eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,652
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,652
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
JOHOR BAHRU: Sekurang-kurangnya dua murid lelaki disyaki dicabul kehormatan oleh seorang guru tuisyen di sini yang mengugut merotan mereka jika perbuatannya dibocorkan.
Perbuatan lelaki itu yang dikatakan bermula Januari lalu hanya terbongkar baru-baru ini apabila seorang mangsa enggan menghadiri kelas bimbingan guru berkenaan yang dikendalikan di Taman Melodies.
“Guru lelaki itu antara lain menyuruh anak saya memegang alat sulitnya,” kata ibu kepada seorang mangsa berusia sembilan tahun.
Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ah Fang, 32, berkata tembelang guru berkenaan yang bijak mengambil hati ibu bapa murid hingga diamanahkan menghantar murid itu pulang, akhirnya pecah apabila dia sebenarnya menjadikan mereka sebagai alat pemuas nafsu seksnya di dalam kelas.
Katanya, dia mula mengesyaki hubungan rapat anaknya dengan guru berusia dalam lingkungan 30-an berkenaan selepas bertemu seorang rakan mangsa yang enggan lagi belajar di situ kerana mendakwa guru tuisyen terbabit bertindak keterlaluan pada kira-kira jam 2 petang, Jumaat lalu.
“Tidak sedap hati dengan kata-kata rakan anak saya, saya menunggu hingga anak pulang dan apabila dia tiba di rumah kira-kira jam 6 petang, saya menyoalnya.
“Ketika itulah, anak sulung daripada tiga beradik itu mengaku gurunya sering memaksanya berbogel dan berbaring di atas meja sambil menutup mata apabila murid lain sudah pulang.
“Dia juga mengugut merotan anak saya jika memberitahu orang lain mengenai kejadian itu,” katanya ketika ditemui di pejabat Timbalan Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Johor, Rodney Soon di sini, semalam.
Ah Fang membuat laporan di Balai Polis Sentral di sini, Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob mengesahkan menerima laporan dan pihaknya sudah menahan reman lelaki terbabit selama lima hari berakhir hari ini untuk membantu siasatan.
“Suspek terbabit ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan kerana disyaki melakukan persetubuhan luar tabii,” katanya.
Zaman sekarang anak2 depan guru pun tak boleh yakin selamat
~X(~X(~X(