Mukhriz : Wujudkan sekolah satu sistem

CG Sponsors




iswarahijau

Super Active Member
Joined
Dec 12, 2007
Messages
6,060
Reaction score
44
Points
70
KUALA LUMPUR 1 Dis. – Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan hanya satu sistem pendidikan yang berteraskan semangat kebangsaan bagi menyatupadukan rakyat dan mengelak polarisasi kaum di negara ini.

Menurutnya, menerusi sistem pendidikan sedemikian semua sekolah pelbagai jenis diserapkan di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan kecuali bagi subjek Sains dan Matematik yang diajar dalam bahasa Inggeris.

“Sudah tentunya murid-murid diwajibkan belajar bahasa ibunda mereka iaitu Mandarin bagi kaum Cina dan Tamil bagi kaum India.

“Malah di bawah sistem ini, pelajar Melayu diberi pilihan untuk mempelajari bahasa lain seperti Mandarin dan Tamil,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Mukhriz berkata, sudah tiba masanya bagi rakyat Malaysia untuk melepaskan sistem sekolah berbeza yang dilaksanakan sekarang memandangkan ia menyumbang kepada masalah hubungan kaum di negara ini.

Katanya, sistem pendidikan kebangsaan diamalkan di 99 peratus negara di seluruh dunia, dan pola sedunia itu seharusnya turut menjadi amalan di Malaysia.

Beliau berharap pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak melihat cadangan tersebut secara negatif kerana ia bertujuan menjadi penyelesaian kepada masalah perkauman yang menjejaskan semangat kebangsaan rakyat Malaysia.

“Jika ada yang menolak cadangan ini, mereka perlu menjelaskan sebab-sebab mereka menentangnya. Bagaimana mungkin mereka bercakap mengenai perpaduan dan mempersoalkan hak-hak orang Melayu dan pada masa sama masih berkeras untuk mengamalkan sistem sekolah berbeza bagi kaum mereka?

“Kalau kita mahu hak yang sama rata, kita tidak boleh mempunyai sistem pendidikan berbeza. Kita tidak boleh mendapatkan kek dan mahu makan kesemuanya,” kata beliau.

Dalam pada itu, Mukhriz berkata, semua pihak khususnya pemimpin parti-parti komponen BN perlu berhenti mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh meregangkan hubungan antara mereka, termasuk membangkitkan isu ketuanan Melayu.

Beliau yang melihat isu itu sebagai perkembangan yang tidak sihat berkata, sejak akhir-akhir ini banyak kenyataan dibuat oleh pemimpin parti komponen BN yang mampu menaikkan kemarahan orang Melayu, khususnya ahli-ahli UMNO.

“Sekiranya mereka berdegil dan terus mengeluarkan kenyataan berkaitan isu ketuanan Melayu, janganlah pula terkejut jika orang Melayu mula membuat reaksi balasan mengenai apa yang dianggap mereka sebagai ketuanan ekonomi kaum bukan Melayu di negara kita.

“Jadi eloklah kita elakkan polemik ini kerana walau apa pun yang dikatakan mengenai isu ketuanan Melayu, orang Melayu tidak pernah merasakan mereka tuan apabila bercakap tentang ekonomi negara,” katanya.

Sementara itu, beberapa tokoh pendidikan negara menyokong cadangan Mukhriz tersebut.

Mereka berpendapat sistem pendidikan Malaysia kini adalah hasil peninggalan zaman penjajahan British yang menampilkan sekolah aliran Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil.

Tokoh pendidik, Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad berkata, cadangan Mukhriz itu hanya dapat direalisasikan sekiranya terdapat keazaman politik di kalangan ahli-ahli politik negara ini.

“Lebih-lebih lagi politik negara sekarang dilihat lebih menekankan perkauman dan sehubungan itu terpulang kepada kerajaan untuk melaksanakannya,’’ kata beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Bagaimanapun, Abdul Rahman tidak bersetuju dengan saranan anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu untuk mewajibkan murid mempelajari bahasa ibunda masing-masing.

“Memang tidak kena. Kaum Cina mempunyai bahasa Kantonis, Hokkien dan Mandarin.

“Bahasa Tamil pula jelas sekali bukan merupakan bahasa ibunda untuk pelajar kaum India. Ada lagi bahasa Telegu dan Punjabi,” jelas beliau.

Ahli sejarah, Prof. Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim menyifatkan cadangan Mukhriz itu sebagai sangat baik dan menyamai cadangan dalam Penyata Razak 1956 dan Jawatankuasa Barnes 1951.

“Malangnya cadangan itu tidak dapat dilaksanakan dan kemudian dilupakan begitu sahaja ekoran orientasi pendidikan yang lebih menekankan markah ‘A’ dalam peperiksaan.

“Pelajar belajar tanpa matlamat positif untuk perpaduan, hanya untuk peperiksaan. Seringkali mereka tidak faham apa-apa yang dipelajari... mereka hanya tahu menghafal,” ujarnya.

Dalam pada itu, Rektor Kolej Yayasan Melaka, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam berkata, cadangan Mukhriz itu bukan sesuatu yang baru tetapi pelaksanaannya dapat mengeratkan perpaduan kaum.

