BTC USD 34,670.4 Gold USD 1,834.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mungkinkah Najib Kembali Sebagai PM Ke - 10 ?

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,935
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,935
Reaction score
4,387
Points
296
Awards
1
23.11.2021 - Kuala Lumpur, Kesan terburuk daripada Pilihan Raya Negeri Melaka adalah Najib Razak mungkin akan menjadi Perdana Menteri ke-10 Malaysia selepas Pilihan Raya Umum ke-15. Adakah ini perkara yang layak diterima rakyat Malaysia? Untuk menolak orang yang menjadikan negara kita terkenal sebagai “kleptokrasi terburuk” dan kemudiannya menerimanya semula empat tahun kemudian sebagai seorang penyelamat negara, yang dibebaskan daripada semua pertuduhan rasuah, seakan-akan mencuba untuk mewujudkan satu contoh terbaik kleptokrasi di dunia.

Tidak terkejutlah, sepucuk “surat kepada editor” bertanya perkara berikut:

“Bagaimana seorang yang tersabit bersalah boleh menjadi suatu perkara sensasi dalam kempen PRN Melaka?

927207fb1b3e91a6d1a6ffd3a731001e.jpg


“Bagaimana sebuah gabungan politik yang dipenuhi pertuduhan dan kes rasuah di mahkamah berjaya memenangi hati pengundi? Perkara ini amat mengagumkan.”

Nasib baik, perkara ini belum lagi menjadi satu perkara yang tidak boleh diubah sebelum PRU-15 yang akan datang. Barisan Nasional memenangi majoriti dua pertiga kerusi dalam Dewan Undangan Negeri baharu negeri Melaka, tetapi parti tersebut tidak memenangi dua pertiga undi yang dibuang pada 20 November 2021. Malah, BN hanya berjaya mendapat 38.39 peratus undian daripada jumlah keseluruhan undian, peningkatan yang sangat kecil, sebanyak 0.55 peratus berbanding dengan PRU pada tahun 2018. Jelas sekali, BN tidak mempunyai mandat majoriti rakyat Melaka, apatah lagi dua pertiga, untuk memerintah negeri tersebut.

1e90c40a3697bbea2e19623980dcc722.jpg


Terdapat 11 kerusi di mana BN menang dengan majoriti kurang daripada seribu undi, lapan di mana Pakatan Harapan (PH) berada di tempat kedua dan tiga di mana Perikatan Nasional (PN) berada di tempat kedua. Kadar keluar mengundi di PRN Melaka ini adalah 19 peratus lebih rendah berbanding dengan kadar keluar mengundi dalam PRU-14 83.52 peratus dalam PRU-14 berbanding dengan 64.56 peratus dalam PRN Melaka 2021. DAP telah kalah di kerusi Pengkalan Batu dengan 131 undi, Duyong dengan 200 undi, Gadek dengan 559 undi; PKR pula kalah di Paya Rumput dengan 629 undi, Kelebang dengan 876 undi, Machap Jaya dengan 938 undi, dan Rembia dengan 860 undi; manakala Amanah kalah di Durian Tunggal dengan 559 undi. Bersatu kalah di Tanjung Bidara dan Pantai Kumbar dengan 364 dan 827 undi, dan PAS kalah di Serkam dengan 789 undi. Sekiranya 11 kerusi ini telah dimenangi oleh PH dan PN, pembahagian kerusi di antara tiga gabungan politik ini akan menjadi PH 13, BN 10, dan PN5.

c8d09cf5c4aeb014cd2795690f8b80e7.jpg


Keputusan Pilihan Raya Negeri Melaka ini mengingatkan saya kepada lawatan saya ke Makam Hang Tuah di Duyong, di mana saya terfikir sejenak, sama ada sumpahan rasuah yang telah menyebabkan kejatuhan empayar Melaka 500 tahun yang lalu juga akan sekali lagi menyebabkan kejatuhan Melaka dan Malaysia di abad ke-21. Tidak ada ragu-ragu, PRN Melaka ini merupakan satu halangan kepada matlamat DAP dan Pakatan Harapan untuk Utamakan Malaysia, Perlembagaan Malaysia, Rukun Negara, tadbir urus yang baik, dan kedaulatan undang-undang. Rakyat Malaysia tidak boleh berputus asa untuk terus menggunakan nilai terbaik pertemuan empat tamadun hebat dalam negara kita untuk menjadikan Malaysia sebuah negara hebat bertaraf dunia -- walaupun sekiranya perkara ini hanya dapat dicapai pada ulang tahun ke-100 penubuhan negara pada tahun 2057.

