Muntah bau nasi

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
PASIR PUTEH: Seorang remaja dianggap pelik kerana tidak menjamah nasi walaupun pelbagai lauk lazat dihidangkan sebaliknya dia termuntah jika tercium bau makanan itu.

Itulah yang berlaku terhadap Fariezuwan Muslim, 14, atau dikenali sebagai ‘budak segera’ sejak 14 tahun lalu kerana dia juga tidak boleh menjamah mi atau bihun kecuali mi segera, memaksa keluarganya berbelanja antara RM20 hingga RM50 sehari untuknya kerana terpaksa mencari alternatif makanan lain untuknya.


“Tekak saya loya sebaik terhidu bau atau melihat nasi,” katanya.


Berikutan itu, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Sri Aman itu kini bergantung hidup dengan makanan restoran segera seperti ayam goreng, burger, mi segera, roti dan juga piza selain kuih.


Dia yang juga anak ketiga daripada empat beradik akan muntah jika termakan atau terbau nasi, mi, bihun atau kuetiau.


Walaupun tidak pernah makan nasi sepanjang 14 tahun dalam hidupnya, Fariezuwan tidak pernah mengalami penyakit kronik kecuali demam biasa dan selesema.

Fariezuwan berkata, pernah dia makan ayam goreng dalam pinggan yang digunakan ayahnya, Muslim Mohamed, 45, namun kepalanya terus pening sebaik mengetahui bekas itu sudah diisi nasi.


Katanya, ketika waktu rehat di sekolah, dia hanya memakan kuih dan sirap sebelum mengasingkan diri daripada rakannya yang lain kerana malu berikutan masalah dihadapi.


“Ketika makan di rumah, saya duduk berasingan dengan keluarga kerana langsung tidak boleh menghidu bau nasi manakala di bulan puasa pula, saya hanya memakan roti bakar buat pengalas perut.


“Malah, saya juga tidak pernah mengikuti keluarga ke majis kenduri kecuali keluarga terdekat kerana tidak mahu dilabel sombong oleh mereka yang tidak tahu mengenai masalah saya itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Sri Aman, dekat sini, semalam.


Menurutnya, pernah sekali dia mencuba memakan nasi ketika berusia empat tahun, namun makanan itu terus terkeluar dari mulut tanpa sempat menelannya.


“Itulah sebabnya sehingga kini, saya tidak boleh makan nasi. Namun saya tidak anggap diri ini pelik kerana kehidupan saya normal seperti rakan lain, selain aktif sukan,” katanya.


Ibunya, Azizah Abd Hamid, 47, pula berkata, dia menyedari Fariezuwan tidak boleh makan nasi ketika anaknya itu berusia setahun.


Katanya, ketika itu, dia cuba menyuapkan bubur nasi kepada Fariezuwan, tetapi anaknya itu terus menangis dan menutup mulutnya.


“Perkara itu berlarutan hinggalah dia meningkat dewasa dan kami pernah membawa Fariezuwan berjumpa doktor pakar sebelum dia disahkan sihat serta tidak mengalami penyakit serius,” katanya.
 
Sponsored Post

my.name.is.nad

Legendary Member
Joined
May 12, 2008
Messages
10,496
Reaction score
6
Points
115
nenek saya kalau dengan daging.. ayam lembu or kambing.. mesti dia loya kalau termakan..
 

RuthlessFairy

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
May 15, 2009
Messages
27,496
Reaction score
115
Points
128
ala.. menagada. dr kecik dimanjakan ngan makanan segera mmg la!
cuba dr kecik diajar.
 

Megat Sri Rama

CG Top Poster Club
Joined
Aug 28, 2007
Messages
20,277
Reaction score
506
Points
161
apa pula mesti makanan segera...

boleh makan roti tu, makan je la roti.

tak pun makan kentang. apa sampai RM50 sehari.
 

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
Itulah yang berlaku terhadap Fariezuwan Muslim, 14, atau dikenali sebagai ‘budak segera’ sejak 14 tahun lalu kerana dia juga tidak boleh menjamah mi atau bihun kecuali mi segera, memaksa keluarganya berbelanja antara RM20 hingga RM50 sehari untuknya kerana terpaksa mencari alternatif makanan lain untuknya.
ayam sekor baru rm10. ni kes tak reti masak la ni. sumer aci beli.

tak pun temberang
 

ronaldinhood

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Apr 3, 2006
Messages
9,352
Reaction score
73
Points
70
Ramai orang kat dunia ni boleh hidup tanpa makan nasi. No big deal.
 

numanuma

Active Member
Joined
Nov 8, 2006
Messages
1,721
Reaction score
92
Points
30
mase sekolah menengah

ade kes mcm ni jgk, kawan aku

tak boleh makan nasi,

tapi kawan aku ni lagi serius, kalau termakan nasi dia akan sakit

maka tiap2 minggu family dia akan supply french fries pada cook house

dia survive makan tu je

tapi sihat dah boleh bersukan
 

skunksounds

Active Member
Joined
Jul 21, 2006
Messages
1,010
Reaction score
2
Points
25
anta jer gi asrama... nnt tray2 mkn nasi tu die telan jugak!
 

zuljaalaa

Legendary Member
Joined
Jun 3, 2006
Messages
11,879
Reaction score
49
Points
125
mengada-ngada btul budak ni.. harap laa tak jadi kat anak aku
 
Sponsored Post
Top
Log in Register