BTC USD 23,119.1 Gold USD 1,931.31
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Muhyiddin jangan jadikan istana bahan politik

Quecha

Active Member
Messages
1,455
Joined
Nov 8, 2017
Messages
1,455
Reaction score
776
Points
81
ISKANDAR PUTERI: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta bergerak ke depan dan tidak menjadikan institusi diraja sebagai bahan politik murahan dan sendaan umum.


Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Johor, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, bekas Perdana Menteri itu perlu akur titah Yang di-Pertuan Agong yang melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-10 dan untuk membentuk kerajaan.

Katanya, Muhyiddin tidak perlu mengaitkan perkara itu dengan memetik ‘bumbung hijau’ atau ‘bumbung kuning’.


“Saya menyaksikan video ceramah disampaikan Tan Sri Mahiaddin Yassin. Saya pun pelik kenapa beliau perlu mengaitkan dengan ‘bumbung hijau’ atau ‘bumbung kuning’.

“Diharap Tan Sri Mahiaddin dah boleh move on dan tidak menjaja isu ini dan menjadikannya sebagai modal politik murahan untuk menghasut serta menanam persepsi negatif kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Mohd. Hairi mendesak supaya Muhyiddin tidak terus-menerus berpolitik dengan menghasut dan menanam persepsi negatif kepada rakyat.

Terdahulu, Muhyiddin dalam satu rakaman tular ketika berceramah mendakwa beliau telah mempunyai sokongan daripada seramai 115 ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri dan menubuhkan kerajaan Persekutuan.

Bukan bumbung hijau ke, bumbung kuning ke, faham. Kena kias sikit. Kalau saya sudah ada 115 sokongan ahli Parlimen, tidak mungkin ada orang lain (dapat sokongan majoriti). PRU (Pilihan Raya Umum) penentunya siapa, kamu (rakyat), bukan pihak lain,” katanya. – UTUSAN
 
Sponsored Post

synyster

Super Active Member
gem
Messages
5,622
Joined
Nov 29, 2010
Messages
5,622
Reaction score
763
Points
121
Islam larang meminta jawatan pemimpin
June 21, 2020

ANTARA tuntutan utama dalam Islam adalah menunaikan amanah yang telah dipertanggungjawabkan dan pengabaian terhadap tuntutan itu akan memberi implikasi besar.

Penyebab utama kepada kerosakan umat dahulu dan sekarang adalah akibat dari pengabaian manusia terhadap amanah yang diberi khususnya amanah kepemimpinan.

Larangan ini berdasarkan kepada Hadis Nabi S.A.W:

وعن أبي سعيدٍ عبدالرحمنِ بن سَمُرةَ قَالَ: قَالَ لي رَسُولُ اللَّه ﷺ: يَا عَبدَالرَّحمن بن سمُرَةَ، لا تَسْأَل الإمارَةَ؛ فَإنَّكَ إن أُعْطِيتَها عَن غَيْرِ مسأَلَةٍ أُعِنْتَ علَيها، وَإنْ أُعْطِيتَها عَن مسأَلةٍ وُكِلْتَ إلَيْها. متفقٌ عَلَيهِ.

“Daripada Abi Said Abd Rahmah bin Samurah katanya: Baginda Nabi S.A.W telah menasihatiku dengan berkata: Wahai Abd Rahman bin Samurah, jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikan jawatan dengan sebab permintaan maka engkau akan ditinggalkan dan tidak akan dibantu oleh Allah dan jika engkau diberikan jawatan tanpa permintaan maka engkau akan dibantu dan mendapat pertolongan Allah dalam memimpin.”

Hadis ini menerangkan mengenai larangan meminta-minta jawatan atau berebut nak jadi pemimpin kerana tidak diberkati oleh Allah.

Meminta jawatan atau berebut nak jadi pemimpin, dianggap cara yang tidak bermoral. Jika ia berlaku, maka jangan bagi jawatan tersebut kepada mereka yang memintanya. Inilah yang diajar oleh Nabi S.A.W:

إنا والله لا نولِّي هذا العمل أحداً سأله، أو أحداً حرص عليه. متفق عليه .

“Sesungguhnya demi Allah kami tidak akan memberi jawatan pemimpin kepada seorang yang memintanya atau terlalu berkeinginan memegangnya.”

Negara kita sedang berdepan dengan dua individu yang sedang melobi diri sendiri dan berusaha untuk menjadikan diri mereka sebagai Perdana Menteri (PM) Malaysia.

Berdasarkan Hadis Nabi di atas. Kedua-duanya tidak layak dan tidak boleh diberikan jawatan PM oleh rakyat Malaysia.

USTAZ HAJI SHAHRIL AZMAN ABD HALIM AL HAFIZ – HARAKAHDAILY 21/6/2020
 
Sponsored Post

Top
Log in Register