hiduprakyat
Legendary Member

- Messages
- 19,878
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 19,878
- Reaction score
- 1,396
- Points
- 201
Murid dihukum belajar atas lantai kerana tak bayar yuran sekolah
MEDAN - Nasib seorang murid terpaksa duduk di lantai mencetuskan pelbagai reaksi termasuk ahli politik setelah klip video itu menjadi tular di media sosial.
Menerusi rakaman video tersebut, ibu murid itu, Kamelia, 38, sebak melihat keadaan anaknya kerana dilayan sebegitu rupa.
"Ibu orang yang berpendidikan dan jauh lebih berpendidikan daripada saya. Setidaknya jangan buat anak saya seperti binatang," kata Kamelia yang ternyata kecewa dengan tindakan guru kelas itu.
Ketika ditemui TribunTangerang.com di rumahnya, wanita itu mengakui keluarganya mengalami masalah kewangan memandangkan suaminya hanya bekerja sebagai tukang buat bangunan.
"Saya merancang untuk membayar yuran itu pada Rabu lalu dengan menggunakan wang hasil jualan telefon bimbit terlebih dahulu.
Susulan kritikan yang meluas, guru besar sekolah itu, Juli Sari menjelaskan dia tidak tahu-menahu tentang tindakan guru kelas berkenaan dan sudah memohon maaf kepada keluarga murid berkenaan. - Agensi