Muhyiddin minta persatuan Cina jangan prasangka buruk terhadap kerajaan

CG Sponsors




BerkatNiaga

Banned
Joined
Oct 20, 2008
Messages
1,491
Reaction score
13
Points
25
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta sesetengah persatuan Cina di negara ini supaya mengikis sikap berprasangka buruk terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Jangan kerana kerajaan tidak memberi respon dan tidak menjawab kepada memorandum atau cadangan mereka, kerajaan dikatakan tidak mengambil kira kepentingan kaum Cina di negara ini," kata Timbalan Perdana Menteri.

Malah, beliau turut menyelar beberapa media yang cuba membangkitkan kenyataan yang berbaur perkauman.

"Ini kenyataan sedikit berbaur perkauman, dan ini telah diputar-belitkan oleh media. Maaflah saya katakan bahawa sesetengah media Cina (akan salahkan) kerajaan kalau Cina minta, (kerajaan) tak bagi, kalau Cina tuntut, tak bagi...kalau Cina hantar memo, tidak diambil kira.

"Saya tidak fikir sikap itu baik. Mereka mesti bersikap terbuka dan bersedia kerana setiap keputusan kerajaan itu mengambil kira semua pihak. Jadi, dengan sebab tidak ada respons tidak bermakna tidak diambil kira," katanya kepada pemberita selepas merasmikan cawangan Ar-Rahnu X''change Koperasi Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat Berhad (Koperasi KGMMB) di Pusat Perniagaan Cheras Maju di sini hari ini.

Muhyiddin berkata kerajaan sering menerima memorandum dan kertas cadangan bukan sahaja daripada kaum Cina, malah daripada kaum lain termasuk India dan Melayu.

Katanya kerajaan sentiasa mengambil kira kepentingan semua kaum dalam setiap pelaksanaan model baru bagi mengelak ada masyarakat yang tercicir daripada pembangunan.

"Urusan kerajaan tidak boleh setiap kali orang hantar, kita respon. Kita ambil kira soal-soal yang lebih besar. Kalau hendak ambil kepentingan satu kaum, kena juga ambil kira kepentingan kaum lain.

"Itu dasar yang sudah kita amalkan sejak dulu. Jadi, kepada persatuan-persatuan Cina, saya mohon supaya mereka bersikap lebih saksama, jangan buat dan timbul tanggapan, kerajaan tidak layan," katanya.

Muhyiddin juga berkata kerajaan menjunjung kasih kepada Raja-Raja Melayu yang memandang berat mengenai isu penggunaan kalimah Allah dan mahu ianya ditangani segera bagi mengelak kekeliruan dan rasa tidak puas hati rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam.

Timbalan Perdana Menteri berkata kenyataan itu menunjukkan bahawa Raja-Raja Melayu sangat prihatin terhadap isu-isu berbangkit.

"Itu satu kenyataan, yang kita sebagai kerajaan dan rakyat harus terima kerana Raja adalah tunggak negara dan Raja adalah ketua agama.

"Kita harus menjunjung kasih kepada Duli Raja-Raja Melayu di atas keprihatinan dan yang mahukan kemurniaan dan kesucian agama Islam tidak tercemar serta kesungguhan Raja-Raja Melayu yang mahu melihat isu Kalimah Allah ini diselesaikan dengan cara yang baik dan secepat mungkin," katanya. - Bernama
 
Sponsored Post

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
29,154
Reaction score
1,093
Points
201
huuhu dari dulu lagi dia org dah stanby buat serangan balas ... cume kita je x nampak
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
29,154
Reaction score
1,093
Points
201
ajar la anak korang bahasa mandarin ... penting tu
 
Sponsored Post
Top
Log in Register