ...

pada aku masih takleh lawan kg melayu punye ... :D
 

tebbaloi

Legendary Member
Joined
Mar 4, 2009
Messages
13,457
Reaction score
444
Points
131
yup.. ada kak ina jual kat sini.. huhu dah lama aku tak makan :(( memang sedapp
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register