BTC USD 23,789.4 Gold USD 1,772.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mufti Perlis: Zakat untuk bukan Islam tujuan dakwah

abahmu

Legendary Member
gem
Messages
17,952
Joined
Feb 21, 2007
Messages
17,952
Reaction score
126
Points
123
PETALING JAYA: Isu pemberian zakat kepada masyarakat bukan Islam isu menjadi apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Damansara, Dr Nasir Hashim memberikan cadangan ingin menyalurkan wang peruntukan zakat kepada orang bukan Islam.

Beliau berpendapat wang tersebut dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan sekalipun mereka bukan beragama Islam.

Namun cadangan tersebut dibantah oleh Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Subang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pekida menentang cadangan tersebut.

Kelmarin mereka mengadakan bantahan secara aman dihadapan pejabat Adun Kota Damansara dan turut menyerahkan memorandum kepada Setiausaha Adun Kota Damansara, A. Siarajan.

Ketua Penerangan Pekida Petaling Jaya, Mohamad Salleh menyifatkan cadangan Adun berkenaan meyimpang dan terkeluar daripada matlamat seorang wakil rakyat beragama Islam.

Sementara itu, Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin yang sebelum ini pernah memberi komennya berhubung isu tersebut dalam akhbar Mingguan Malaysia, sekali lagi tampil menjelaskan pendirian beliau berhubung isu itu.

“Kita sering mendapat maklumat adanya persatuan atau gerakan agama-agama tertentu yang memperuntukkan wang yang banyak bagi menawan orang ramai agar tertarik dengan mereka. Maka timbullah kisah-kisah orang menukar agama kerana termakan budi," kata Asri yang dipetik daripada blognya di drmaza.com

"Mengapa kita bising dan hairan. Sebenarnya, Islam melalui zakat telah lama membuat pemberian ini di bawah peruntukan golongan muallaf.

"Muallaf itu bukan sekadar mereka yang baru menganut Islam seperti tafsiran singkat sesetengah pihak," ujarnya.

Jelasnya, ia merangkumi mereka yang belum menganut Islam dan diharapkan dengan pemberian zakat tersebut menjinakkan hati mereka kepada Islam. Juga para pemimpin yang lemah iman. Diharapkan dengan pemberian itu menguatkan iman mereka.

Juga pemimpin yang kuat iman namun mempunyai saingan dengan kaum kuffar.

Dengan pemberian itu diharapkan pesaing mereka akan tertarik kepada Islam.

Bahkan untuk golongan bukan Islam yang diharapkan pemberian zakat dapat mengelakkan mereka menyakiti umat Islam dan akan suka kepada agama ini. Yusuf al-Qaradawi mengumpulkan peluasan ini dalam karyanya Fiqh al-Zakah.

Tambah beliau, jika hal tersebut dilihat dengan luas betapa kita dapat menggunakan zakat untuk berbagai aktiviti dakwah agar bukan muslim tertarik kepada Islam.Termasuklah memberikan bantuan kepada mereka yang cuba dipengaruhi agar murtad. Dengan pemberian zakat, boleh kembali menguatkan semangat Islam mereka.

"Malangnya, bukan sahaja tafsiran kita tidak luas tentang muallaf ini, bahkan ’saudara baru’ yang sedia ada pun tidak dijaga dengan baik oleh wang zakat."

"Sehingga ada yang keluar semula kerana tidak mendapat perhatian dari masyarakat Islam. Selepas itu kita hairan kenapa ada orang ingin murtad!!," katanya.

Tegasnya, sepatutnya persatuan-persatuan saudara baru diberikan peruntukan zakat yang banyak agar wajah kita yang tercemar dek kisah ramai yang ingin murtad bertukar menjadi kisah ramainya orang yang ingin menganut Islam”.
 
Sponsored Post

abahmu

Legendary Member
gem
Messages
17,952
Joined
Feb 21, 2007
Messages
17,952
Reaction score
126
Points
123
aku teringat di zaman khalifah Saidina Omar..beliau menjaga kebajikan dan memastikan semua rakyatnya tidak berada dlm kesusahan x kira agama ape..bangsa ape..dgn cara itu lebih ramai org2 kafir memeluk islam melihat keadilan dlm islam...
 

trigger_86

Active Member
Messages
1,428
Joined
Nov 23, 2007
Messages
1,428
Reaction score
6
Points
25
zakat leh ke bagi kat org bukan Islam ??? setahu aku takleh.
 

abahmu

Legendary Member
gem
Messages
17,952
Joined
Feb 21, 2007
Messages
17,952
Reaction score
126
Points
123
zakat leh ke bagi kat org bukan Islam ??? setahu aku takleh.

ntah..aku sndiri x pasti..boleh ke x..kena tanya para alim ulamak ni...yg pastinya MB selangor dh beri jaminan takkan menggunakan wang zakat utk org bukan islam dlm tv3 semalam rasanya...
 

trigger_86

Active Member
Messages
1,428
Joined
Nov 23, 2007
Messages
1,428
Reaction score
6
Points
25
ntah..aku sndiri x pasti..boleh ke x..kena tanya para alim ulamak ni...yg pastinya MB selangor dh beri jaminan takkan menggunakan wang zakat utk org bukan islam dlm tv3 semalam rasanya...

sy tgh belajar pasal zakat, antara syarat penerima zakat ialah ISLAM.
 

maliq7776

Super Active Member
Messages
7,835
Joined
Mar 8, 2008
Messages
7,835
Reaction score
72
Points
75
baik bagi duit zakat tu untuk org islam..keperluan org islam banyak lagi yg belum mencukupi..banyak lagi cara dakwah yg boleh dianjurkan..
 

abahmu

Legendary Member
gem
Messages
17,952
Joined
Feb 21, 2007
Messages
17,952
Reaction score
126
Points
123
sy tgh belajar pasal zakat, antara syarat penerima zakat ialah ISLAM.

ooo...jadi mufti perlis mengkhilafkan maksud muaallaf la tu...ntah la..beliau mufti..kita ni sape la kan....mungkin beliau mempunyai hujah2 dia kot...
 
Sponsored Post

Top
Log in Register