BTC USD 62,154.0 Gold USD 2,319.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mungkin perkara ini yang PNB perlu lakukan

antudegil

Active Member
Messages
1,790
Joined
Feb 25, 2006
Messages
1,790
Reaction score
103
Points
33
Kita semua sedia maklum perancangan kerajaan hendak membina sebuah bangunan 100 tingkat yang hendak dinamakan Menara Warisan Merdeka. Atau adakah ia sebenarnya idea PNB? Atau mungkin idea Rosmah Mansor?

Menara Warisan Merdeka yang dicadangkan ini akan dibina di tapak bersebelahan Stadium Merdeka dan Stadium Negara. Kedua-dua stadium dan kawasan sekitar dimiliki oleh PNB.

Menara Warisan Merdeka dilaporkan bakal menelan belanja sebanyak RM5 bilion. Mengikut cakap Hamad Kama Piah, bos PNB, sumber kewangan untuk projek mega ini datang dari poket PNB sendiri.

Soalannya, apabila bangunan 100 tingkat ini siap nanti apa akan jadi pada Stadium Merdeka dan Stadium Negara?

PNB menjelaskan yang kedua-dua stadium akan dikekalkan sebagai warisan negara. Okay, tapi isunya adakah kekal sebagai artifak sejarah atau digunakan sepenuhnya untuk aktiviti kesukanan?

Stadium Merdeka adalah stadium keramat bolasepak Malaysia. Ia adalah stadium perlawanan akhir Piala Malaysia setiap tahun hinggalah tahun 1994 bila Stadium Shah Alam mengambil alih. Ia juga adalah stadium di mana kita menganjurkan Pestabola Merdeka dan perlawanan-perlawanan antarabangsa melibatkan Harimau Malaya.

Begitu juga dengan Stadium Negara, stadium keramat badminton Malaysia yang pernah menyaksikan negara kita menjulang Piala Thomas.

Semenjak Kuala Lumpur FA berpindah ke Stadium KLFA di Cheras, Stadium Merdeka kini sunyi. Apabila kita meraikan kemerdekaan ke-50 ubahsuai telah dibuat dan Stadium Merdeka dikecilkan dari kapasiti 45,000 kepada hanya 20,000. Kini ianya jarang sekali digunakan walaupun terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Memandangkan kepada protes ramai rakyat Malaysia terhadap cadangan membina Menara Warisan Merdeka, adalah lebih baik sekiranya PNB mengambil pendekatan yang berbeza dalam membangunkan kawasan sekitar Stadium Merdeka dan Stadium Negara.

Cadangan dari Unit Pengurusan Strategik Bolasepak Sokernet, apa kata RM5 bilion yang didakwa duit poket PNB itu dilaburkan dalam satu pelaburan yang mungkin memberi pulangan dividen sebanyak 6 peratus setahun. Maka dalam setahun PNB bakal memiliki sejumlah RM300 juta dividen.

RM200 juta boleh digunakan oleh PNB untuk apa-apa tujuan, bayar bonus kepada pemegang saham atau sebagainya. Hanya RM100 juta saja diperlukan setahun untuk satu tujuan murni yang hendak Sokernet cadangkan.

Majukan bolasepak negara. Dan juga badminton kalau mahu.

Stadium sudah tersedia, hanya yang diperlukan ialah bakat-bakat bolasepak dan beberapa kemudahan lain untuk pembangunan bolasepak. Kawasan projek bangunan 100 tingkat seluas 19 ekar boleh saja digunakan untuk membina 2 atau 3 padang bolasepak tambahan bersaiz antarabangsa, sebuah asrama, pusat perubatan dan pejabat pentadbiran. Bina sebuah akademi bolasepak.

Dengan peruntukan RM100 juta setahun, ia sebenarnya lebih dari cukup untuk menguruskan sebuah akademi bolasepak. Malahan dengan adanya pusat pembangunan bolasepak ini kerajaan boleh melupakan saja rancangan Akademi Bolasepak di Pahang bernilai RM20 juta yang hendak dibangunkan itu. Atau jika masih berminat, kerajaan boleh turut serta membangunkannya di tapak PNB ini.

Bagi memaksimumkan lagi penggunaan Stadium Merdeka, PNB boleh juga mewujudkan sebuah kelab bolasepak profesional. Asalkan namanya janganlah PNB FC atau Hamad Kama Piah United. Namakan Kuala Lumpur FC atau Kuala Lumpur United, atau Kuala Lumpur Eagles atau apa saja asalkan ada perkataan Kuala Lumpur. Supaya ramai peminat bolasepak di KL yang dapat turun ke stadium untuk memberi sokongan.

Kelab bolasepak profesional ini mestilah dikendalikan secara profesional, sesuai dengan statusnya. Pemain-pemain boleh diserap dari bakat-bakat bolasepak yang berlatih di akademi milik PNB tadi. Apa lagi dengan pemain import dibenarkan semula pada tahun 2012, PNB boleh menggunakan peruntukan RM100 juta setiap tahun untuk mendapatkan tenaga import yang berkualiti.

Kalau betul cara pengurusannya, tidak mustahil akademi dan kelab bolasepak ini dapat membuahkan hasil buat PNB.

Kalau setiap kali perlawanan 15,000 penonton hadir ke stadium dengan setiap seorang membayar RM10, itu sudah memberi pulangan sebanyak RM150,000 buat PNB dari kutipan tiket sahaja. Stadium Merdeka milik PNB, begitu juga tapak stadium maka mereka tidak perlu membayar satu sen pun untuk sewa stadium atau tapak. Sedang akademi pula mungkin menghasilkan 20 bakat baru bolasepak setiap tahun, yang boleh diserap PNB ke dalam kelab profesional mereka atau dijual kepada pasukan bolasepak yang lain.

Dan paling penting, PNB boleh melaksanakan tanggungjawab CSR mereka. Padang bolasepak yang dibangunkan di sekitar Stadium Merdeka boleh dibuka kepada orang awam pada waktu tertentu untuk mereka bermain bolasepak. Sekurang-kurangnya, warga KL dapat hidup aktif dan sihat serta berpeluang untuk bermain bola di padang hijau yang sekarang ini hampir ketandusan di KL. Dan mungkin masalah gejala rempit, hisap gam atau merakam video 3gp juga dapat diatasi.

Konsep yang sama juga boleh diaplikasikan untuk Stadium Negara dan sukan badminton.

Idea ini mungkin nampak sembrono dan sembarangan. Tapi aku rasa idea buat bangunan 100 tingkat lagi tidak masuk akal sebenarnya.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register