Murid Tahun 6 dirogol 5 lelaki

CG Sponsors




Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,397
Reaction score
4,281
Points
201
5 lelaki tidak mengaku rogol budak 12 tahun

KUALA TERENGGANU: Lima lelaki termasuk dua remaja bawah umur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merogol budak perempuan berusia 12 tahun.

Tertuduh, Tuan Muhammad Shafiq Tuan Ismail, 21; Muhammad Ghadafi Abdullah, 20; dan Ahmad Syah Herfudin Omar, 23, serta dua remaja berusia 16 dan 17 tahun mengangguk faham ketika pertuduhan mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan dibacakan secara bersama di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa secara berkumpulan di ladang sawit di Ketengah Jaya, Dungun antara jam 9 malam hingga 11 malam pada 29 September lalu.

Bagi kesalahan itu, setiap tertuduh berdepan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan dengan alasan kes itu membabitkan mangsa yang masih kanak-kanak sehingga dia mengalami tekanan dan trauma sehingga tidak mahu ke sekolah.

Selain itu, pihak pendakwaan memberi alasan jaminan tidak ditawarkan demi keselamatan mangsa kerana keluarganya membuat aduan mereka diganggu dan diugut keluarga tertuduh selepas kejadian berkenaan selain kes itu sudah menjadi tular di laman sosial.

Bagaimanapun, selepas mempertimbangkan rayuan semua tertuduh, mahkamah membenarkan setiap mereka diikat jamin RM18,000 dengan seorang penjamin.

Selain itu, kedua-dua remaja berkenaan diarahkan dihantar ke Asrama Rusila Marang sementara menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM).

Mahkamah juga menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa, keluarga dan saksi selain perlu melaporkan diri pada 1 dan 15 hari bulan setiap bulan di Balai Polis Ketengah Jaya sepanjang prosiding berlangsung.

Mahkamah seterusnya menetapkan 24 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud, manakala dua remaja serta tertuduh, Mohd Ghadafi diwakili peguam, Nik Mohd Radhia Nik Mohd Abd Ghani daripada Tetuan Alda Shukri [email protected] Associate.

Seorang lagi tertuduh, Ahmad Syah Herfudin diwakili peguam, Masliela Ismail daripada Tetuan Ghazali Ismail & Co.

BH sebelum ini melaporkan lima lelaki ditahan kerana disyaki merogol murid tahun enam.

Dalam kejadian itu, mangsa mendakwa ditahan dua suspek dengan seorang daripadanya dikenali dan kemudian mengajaknya ke ladang sawit sebelum dirogol.

Tiga lagi suspek yang tiba di lokasi kejadian turut merogol mangsa.
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,939
Reaction score
1,695
Points
151
Bakpe tak hantar ke pusat tahfiz utk pemulihan akhlak

suruh mereka hapal 30 juzuk lah


Jenayah rogol: Pencegahan dari perspektif Islam
July 3, 2019
IMG-20190703-WA0063-696x348.jpg

ISLAM merupakan agama yang cukup menjaga soal nasab, keturunan serta maruah. Malah penjagaan tersebut dikategori sebagai salah satu dari 5 perkara asas darurah yang dikenali sebagai ad-daruriyatul khams (الضروريات الخمس). Tanpa 5 perkara penjagaan ia iaitu agama, nyawa, akal, nasab keturunan termasuk maruah serta harta akan membawa kebinasaan dan kehancuran dalam kehidupan.


Dalam Islam, jenayah rogol adalah satu jenayah yang amat berat sekalipun ia tidak termasuk dalam ketegori jenayah hudud yang ditetapkan kadar hukumannya. Para ulama berselisih pandangan akan hukuman yang wajar dikenakan ke atas perogol. Ia kerana jenayah rogol merupakan jenayah yang melibatkan persetubuhan namun berlaku secara paksaan ke atas satu pihak lagi. Berbeza dengan zina yang melakukan jenayah atas kerelaan kedua-dua pihak.

Majoriti ulama berpandangan ia diqiyaskan kepada jenayah zina dari sudut hukumnya ke atas perogol, namun tidak dikenakan ke atas mangsa rogol. Jika perogol belum bernikah maka dikenakan sebatan sebanyak 100 kali namun jika sudah bernikah maka hukumannya ialah rejam.

Ada juga ulama seperti pandangan dari Mazhab Hanafi dan Maliki yang berpandangan harus hukuman takzir lebih berat iaitu hukuman bunuh berdasarkan pembuktian dan kondisi jenayah yang berlaku atas pertimbangan oleh pihak mahkamah untuk memutuskannya. Ini kerana mangsa menanggung malu dan beban hasil paksaan yang terkena ke atas dirinya. Malah hakim boleh menimbangkan hukuman pampasan menerusi takzir yang patut diterima oleh mangsa rogol bagi menampung bebanan yang dipikul.

