BTC USD 40,687.6 Gold USD 1,839.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Muhyiddin pulangkan baki wang, bukan beri rasuah'

stealthmovic

Active+ Member
Messages
3,214
Joined
Oct 16, 2011
Messages
3,214
Reaction score
97
Points
40
1635593700143.png



Naib Presiden Bersatu Mohd Rafiq Naizamohideen menafikan gambar Muhyiddin Yassin memberikan RM5 kepada seorang penunggang motosikal adalah rasuah.

Dia sebaliknya berkata, presiden Bersatu itu memulangkan wang baki selepas penunggang motosikal itu membeli barangan asas di Gerai Prihatin Rakyat secara pandu lalu.

"Gambar yang disebarkan itu ketika Muhyiddin singgah di Gerai Prihatn Rakyat dan pulangkan baki wang sebanyak RM5," katanya menerusi rakaman audio.

Rafiq menyifatkan dakwaan rasuah tersebut sebagai usaha untuk memfitnah dan memburukkan Muhyiddin.


Dia menjelaskan yang Gerai Prihatin Rakyat - yang menjual barangan keperluan asas dengan harga murah - dianjurkan sebuah NGO.

Bagaimanapun, ia berkait rapat dengan Bersatu dan Perikatan Nasional (PN).

Di gerai itu, empat barangan, iaitu ubi kentang 2kg, seekor ayam, sepapan telur, dan Milo 200g, akan dijual dengan harga RM15. Hanya seorang pembeli dari satu isi rumah berpendapatan bawah RM4,000 boleh membelinya.

Menurut poster program itu, jualan dibuat secara pandu lalu dan terhad kepada 200 pelanggan.

Ia dianjurkan di saat PRN Melaka akan diadakan tak lama lagi.

Terdahulu, Bersih mengingatkan program itu boleh mempengaruhi pengundi "secara rasuah".

Bersatu dijangka berdepan dengan Umno dan PH dalam PRN Melaka. Analisis awal membayangkan parti itu berisiko kalah teruk dalam pilihan raya tersebut.

 
Sponsored Post

lau_kau

Legendary Member
gem
Messages
18,022
Top Poster #5
Joined
Aug 2, 2007
Messages
18,022
Reaction score
3,125
Points
261
Awards
1
Berhati2 la ngn fitnah nie, kt plk yg baca dn tngk terus kluaq hukum
 

Emy_Ezra

Super Active Member
Messages
6,398
Joined
Sep 2, 2012
Messages
6,398
Reaction score
486
Points
96
Kahkahkah jadi cashier pulak sekarang tolong pulangkan duit2 baki
Bagus betul
Macam2 part time
Demi sesuap nasi
 

guri2demon

Active Member
Messages
2,249
Joined
Mar 17, 2010
Messages
2,249
Reaction score
707
Points
81
Jual harga barang terlajak murah bawah harga pasaran agak meragukan. Tambah2 time dekat prn.

P/S. LGE pun kena cas rasuah beli banglo bwh harga pasaran.

Penyokong PH sila like comment.
 

underscore

Legendary Member
gem
Messages
12,082
Joined
Sep 20, 2008
Messages
12,082
Reaction score
4,463
Points
266
Awards
2
Kenapa tak guna qrpay.
Duit tunai dah ketinggalan zaman.
 

GamezStar

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,902
Joined
Jul 1, 2008
Messages
35,902
Reaction score
2,730
Points
261
Awards
1
Kenapa tak guna qrpay.
Duit tunai dah ketinggalan zaman.

Pejabat pos pon pakai cash lagi cash only bile Tanya atm machine ada??

Tak ada encik kene pi bangunan lain bla bla bla...
 

apoeki

Super Active Member
gem
Messages
7,828
Joined
Aug 7, 2012
Messages
7,828
Reaction score
856
Points
121
Berapa ringgit barang kt sana? Baki memang rm5 je ke
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register