BTC USD 39,024.3 Gold USD 1,814.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mulanya sindir PAS, Parti Sains serah permohonan ke ROS

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,575
Reaction score
2,585
Points
201

Mulanya sindir PAS, Parti Sains serah permohonan ke ROS​

Asalnya Parti Aspirasi Sains cuma sekadar jenaka di Twitter yang menyindir PAS.

Tetapi Parti Aspirasi Sains Malaysia (Sains) bukan lagi sekadar satira dan hari ini mengambil langkah pertama untuk menjadi entiti sebenar dengan mengemukakan permohonan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Parti ini ditubuhkan sebagai platform bagi rakyat Malaysia yang beriktikad untuk menggubal dasar-dasar awam berasaskan sains dan data yang terbukti," kata Pejabat Setiausaha Agung Sains hari ini.

Katanya, Sains akan menumpukan dasar utama untuk membasmi kemiskinan melalui pendapatan bulanan yang dijamin untuk golongan bawahan (B60); membentuk ekonomi berpusatkan manusia yang akan mewujudka lebih banyak peluang untuk pekerjaan yang baik; pembangunan lestari selari dengan seruan PBB.

Sains - yang mengaku sebagai parti politik berasaskan sains pertama di negara ini - tidak akan mempunyai sayap organisasi berasaskan pemuda atau jantina dan tidak akan mengikuti hierarki parti tradisional.

Katanya, Sains sudah mempunyai 250 orang yang didaftarkan sebagai calon anggota dan 15 ahli jawatankuasa protem.

Logo parti itu memaparkan planet Zuhal (Saturn) berwarna hijau dengan latar belakang putih, yang dilihat seakan mengajuk logo bulan putih PAS dengan latar hijau.

f266b6d8565897525164e5b39dbaad06.jpg

Parti ini awalnya diberi nama Parti Ajaran Sains dan dimulakan ketika presiden protemnya Kenneth Chai 'menyamar' sebagai ahli PAS di Twitter.

“Oleh itu saya pada awalnya melakukan troll (satira mengajuk) sebagai ahli PAS, mengulas keputusan dan tindakan politik mereka.

"Kemudian seorang ahli PAS mengarahkan saya untuk berhenti menggunakan nama parti mereka, jadi saya hanya berkata baiklah, saya akan memulakan parti saya sendiri.

"Pengikut Twitter saya tahu bahawa saya selalu menyiarkan, mengkritik dan berdebat mengenai sains kerana saya seorang guru STEM.

"Jadi saya memulakan parodi, Parti Ajaran Sains, untuk menyindir mereka,” kata Chai kepada Malay Mail.

Harus diingat PAS tidak pernah menyatakan pendirian parti itu sebagai antisains. Misalnya, Naib Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ialah pakar kejuruteraan aeroangkasa.

Pun begitu Chai mengakui mendaftarkan parti Sains dengan ROS mungkin sukar.

Pada masa ini, Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan Pejuang, pimpinan Dr Mahathir Mohamad masih bergelut pendaftaran parti dengan ROS.
 
Sponsored Post

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Aug 2, 2007
Messages
13,145
Reaction score
1,957
Points
201
Parti apa lg lepas nie, bkn boleh pi mn pun hehehe
 

Fayafa

Active Member
Joined
May 21, 2017
Messages
1,961
Reaction score
682
Points
81
"Parti ini ditubuhkan sebagai platform bagi rakyat Malaysia yang beriktikad untuk menggubal dasar-dasar awam berasaskan sains dan data yang terbukti," kata Pejabat Setiausaha Agung Sains hari ini.

founder yg obses pd sains..adakah dia cuba nk bwk kepercayaan scientology ke malaysia?🤔
 

asdf

Fun Poster
Joined
Nov 16, 2019
Messages
430
Reaction score
75
Points
30
Macam2 nak jadi sampah, buat benda pelik utk tarik perhatian. Cuba wartawan jgn layan, mesti senyap.

Ini duk pegi melayan, makin menjadi lah. Komfirm ramai join awal2 sebab nak rebut jawatan.
 

asdf

Fun Poster
Joined
Nov 16, 2019
Messages
430
Reaction score
75
Points
30
Lepas ini buat Parti Sayang Anjing Malaysia, mesti ramai Melayu join juga sebab nk jawatan.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register