BTC USD 42,919.4 Gold USD 1,749.31
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mufti - Senaman Yoga adalah HARAM

Adakah patut yoga diharamkan?


  • Total voters
    0

kuhik

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
Majlis Fatwa bincang yoga - Senaman didakwa boleh memesong akidah umat Islam

Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi dan Nor Azma Laila
[email protected]



GEORGETOWN: Majlis Fatwa Kebangsaan sudah membuat keputusan berhubung senaman yoga yang dipercayai boleh memesongkan akidah umat Islam jika mengamalkan senaman itu.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha, berkata keputusan berkenaan dijangka diumumkan dalam masa terdekat.

Difahamkan, isu mengenai amalan yoga dibincangkan pada mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan di Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berhubung keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan itu.

"Majlis Fatwa Kebangsaan sudah ada keputusan mengenai perkara itu dan pengumuan akan dibuat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Fiqh dan Pemikiran Islam Lestari di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas kenyataan Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa, menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman itu supaya menghentikannya.

Yoga, sejenis senaman harian yang kebanyakan pergerakannya berdasarkan unsur dalam agama Hindu, dipercayai boleh meme-songkan akidah umat Islam jika mengamalkannya.

"Yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu, menggabungkan unsur keagamaan dan penyembuhan jiwa. Mereka mengamalkan yoga kerana percaya boleh menyatukan mereka dengan tuhan," kata Prof Zakaria.

Yoga, amalan kesihatan yang diperkenalkan sekitar 3,300 Sebelum Masihi, dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko diabetes, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung.

Sementara itu, Mufti Johor, Datuk Nooh Gadut berkata senaman yoga perlu diharamkan kerana bercanggah dengan akidah, syariat serta akhlak Islam dan wajib ditinggalkan oleh individu yang sudah mengamalkannya serta segera bertaubat kepada Allah kerana sudah melakukan perkara yang salah di sisi Islam.

"Bukan saja pengamal yoga, malah pengusaha pusat kecergasan yang beragama Islam juga perlu menghentikan perkhidmatan senaman ini kerana ia bercanggah dengan Islam dan boleh memesongkan akidah.

"Keputusan mengharamkan senaman ini juga tidak perlu dipertikaikan lagi kerana ia bertujuan menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam," katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.

Nooh berkata, badan bukan kerajaan (NGO), pihak swasta dan kerajaan dinasihatkan supaya merujuk kepada pihak berkuasa agama lebih awal jika ingin menganjurkan acara menyerupai.


p/s : dalam Islam sendiri sudah ada senaman-senaman tubuh yang diajar oleh Nabi kita...kenapa perlu kita gunapakai senaman Hindu plak? den sokong cadangan Yoga ni diharamkan..
 
Sponsored Post

otaipc

Fun Poster
Joined
Aug 2, 2008
Messages
893
Reaction score
1
Points
15
yang dharamkan tu sbb ikut amalan hindu..klo snam untuk kshtn smate2 xpe...
aku first..yeayea
 

Muzri - Team Kamrie

Fun Poster
Joined
Jan 13, 2008
Messages
529
Reaction score
0
Points
10
dulu aku ade amal gak..tp bile member aku kate kena minum air kencing....aku jd bengang ngn die...terus aku banned...uhuhuu
 

kuhik

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
yang dharamkan tu sbb ikut amalan hindu..klo snam untuk kshtn smate2 xpe...
aku first..yeayea

niat tak menghalalkan cara bro :)

lagipun, dalam Islam sendiri sudah ada senaman untuk para ummatnya, yang peliknya tiada pula yang explore kelebihan senaman tersebut..
 

otaipc

Fun Poster
Joined
Aug 2, 2008
Messages
893
Reaction score
1
Points
15
niat tak menghalalkan cara bro :)

lagipun, dalam Islam sendiri sudah ada senaman untuk para ummatnya, yang peliknya tiada pula yang explore kelebihan senaman tersebut..

mmglaaa..
sbb tula mufti kne berijtihad..
br mslh senam..mslh lain..gay,pondan,sodomy,pengakuan tnpa saksi tu mcmne plak?
ikutla mne yang dsuruh oleh islam:-?:-?:-?:-?
 

uhs_4all

Fun Poster
Joined
Oct 15, 2008
Messages
494
Reaction score
2
Points
15
mmglaaa..
sbb tula mufti kne berijtihad..
br mslh senam..mslh lain..gay,pondan,sodomy,pengakuan tnpa saksi tu mcmne plak?
ikutla mne yang dsuruh oleh islam:-?:-?:-?:-?

masaalah tu smua(gay,pondan.....)dh confirm haram..
puak2 mufti ni lebih arif tentang agama,kita sebagai orang awam ni,ikut jela fatwa para2 mufti...
lagi pun masaalah yoga ni bukan masaalah baru,dah lama dah diperkatakan.
so,demi menjaga kesucian agama&aqidah wajarlah ia diharamkan.
 

maliq7776

Super Active Member
Joined
Mar 8, 2008
Messages
7,835
Reaction score
72
Points
75
dalam islam dah ade sembahyang..pagi,petang siang, malam..cukup.
tak cukup lagi..buat la yg sunat:)

yoga ni mengarut je..yg ngarut lagi..ade naked yoga..bogel bersenam jugak ka?#:-S
 

JaMeQ

Legendary Member
Paid Membership
Joined
May 15, 2007
Messages
16,164
Reaction score
102
Points
123
aku buat senaman hari2mau jer..:">
 

sosazr

Active Member
Joined
Aug 2, 2008
Messages
1,423
Reaction score
0
Points
20
Apesal la orang kita ni nak agong-agongkan amalan hindu ni... kalau adat kita dulu dah dipengaruhi oelh amalan hindu cam bersanding (sobab memang hindu dulu baru islam datang)...la ni kita dah moden masih nak dipengaruhi plak lagi...

ps: bagi den yang memang tak bersenam ni, memang setuju la diharamkan...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register