Muntazar Al-Zaidi

CG Sponsors




king_diamond

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Sep 3, 2008
Messages
10,160
Reaction score
359
Points
131
Barangkali semua umat Islam kenal dengan si polan ini yang femes dalam sekelip mata. Bagi yang belum mengenali beliau, inilah si pembaling kasut kepada Bush sewaktu lawatan Bush ke Iraq tempohari.

Disini saya cuma ingin berkongsi sedikit biografi mengenai wira Arab (gelaran yang diberikan oleh rakyat Iraq dan seluruh Arab) :-

Beliau adalah seorang wartawan penyiaran bekerja di Al-Baghdadia yang berpengkalan di Mesir. Berusia 29 tahun dan masih belum berkahwin. Menjadi terkenal pertama kali apabila beliau ditahan oleh sekumpulan geng di Baghdad pada tahun 2007 dan pernah 2 kali ditangkap oleh pasukan bersenjata US.

Editor TV ini juga terkenal dengan sikap beraninya apabila membuat kenyataan 3 hari selepas dibebaskan dari tahanan sekumpulan yang tidak dikenali dengan berkata, "Ini adalah kerja-kerja samseng yang tidak berpuashati dengan laporan Al-Muntadhar yang semuanya telus dan tidak berat sebelah,"

Seterusnya pada tahun 2008, beliau sekali lagi menggemparkan dunia apabila bertindak nekad membaling kasut ke arah Bush sambil mengeluarkan perkataan "Ini adalah hadiah perpisahan wahai anjing!" dan "ini untuk para janda, anak2 yatim dan semua yang terkorban di Iraq!". Dalam kekalutan tersebut, Dana M. Perino, setiausaha media Rumah Putih terkena besi pemegang mikrofon manakala Bush mengelak sebanyak dua kali dari lemparan kasut tersebut. Muntazar akhirnya ditahan dan diheret keluar oleh pengawal Istana selepas itu.

Apa yang mengharukan ialah, jurukamera Muntazar mendedahkan sekeping nota yang diberi oleh Muntazar sebelum beliau melemparkan kasut itu yang berbunyi, "Ianya adalah satu kehormatan untuk syahid" yang menandakan bahawa Muntazar tidak mengendahkan apa jua risiko yang menimpa beliau akibat dari insiden itu.

p.s ~ Sedikit renungan buat kita semua, sedang kita semua asyik bertikam lidah bercekang urat sesama sendiri, asyik bergaduh sesama muslim, ada saudara seislam kita yang direct-direct mengambil tindakan. Inilah semangat Hang Jebat yang hilang selama hari ini....

 
Top
Log in Register