Mujahid saman Harakah berhubung isu Nur Sajat

CG Sponsors

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,861
Reaction score
1,684
Points
151
Mujahid saman Harakah berhubung isu Nur Sajat
Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof telah memfailkan saman fitnah terhadap portal rasmi PAS, Harakahsusulan laporan berita berkaitan usahawan kosmetik Nur Sajat.

Peguamnya dari Tetuan Akram Hizri Azad & Azmir memfailkan writ di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Luimpur, dua hari lalu.

Mereka menamakan wartawan Harakah, Aziz Muda, ketua pengarangnya, Wan Nordin Wan Yaacob, pengendali portal dalam talian itu, Galeri Media Serbanika Sdn Bhd, dan pencetak akhbar itu Percetakan Turbo (M) Sdn Bhd, masing-masing sebagai defendan pertama, kedua, ketiga dan keempat.

Mengikut pernyataan tuntutan yang dilihat Malaysiakini petang ini, Mujahid menyaman berhubung laporan yang dimuat naik dalam portal Harakahdaily.net pada 7 Februari serta laporan yang diterbitkan dalam edisi cetak pada 10 hingga 13 Feb lalu.

Pada Februari lalu, Mujahid pada ketika itu masih memegang portfolio menteri di jabatan perdana menteri bagi hal ehwal agama.

Pada 4 Februari lalu, adalah dilaporkan kontroversi tercetus gara-gara usahawan kosmetik berkenaan memuat naik gambar di Instagram ketika memakai pakaian wanita ketika berada di Makkah. NGO Justice for Sisters turut meluahkan rasa bimbang berhubung gesaan pihak berkuasa yang mahu Nur Sajat disiasat berkenaan perkara terbabit.

d5c2c53f5601670647954ae7a1210e7c.jpg

Laporan Harakah yang menjadi sasaran saman itu difahamkan adalah berkaitan dengan tindakan pihak berkuasa agama berhubung isu tersebut.

Mujahid yang juga adalah naib presiden Amanah turut mendakwa bahawa laporan tersebut berniat jahat untuk menjatuhkan maruah, kredibiliti dan reputasinya yang ketika itu adalah menteri agama.

Dakwanya, disebalik notis tuntutan pada 20 Feb lalu, defendan gagal dan/atau enggan dan/atau cuai untuk mematuhi notis tersebut berkenaan laporan itu.

Sebagai alternatif, Mujahid memohon perintah mahkamah supaya defendan membuat permohonan maaf secara terbuka, yang akan dimuat naik dan disiarkan di akhbar tempatan yang berbahasa Melayu dalam tempoh 14 hari.

Mujahid juga menuntut defendan menarik balik laporan yang diterbitkan itu sama ada di portal dalam talian serta versi cetak Harakah dan tidak mengulangi kenyataan tersebut.

Mujahid juga meminta defendan mengemukakan surat aku janji untuk tidak akan menulis dan/atau melaporkan kenyataan-kenyataan dan/atau perkataan-perkataan yang berunsur fitnah terhadap dirinya.

Secara alternatif, plaintif menuntut perintah mahkamah untuk mentaksirkan, kerugian am, dan teladan yang perlu dibayar plaintif dalam masa 14 belas hari daripada tarikh penghakiman.

Mujahid juga menggesa satu injuksi bagi menghalang defendan daripada terus mengulas, memberi komen, mengulangi dan/atau menerbitkan kenyataan yang berunsur fitnah terhadap dirinya.

Dia turut menuntut faedah lima peratus ke atas ganti rugi dari tarikh writ saman hingga penyelesaian penuh, termasuk kos lain dari mahkamah.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, peguam Mujahid, Noorazmin Zakarian mengesahkan saman berkenaan telah difailkan pada 12 Ogos itu.

Peguam tersebut turut mengesahkan bahawa notis tunjuk sebab juga telah diserahkan kepada keempat-empat defendan semalam.

“Notis (tunjuk) sebab telah diberikan kepada peguam bagi defendan pertama, kedua serta defendan ketiga,” katanya dengan menambah surat tunjuk sebab juga telah diserahkan kepada defendan keempat secara langsung.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi pihak peguam defendan berkenaan tindakan undang-undang tersebut.

[Baca berita penuh]
 
Sponsored Post

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
20,766
Reaction score
2,051
Points
201

View attachment 271272

saman balik Mujahid atas dasar kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar...
 
eizzbizz

Super Active Member
Joined
Sep 2, 2009
Messages
8,427
Reaction score
487
Points
86
Betul
Jumpe je mat sabu
Nnt die kenalkan imam syiah
Tp kalau die ajak ke hotel hati2 sikit
raser2nya dia nk test mutaah dulu kot... kalo ok .. ketat baru boleh masok syiah
 
GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
29,669
Reaction score
1,182
Points
201
'Mujahid perlu bertanggungjawab keluar kenyataan Sajat bertelekung'
| | 19 Oktober 2020

A
A
KUALA LUMPUR - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof seharusnya berani bertanggungjawab berhubung kenyataan yang dikeluarkannya membabitkan isu usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Sajat yang didakwa memakai telekung dan berpakaian seperti wanita sewaktu menunaikan umrah.

