BTC USD 26,190.3 Gold USD 1,900.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Muhammad dakwa pencalonannya disekat

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR 5 Nov. - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib mendakwa terdapat pihak tertentu yang cuba menyekat pencalonannya untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO bagi memastikan beliau tidak dapat bertanding pada pemilihan Mac depan.

Menurutnya berdasarkan maklumat yang diperolehinya, kumpulan tersebut semakin bergerak aktif pada minggu-minggu terakhir persidangan perwakilan bahagian sekarang termasuk menyebarkan cerita kononnya beliau akan menarik diri daripada pertandingan tersebut.

Katanya, terdapat pihak yang akan memastikan pencalonan yang dibuat pada persidangan perwakilan bahagian ditutup sebaik sahaja cadangan dibuat pada calon tertentu.

''Pihak terlibat juga mengugut perwakilan supaya berhati-hati sekiranya pilihan mereka tewas dan calon lain memenangi jawatan itu," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Sehubungan itu beliau berharap pihak berkenaan berhenti daripada melakukan perbuatan tersebut kerana ia boleh memberikan kesan tidak baik terhadap parti.

Muhammad juga meminta ahli parti dan perwakilan memberi peluang kepada pemimpin yang mahu bertanding pada pemilihan parti dengan memberikan mereka pencalonan yang mencukupi.

Tegasnya, beliau tetap akan bertanding jawatan tersebut sekiranya mendapat pencalonan yang mencukupi daripada bahagian-bahagian.

Muhammad yang kini telah mendapat 29 pencalonan, berharap jumlah itu akan meningkat pada hujung minggu ini apabila bahagian-bahagian yang belum bersidang membuat pencalonan mereka termasuk tujuh bahagian di negeri Selangor.

''Saya harap Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan saya diberikan peluang oleh perwakilan untuk bertanding jawatan tersebut," katanya.

Selain mereka berdua, terdapat dua lagi yang dicalonkan untuk jawatan tersebut iaitu Naib Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini mendahului dengan 79 pencalonan manakala Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Shahrir Samad baru memperoleh satu undi.

Mohd. Ali yang juga Naib Presiden parti setakat ini memperoleh 32 undi.

geli betis aku dengar nie

:eek::eek::eek::eek:

sedar kediri ler sikit zaman awak tu dah berzaman berlalu
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register