BTC USD 98,859.4 Gold USD 2,650.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Muhyiddin, Hamzah menang tanpa bertanding

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
56,439
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
56,439
Reaction score
6,634
Points
881
Awards
1
Muhyiddin, Hamzah menang tanpa bertanding

Oleh Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid
A view of the sea

Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Hamzah Zainudin
Petaling Jaya: Dua jawatan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini diumumkan menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu bagi tahun 2024-2027 selepas tiada pihak yang mencabarnya.

Ia dimenangi Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengekalkan jawatan Presiden manakala Timbalan milik Datuk Seri Hamzah Zainudin yang sebelum itu menjawat jawatan Setiausaha Agung.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Bersatu, Saiful Adli Arshad bagaimanapun berkata, pengisytiharan rasmi kemenangan kedua-dua calon tunggal itu hanya akan dibuat selepas selesai persidangan bahagian pada 2 November depan.

Selain itu katanya, jawatan Ketua Srikandi pula dimenangi oleh Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin selepas bekas Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Rina Mohd Harun menarik diri dari bertanding.

"Bagi jawatan Naib Ketua Srikandi Malaysia, hanya satu calon yang disahkan layak bertanding iaitu Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi dari Bahagian Kampar," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti itu di sini hari ini.

Hadir sama dalam sidang media, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Mengulas lanjut, Saiful Adli berkata, bagi jawatan Naib Presiden, enam orang akan bertanding jawatan itu iaitu Ahmad Faizal, A'ziss Zainal Abiddin dari Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (Beluran), Datuk Dr Radzi Jidin (Putrajaya), Datuk Razali Idris (Marang) dan Mohd Rafiq Abdullah (Sungai Buloh).

"Bagi jawatan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), terdapat 80 calon yang disahkan layak bertanding untuk mengisi 20 jawatan," katanya.

Katanya, bagi jawatan Ketua Armada Malaysia, terdapat dua pencalonan yang layak bertanding iaitu daripada Muhammad Hilman Idham dari Bahagian Gombak dan Akmal Zahin Zainal Abidin (Seputeh).

Menurutnya, bagi pemilihan parti itu di peringkat nasional, pihaknya telah menerima sebanyak 276 borang pencalonan pada 21 September lalu.

Katanya, borang itu melibatkan jawatan di peringkat MPT, Jawatankuasa Srikandi Malaysia, Jawatankuasa Armada Malaysia, Jawatankuasa Srikandi Muda Malaysia dan Jawatankuasa Sayap Bersekutu Malaysia.

Disiarkan pada: October 4, 2024 @ 5:23pm
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register