Walaupun terdapat penganalisa politik yang mengatakan rakyat Malaysia tidak berminat kepada prinsip-prinsip ini semua, saya diperkuatkan lagi selepas lawatan saya ke Bukit Cina semasa kempen PRN Melaka ini, kerana kejayaan kempen rakyat Melaka dan rakyat Malaysia, 37 tahun yang lepas, untuk “Selamatkan Bukit Cina” sebagai sebuah warisan kebangsaan adalah bukti yang kita boleh dan akan berjuang demi prinsip dan kepentingan negara.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/600309
 
Sponsored Post

Megat Al Fateh

Active Member
Messages
1,735
Joined
May 6, 2019
Messages
1,735
Reaction score
899
Points
81
PM dua kali ni mcm tak berapa elok lah

bagi jelah orang lain, sambung sikit lagi project dia tu

berundur cara kehormat, macam pak lah
 

Penbiru

CG Top Poster Club
gem
Messages
24,577
Joined
Jan 12, 2008
Messages
24,577
Reaction score
4,086
Points
261
Awards
1
PM dua kali ni mcm tak berapa elok lah

bagi jelah orang lain, sambung sikit lagi project dia tu

berundur cara kehormat, macam pak lah
Dia tak boleh jadi PM lagi....apa juga keadaan dia kena sedar......Kalau tak sedar juga ..dan dicanangkan Najib jadi bakal PM...silap silap BN hilang semua kerusi
 

jaws_am

Legendary Member
gem
Messages
18,858
Joined
May 29, 2008
Messages
18,858
Reaction score
7,925
Points
481
Awards
1
Dia dgn PAS kuat lagi ni..
So possibility tinggi diangkat jdi PM..
 

Megat Al Fateh

Active Member
Messages
1,735
Joined
May 6, 2019
Messages
1,735
Reaction score
899
Points
81
Dia dgn PAS kuat lagi ni..
So possibility tinggi diangkat jdi PM..
najib ni aku puji dia kalau bab visionaries tu.. mmg betul ada wawasan buat pembangunan

nampak fizikal benda yg dia usahakan tu.. bukan sekadar slogan semata2

cuma.. ada masalah sikit dengan org keliling dia, dok guna dia, yelah.. mana2 pm pun org akan dok himpit kan

org yg rapat mengekor dia masa ceramah pun sekelip mata boleh stab back dia bila dia kalah dulu
tu dia politik kita.. tikam belakang tu biasa, ada juga yg mmg suka main tikam belakang.. luar biasa.. :ROFLMAO:
 

CoAdmin

Fun Poster
Messages
303
Joined
Apr 19, 2011
Messages
303
Reaction score
15
Points
25
Awards
1
kalau TUN M boleh jadi 2kali.. mgkn DSNR pon leh jadi gok.. tapi lagi elok.. bagi orang len la.. borink lak orang yang same.. bg pluang orang len naik plok.. baru leh rase pelbagai visi n misi.. kuikuikuikui..
 

Megat Al Fateh

Active Member
Messages
1,735
Joined
May 6, 2019
Messages
1,735
Reaction score
899
Points
81
LKS ni mmg dia buat najib ni jadi boogeyman dkt pengundi cina dia

aritu kecoh jap dia ungkit pasal kes teoh beng hock.. dok kait dgn najib lagi

kena maki balik dgn geng dia sendiri pasal apa dulu dlm kerajaan tak berbunyi pun

dekat situ dah nampak niat dia mcm mana.. semua nak main perspective buruk je dkt org lain
 

logammaut

Legendary Member
gem
Messages
11,528
Joined
Dec 12, 2009
Messages
11,528
Reaction score
1,393
Points
201
Takkanlah parti sebesar UMNO cuma ada najib je yg layak jadi PM. Tu lah budaya cantas mencantas dlm UMNO. Org yg bagus dah kena cantas awal2 lg. Tinggallah kaki bodek & jilat.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register