BTC USD 49,207.4 Gold USD 1,701.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mun Poo tiada rekod jenayah

CG Sponsors




ARIFFX

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Mar 27, 2008
Messages
12,037
Reaction score
159
Points
123
KUALA LUMPUR 20 Nov. - Polis percaya lelaki Malaysia yang ditahan di Amerika Syarikat (AS) kerana dikatakan berjaya menggodam rangkaian komputer Rizab Persekutuan negara itu hanya melakukan kegiatan jenayah tersebut di luar negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, pihaknya sudah membuat semakan terhadap rekod Lin Mun Poo sebaik sahaja mendapat maklumat dia ditahan pihak berkuasa AS.

Beliau berkata, hasil semakan mendapati, lelaki terbabit tidak memiliki sebarang rekod jenayah di negara ini.

"Kita sudah menyemak rekod Mun Poo dan mendapati dia tidak mempunyai rekod jenayah di Malaysia.

"Ini bermakna berkemungkinan besar dia hanya melakukan kegiatan jenayah itu di luar negara," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Mun Poo, 32, ditahan pada 21 Oktober lalu sebaik sahaja tiba di AS dan didakwa di mahkamah negara itu kelmarin.

Dia didakwa menggodam rangkaian komputer sebuah cawangan Rizab Persekutuan di Cleveland, Ohio; bank pusat AS dan secara berasingan turut mencuri hampir 400,000 nombor kad dan menceroboh beberapa sistem pertahanannya yang lain.

Mun Poo yang kini ditahan dalam tahanan praperbicaraan dikatakan terlibat dengan penjualan maklumat dengan menggodam pelayan komputer milik institusi kewangan, kontraktor pertahanan dan syarikat besar.

Perkhidmatan perisikan AS menangkap Mun Poo beberapa jam selepas dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy di New York.

Mengulas lanjut Syed Ismail berkata, walaupun semakan mendapati Mun Poo tiada rekod jenayah di Malaysia, namun pihaknya bersedia menyiasat lelaki berkenaan jika keadaan memerlukan.

Setakat ini, kata beliau, pihaknya sudah menghubungi pejabat Kedutaan AS di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kes berkenaan.

"Kita menyatakan kesediaan kita membantu pihak berkuasa AS untuk menyiasat kes tersebut dengan menyalurkan apa-apa maklumat atau bantuan yang diperlukan," ujarnya.
 
Sponsored Post

kubukuat

Fun Poster
Joined
Oct 16, 2010
Messages
150
Reaction score
0
Points
10
mesia patut pujuk Mun Poo balik keja kat mesia...yeahhhh..mesia boleh
 

kalau

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
poo......napa la pakai nama tu....ekekek....
 

akukurt

Legendary Member
Joined
Feb 9, 2010
Messages
10,592
Reaction score
60
Points
120
hahaha kantoi da... lenkali makan sornag2 la cc tu..
 

peija06

Super Active Member
Joined
Feb 19, 2007
Messages
6,506
Reaction score
78
Points
70
xkan us nk lepaskan begitu saja..
cuak jgk kat mesia pasnih..huhuh. :D
 

heavenly_king

Fun Poster
Joined
Jul 22, 2007
Messages
874
Reaction score
0
Points
10
aku rasa US akan offer dia keje dgn dioranglah...... senang nak curi rahsia musuh2 seluruh dunia......:-?
 

matt71

Fun Poster
Joined
Apr 19, 2010
Messages
307
Reaction score
0
Points
10
itu baru sorang mesia terlepas. kalau ramai mahu punah sistem US kena godam.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register