BTC USD 54,694.3 Gold USD 1,792.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

(News) Mungkin Ini Spesifikasi Samsung Galaxy Tab A8 2021

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,170
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,170
Reaction score
4,271
Points
236
Mungkin Ini Spesifikasi Samsung Galaxy Tab A8 2021, Di Jangka Tiba Oktober Ini;

Samsung bukanlah sebuah jenama yang asing lagi dalam pasaran tablet Android. Seperti sedia maklum, siri Galaxy Tab A adalah peranti yang mampu milik berbanding siri Galaxy Tab S. Kini, mereka dilaporkan sedia untuk menawarkan pengganti Galaxy Tab A7 menerusi Galaxy Tab A8 2021. Ia dikatakan bakal dilengkapi memori 3GB atau 4GB RAM dan storan dalaman 128GB bersama kad mikroSD.

Samsung-Galaxy-Tab-A8-2021.jpg


Selain itu, ia turut mungkin mempunyai cip pemproses Snapdragon, paparan TFT LCD FHD+, empat pembesar suara Dolby Atmos dan model selular LTE serta WiFi. Tambahan lagi, tablet ini dijangka akan diperkenalkan bersama-sama Samsung Galaxy S21 FE.

Sumber asal https://www.91mobiles.com/hub/samsung-galaxy-tab-a8-2021-specifications-launch-date-exclusive/
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,170
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,170
Reaction score
4,271
Points
236
Spesifikasi Samsung Galaxy Tab A8 10.5 (2021) Tertiris

Spesifikasi Samsung Galaxy Tab A8 10.5 (2021) Tertiris - Cip UNISOC Tiger T618 ?;

Sebelum ini, timbul desas-desus mengenai ura-ura bahawa Samsung sedang mengusahakan tablet berukuran 10-inci versi mampu milik. Mungkin dikenali sebagai Samsung Galaxy Tab A8 10.5 (2021), beberapa informasi mengenai rekaan serta spesifikai pada tablet ini telah tertiris ke arena web.

Dari segi rekaan, Samsung Galaxy Tab A8 10.5 (2021) akan mempunyai tubuh yang diperbuat daripada aluminium. Rekaan yang tertiris turut sama menunjukkan tablet tersebut akan dilengkapi saiz bezel yang agak tebal bersama penggunaan satu kamera di belakang. Seterusnya, tablet turut mempunyai empat pembesar suara yang menyokong Dolby Atmos, bicu audio 3.5mm dan port sambungan USB-C.

Seperti namanya, Samsung Galaxy Tab A8 10.5 (2021) dijangka menampilkan paparan bersaiz 10.5-inci TFT WUXGA dengan kadar segar semula standard 60Hz. Kemudian, ia juga besar kemungkinan dijana oleh pemproses Unisoc Tiger T618 dengan padanan memori sehingga 4GB RAM dan storan dalaman sehingga 128GB. Ini adalah cip pemprosesan yang sama boleh ditemui pada tablet HTC A100.

Kamera utama adalah 8-Megapixel dan kamera swafoto pula sebesar 5-Megapixel yang boleh digunakan untuk tangkapan gambar atau panggilan video. Tidak ketinggalan, bateri sebesar 7,040mAh turut digunakan yang dijangka menyokong pengecasan 15W.

Samsung Galaxy Tab A8 10.5 (2021) mungkin hadir dalam beberapa pilihan warna seperti emas, perak dan kelabu. Ia juga dijangka akan dilancarkan dalam varian LTE dan WiFi sahaja. Maklumat mengenai tarikh pelancarannya masih menjadi misteri setakat ini.

Sumber asal https://www.gsmarena.com/samsung_ga...lay_260_or_so_price_lte_option-news-51150.php
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register