Perkara itu dinyatakan oleh ketiga-tiga defendan iaitu wartawan Harakah Aziz Muda, Ketua Pengarang Harakah Wan Nordin Wan Yaacob serta penerbit laman sesawang harakahdaily dan akhbar Harakah iaitu Galeri Media Serbanika Sdn Bhd menerusi penyataan pembelaan yang difailkan pada 28 September lalu.

–– ADVERTISEMENT ––

Mereka berkata, Mujahid sepatutnya tidak tersinggung dengan kritikan yang dilontarkan masyarakat terutama pengamal media berhubung isu itu.

Ketiga-tiga defendan juga mendakwa mereka melaksanakan tanggungjawab sebagai penulis dan pengamal media untuk membuat laporan berdasarkan kenyataan dikeluarkan Mujahid, plaintif dalam kes saman fitnah itu.

"Defendan menegaskan bahawa mereka berada di bawah tanggungjawab politik, moral dan sosial untuk menyebarkan pandangan berbeza dalam masyarakat terutama berkaitan isu pendekatan ‘Rahmatan Lil Alamin (Rahmat ke Sekalian Alam)’ dan juga konsep 'Amar Maaruf Nahi Munkar' (Suruhan berbuat baik dan larangan berbuat mungkar)," menurut penyataan pembelaan itu.

Menurut ketiga-tiga defendan, mereka tidak pernah mempunyai apa-apa niat jahat terhadap bekas menteri itu dalam penerbitan artikel berkenaan kerana ia adalah berdasarkan ulasan saksama.

Penyataan pembelaan itu diperoleh media menerusi peguam Yusfarizal Yussoff yang mewakili ketiga-tiga defendan ketika dihubungi media hari ini.

Sementara itu, peguam Noorazmir Zakaria yang mewakili Mujahid, memberitahu media bahawa saman tersebut ditetapkan untuk pengurusan kes selanjutnya pada 23 Oktober secara e-Review di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nurul Atikah Muhammad bagi mendapatkan pemfailan dokumen.

Beliau berkata, pihaknya juga memfailkan jawapan bagi penyataan pembelaan defendan pada 16 Oktober lalu.

Mujahid memfailkan saman itu pada 12 Ogos lalu dan menamakan Aziz, Wan Nordin, Galeri Media dan pencetak akhbar itu, Percetakan Turbo (M) Sdn Bhd, sebagai defendan.

Penyataan tuntutan Mujahid mendakwa pada 7 Februari lalu, Aziz, Wan Nordin dan Galeri Media menulis dan menerbitkan kenyataan memfitnah terhadapnya di laman sesawang harakahdaily menerusi artikel bertajuk ‘Sajat: Mujahid dan K'jaan PH patut dipersalahkan’ serta menerbitkan satu lagi kenyataan yang memfitnahnya dalam akhbar Harakah bertarikh 10 hingga 13 Februari lalu menerusi artikel ‘Keterlanjuran Sajat kesilapan Mujahid dan kerajaan PH.’

Ahli Parlimen Parit Buntar itu mendakwa, kata-kata fitnah tersebut antara lain membawa maksud bahawa beliau seorang yang tidak bertanggungjawab apabila membenarkan masyarakat terutama yang beragama Islam terlibat dalam aktiviti ‘Lesbian Gay Bisexual Transexual (LGBT)’ dan plaintif juga didakwa menjadi punca kepada tindakan Sajat memakai telekung serta berpakaian seperti wanita ketika menunaikan umrah.

Mujahid mendakwa kenyataan fitnah itu menjatuhkan maruah, kredibiliti serta reputasinya selaku menteri yang menjaga hal ehwal agama di Jabatan Perdana Menteri dan akibat daripada penyebaran kata-kata fitnah tersebut, beliau mengalami tekanan serta berasa malu untuk berhadapan dengan masyarakat.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Sajat tidak pernah insaf, kata Mujahid

Plaintif menuntut perintah supaya defendan membuat permohonan maaf secara terbuka kepadanya atas kenyataan fitnah itu dan ia perlu diiklan atau diterbitkan di akhbar tempatan berbahasa Melayu dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghakiman.

Penyataan tuntutan Mujahid juga meminta defendan menarik balik artikel yang diterbitkan itu serta memberi aku janji tidak akan menulis dan melaporkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya serta memohon perintah injunksi bagi menghalang defendan daripada terus memberi komen berunsur fitnah terhadap dirinya.

Selain ganti rugi, plaintif menuntut faedah lima peratus ke atas ganti rugi yang diberikan mahkamah dari tarikh writ saman hingga penyelesaian penuh, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. - Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...ggungjawab-keluar-kenyataan-Sajat-bertelekung
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
Sponsored Post
Top
Log in Register