Namun di pengamalan Mahkamah di Malaysia adalah berbeza kerana bidang kuasa Mahkamah Syariah yang terhad diikat pada Akta 355 atau dikenali Akta 356. Jenayah rogol menerusi Mahkamah Sivil pada Seksyen 376 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman bagi pesalah rogol ialah penjara minima lima tahun dan maksima 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan. Dalam hal ini, hukuman ke atas perogol sahaja dan mangsa tiada peruntukan apa-apa pampasan melainkan menanggung malu.

Di sinilah, perlunya pihak kerajaan mengambil tindakan yang agresif untuk memastikan bidangkuasa Mahkamah Syariah terus dipertingkatkan bagi mengikuti seluruhnya hukum di dalam Islam. Tidak lagi hanya terhad pada bidangkuasa tertentu yang amat sempit.

Dalam kes yang berlaku seperti yang dilaporkan melibatkan kanak-kanak bawah 12 tahun, ia tidak boleh diambil ringan walaupun atas alasan bawah 18 tahun. Ini kerana mangsa rogol yang akan menghadapi tekanan minda dan kesan fizikal. Malah sudah pasti keluarga mangsa lebih terkesan berbanding keluarga pesalah. Maka keadilan perlu diberikan kepada kedua-dua pihak sewajarnya menurut perspektif Islam.

Selain itu, isu rogol di negara ini sudah kritikal. Sudah acapkali pimpinan PAS menggesa pihak kerajaan dalam menangani kes rogol dengan lebih efisien dan terbaik.

Di samping itu, Pemuda PAS Selangor juga melihat beberapa tindakan yang boleh diambil sebagai solusi kes jenayah rogol ini dengan dua aspek:

Pertama: Aspek pendidikan

1. Pihak kerajaan mesti memperkasakan silibus pengajian Islam di seluruh sekolah dan pelbagai tahap pendidikan sebagai subjek wajib, bukan selektif.

2. Para ibu bapa dan guru mesti berganding bahu memantau kelakuan anak-anak dan memastikan sukatan pelajaran agama diberikan perhatian yang lebih dan serius.

3. Mempergiatkan kempen yang sihat dalam membangunkan nilai moral dan jati diri syaksiah seperti kempen jaga pandangan dan memelihara kehormatan di seluruh peringkat sama ada agensi kerajaan, sekolah, masyarakat dan keluarga.

4. Penekanan pemakaian patuh syariah yang menutupi aurat oleh semua umat Islam serta pemakaian sopan bagi yang bukan beragama Islam. Termasuk juga pengiklanan sama ada secara maya, digital serta di papan tanda.

Kedua: Aspek Pencegahan

1. Memperkasakan bidangkuasa Mahkamah Syariah agar diberikan kuasa penuh sebagaimana peruntukan dalam syariat Islam.

2. Kementerian yang berkaitan seperti Penerangan, Komunikasi dan Multimedia untuk lebih agresif menyekat laman sesawang yang mempunyai unsur lucah dan seksi.

3. Penetapan cara pemakaian yang bersesuaian dengan etika agar tidak seksi dan menjolok mata. Bagi umat Islam dengan menutupi aurat, bagi bukan beragama Islam ialah batasan sopan.

4. Pihak berkuasa mesti menutup semua pusat maksiat sama ada yang berlesen atau tidak. Serta memantau pusat siber umum agar tidak menjadi tempat lepak remaja-remaja dengan aktiviti yang kurang sihat.

Pemuda PAS Selangor berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil langkah segera bagi memastikan kes jenayah rogol ini dapat di atasi dengan terbaik menerusi aspek pendidikan dan aspek pencegahan.

“Demi Islam”

“Bangkit: Pemuda Perintis Kebangkitan Ummah”


USTAZ HANAFI ZULKAPLI

Ketua Pemuda

Dewan Pemuda PAS Selangor

Tarikh : 29 Syawal 1440H / 3 Julai 2019 – HARAKAHDAILY 3/7/2019
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
283,507
Reaction score
11,707
Points
2,376
Lame doh ke tu geram ke budok tu
Cari nyakit blake la tu
Sian la budok tu
Hok rogol tu tunggu la giliran kene pulop duk dalam tu
 

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
6,700
Reaction score
606
Points
121
aku rasa diorg ni bukan pedo. diorg ni apa pun hentam je nenek pun kalo ada chance diorg hentam.

mungkin diorg tau budak kecik tenaga x kuat, kena lagi senang diperbod.ohkan ..

tapi aku masih heran la, 2020 masih ada byk lagi ibubapa yg percaya kat anak2 pompuan diorg utk jalan sendiri la (contoh kes ni bawa moto) , etc etc etc..

mmg jenis main lepas je ke?

dulu2 bole la.

ni skrg aduhai.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register