Mundok, Thailand

Recommended Brokers


puteriwang

Fun Poster
Joined
Apr 16, 2008
Messages
923
Reaction score
0
Points
10
Salam.

(dah search tapi takdok lg topic ni).

Warga CG, ada yang pernah sampai ke Mundok, Thailand?
Kena menyeberang melalui Kelantan dengan menaiki bot, tambang RM1 sehala.. tak sampai 2minit dah sampai.
Boleh lambai-lambai je dari Malaysia :p

Tak perlu pasport, tak perlu tukar ke matawang bhat.

Jangan salah, ianya bukan melalui Rantau Panjang ye? :D

Pernah masuk Berita Harian.


Peniaga dakwa penguatkuasaan di sempadan agak longgar

RANTAU PANJANG: Peniaga di Kawasan Bebas Cukai (KBC) di sini, tidak berpuas hati dengan tahap penguatkuasaan di sempadan Kelantan-Thailand khususnya di Kampung Jeram Perdah, Mundok yang didakwa agak longgar sehingga menyebabkan perniagaan mereka terjejas teruk.
Mereka mendakwa lebih ramai berkunjung ke pekan Mundok untuk membeli-belah dan tidak lagi berbelanja di kawasan bebas cukai kerana barangan di situ lebih murah selain tidak dikenakan cukai.
Tinjauan Berita Harian ke pekan Mundok, kelmarin, mendapati orang ramai berpusu-pusu menyeberangi Sungai Golok dengan tambang bot hanya RM1 setiap seorang dan kembali semula ke sini dengan pelbagai jenis barangan yang dibeli.

Orang ramai dikatakan semakin bertambah khususnya setiap Jumaat dan Isnin di mana kawasan meletak kenderaan di tebing sungai yang berdekatan rumah penduduk kampung sesak sehingga di bahu jalan.

Timbalan Presiden Persatuan Peniaga-Peniaga Melayu Rantau Panjang, Ramli Abdullah, berkata hampir 800 peniaga di kawasan bebas cukai itu kerugian kerana pelanggan beralih ke pekan Mundok.

Beliau berkata, tahap penguatkuasaan yang agak longgar menyebabkan orang ramai bebas keluar masuk menerusi pangkalan haram di situ seterusnya membeli-belah dengan kadar harga barangan yang lebih murah, selain tidak dikenakan cukai.
"Apa guna kawasan bebas cukai di pekan Rantau Panjang sekiranya ada kawasan lain yang berdekatan ‘lebih bebas’ dan menarik hati orang ramai untuk berbelanja.

"Kami berharap agensi berkaitan mengambil tindakan sewajarnya untuk mengatasi masalah ini kerana ia menjejaskan mata pencarian kami," katanya ketika ditemui, semalam.

Ramli berkata, bilangan pelanggan yang semakin berkurangan juga menyebabkan ramai peniaga di kawasan bebas cukai di sini menghadapi pelbagai masalah termasuk kesukaran membayar pinjaman tekun serta Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

"Perbezaan harga barang di sini dengan pekan Mundok amat ketara kerana ada barangan yang berbeza harga sehingga RM5 hingga RM8.

"Keadaan ini juga menyebabkan pelanggan ‘lari’ ke sana dan sudah semestinya menjejaskan pendapatan peniaga di sini," katanya.

Peniaga, Ayub Mat, 39, berkata biasanya pada setiap Jumaat, pelanggan ramai datang ke KBC, di sini tetapi kini mereka lebih suka membeli-belah di Mundok.

Katanya, pelanggan mudah menyeberangi ke pekan itu dan membeli-belah walaupun terpaksa bersesak di dalam bot enjin galah menyeberangi sungai selebar kira-kira 60 meter itu.

"Sekiranya bot terbabit terbalik sudah tentu akan meragut nyawa kerana muatannya berlebihan selain ada yang membawa anak-anak kecil bersama,” katanya.
Sebenornya, saya pun baru tahu mengenai kewujudan Mundok, Thailand ni.. tu pun setelah kawan-kawan dari luar Kelate duk cerita suka pergi Mundok.. eheheh.

Korang ada pengalaman?:-?

Sedikit info:
1. Kalau dari rumah saya, nak pergi mundok.. dekat kalau melalui pasir mas.
Akan lalu stesen keretapi pasir mas sebelah kanan lps tu terusssss jah, nampak simpang.. masuk kanan (sebab memang takleh ke kiri hehe).. lps tu terussss lagi, agak-agak dalam 10-15minit kalau tak merempit, akan nampak kereta banyak di kiri kanan.. itulah ia MUNDOK (mundok sebelah kanan jalan).

2. Hari Jumaat & Isnin adalah hari nat (macam hari pasar tani dorg.. semua kedai buka + sangat meriah).. kalau pergi hari lain, tak semua kedai buka.
(parking yg sesak)
[/url]
png image hosting[/img]

3. Kalau nak pergi, sila pergi sebelum 9pagi ye sebab pukul 11 tu susah nak jalan sebab ramai org.

jpeg image hosting
 
Last edited:
Sponsored Post

Scorpions10

Legendary Member
Joined
Jan 29, 2010
Messages
16,346
Reaction score
56
Points
120
ayam byk x kt situ..:D:D
 

aqhaziq

Active+ Member
Joined
Jan 21, 2008
Messages
3,050
Reaction score
161
Points
33
ha ha..., bini aku tiap2 minggu pegi sana.
mmg murah beb (kebanyakkannya la..)
 

puteriwang

Fun Poster
Joined
Apr 16, 2008
Messages
923
Reaction score
0
Points
10
xada.. banyak brg2 org pompuan, tudung, kain dll... brg2 pun murah tpi kena pandai minta kurang..
Macam-macam.. sayur / buah / ikan / udang / sangkar burung / barang dapur
 

puteriwang

Fun Poster
Joined
Apr 16, 2008
Messages
923
Reaction score
0
Points
10
ha ha..., bini aku tiap2 minggu pegi sana.
mmg murah beb (kebanyakkannya la..)
Hui beli gapo gi tiap2 menggu tu? :eek:
Mok ajok gok gi sebulan sekali adess boring la kalu gi sokmo2 huhuh
 
Sponsored Post
Top
Log in Register