“Cadangan itu sebenarnya diilhamkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak yang ketika itu menjadi Menteri Pelajaran dan diterjemahkan dalam Penyata Razak 1956.

“Malangnya ia tidak dapat dilaksanakan sampai ke hari ini. Ternyata sistem pendidikan negara kini adalah ciptaan penjajah British dulu yang masih kita warisi selepas kemerdekaan negara,” katanya.
 
Sponsored Post

iswarahijau

Super Active Member
Joined
Dec 12, 2007
Messages
6,060
Reaction score
44
Points
70
cadangan yg patut dijalankan sejak dulu lagi. Tapi PAS dan DAP kuat menentang semata2 kerana mahukan sokongan org cina dan india
 

aidiryatim

Legendary Member
Joined
Dec 25, 2006
Messages
14,011
Reaction score
22
Points
120
mukhriz ade tokoh neh.. ahaks.. layannnz
 

sidang muda

Super Active Member
Joined
Jun 30, 2008
Messages
6,880
Reaction score
31
Points
70
cadangan yg patut dijalankan sejak dulu lagi. Tapi PAS dan DAP kuat menentang semata2 kerana mahukan sokongan org cina dan india




nape b-end masa memerintah tak laksanakan, sibuk bercakap je,ada kuasa buat je la,ni sibuk nak salahkan parti lain
 

KaktusGurun

Active Member
Joined
Oct 29, 2008
Messages
1,103
Reaction score
4
Points
25
nape b-end masa memerintah tak laksanakan, sibuk bercakap je,ada kuasa buat je la,ni sibuk nak salahkan parti lain
camne nak buat..bila Tun bagi cadangan dulu nak buat satu sekolah , pas bersekutu dengan DAP untuk menentang,La nie DAP ada pulak sekutu baru dari PARTI Keadilan ..lagi lah susah..

yg pelik nya cina bersatu walaupun dari parti berlainan seperi DAP, KEAdilan , Mca, Gerakan , PPP jika ingin mempertahankan sstem persekolahan mereka, tapi melayu pulak berpecah ikut parti PAS , UMNO , Keadilan dan jarang nak sekata dalam masaalah ummmt
 

SOUL86F

Legendary Member
Joined
Jan 22, 2008
Messages
10,969
Reaction score
115
Points
123
cadangan yg patut dijalankan sejak dulu lagi. Tapi PAS dan DAP kuat menentang semata2 kerana mahukan sokongan org cina dan india
woiiii bila masa lak BN dengar ckp dap pas ni???hilang akal apa :eek::eek: tu yg ISA ,biasiswa bgai tu pas bangkang napa lak BN x mau dengar x mau ikut lak??
ke bila MCA MIC x setuju baru umno ikut??korang yg jd pak turun MCA MIC bagai pastu nak salahkan PAS sama DAP...mcm la PAS sama DAP yg berkuasa time tuh....wakakaka :eek::eek::eek:
 

SOUL86F

Legendary Member
Joined
Jan 22, 2008
Messages
10,969
Reaction score
115
Points
123
camne nak buat..bila Tun bagi cadangan dulu nak buat satu sekolah , pas bersekutu dengan DAP untuk menentang,La nie DAP ada pulak sekutu baru dari PARTI Keadilan ..lagi lah susah..

yg pelik nya cina bersatu walaupun dari parti berlainan seperi DAP, KEAdilan , Mca, Gerakan , PPP jika ingin mempertahankan sstem persekolahan mereka, tapi melayu pulak berpecah ikut parti PAS , UMNO , Keadilan dan jarang nak sekata dalam masaalah ummmt
camna nak buat??huk aloh alasan jah tuh...hak biasiswa org melayu yg termaktub dlm perlembagaan pun selamber jek umno pinda...:-?:-?:p

takyah pelik2 ni lah kebijsanaan kepimpinan umno yg berkualiti tuh,dlm soal pendidikan penukaran bahasa ntk math n sains mca,gerakan dap mmg bersatu n haslnya sek cina leh ajar dua subjek tu dlm bahasa cina....
sek keb??pas tentang,pkr tentang..umno??hangpa la yg duk bg cadangan sengal lg membebalkan nih....pastu hangpa nak pelik napa cina leh bersatu dlm satu2 hal??:eek::eek:
 

sidang muda

Super Active Member
Joined
Jun 30, 2008
Messages
6,880
Reaction score
31
Points
70
camne nak buat..bila Tun bagi cadangan dulu nak buat satu sekolah , pas bersekutu dengan DAP untuk menentang,La nie DAP ada pulak sekutu baru dari PARTI Keadilan ..lagi lah susah..

yg pelik nya cina bersatu walaupun dari parti berlainan seperi DAP, KEAdilan , Mca, Gerakan , PPP jika ingin mempertahankan sstem persekolahan mereka, tapi melayu pulak berpecah ikut parti PAS , UMNO , Keadilan dan jarang nak sekata dalam masaalah ummmt



ko ni tak faham la,
b end kerajaan ada kuasa
ko laksana kan je
apa masalah pulak dgn parti
amik contoh masa menaikan harga minyak
semua parti, rakyat tak setuju, tapi kerajaan naikan jugak
ni nak buat sistem persekolahan pun nak salah kan parti pembangkang
 
Sponsored Post
Top
Log in Register