mufi perlis x suka org pi ziarah kubur hari raya...sebab katanya nabi x pernah buat

CG Sponsors




jumatmajid

Super Active Member
Joined
Jun 5, 2012
Messages
7,534
Reaction score
216
Points
78
Kalau boleh dapat selaraskan kaedah jgn sampai meniru agama lain yg memang ada hari khusus lawat kubur dgn festival dia sekali.

Kaum cina cekebrate ceng beng,kita jgn sampai seakan meniru.pilih pulak khusus hari raya pertama...

Ceng Beng...
https://www.google.com.my/search?q=...X&ved=0ahUKEwjE1dabtfLUAhVJK48KHReTASwQ7AkIQw
peringatan yg baik, tp bg sy terlalu umum...

arguement mcm nih biasa digunakan oleh glgan yg menolak sambutan maulidur rasul...

krn mrk samakan dgn sambutan Christmas yg meraikan hari lahir Jesus...

tp hakikatnyer rmi ulama yg menganggap baik sambutan maulidur rasul tanpa mengatakan ia sama dgn sambutan Christmas...

krn dlm hal ini, aper yg dipertimbangkan oleh para ulama aderlah cara sambutan itu dilaksanakan berbanding sbb ia dilaksanakan...

wallahu'alam...
 
Sponsored Post

AlYamani

Legendary Member
Joined
Jan 23, 2011
Messages
12,048
Reaction score
564
Points
161
peringatan yg baik, tp bg sy terlalu umum...

arguement mcm nih biasa digunakan oleh glgan yg menolak sambutan maulidur rasul...

krn mrk samakan dgn sambutan Christmas yg meraikan hari lahir Jesus...

tp hakikatnyer rmi ulama yg menganggap baik sambutan maulidur rasul tanpa mengatakan ia sama dgn sambutan Christmas...

krn dlm hal ini, aper yg dipertimbangkan oleh para ulama aderlah cara sambutan itu dilaksanakan berbanding sbb ia dilaksanakan...

wallahu'alam...
Pesta lawat kubur ni clash dgn perayaan eid kita,yg tak clash tu tak per la sepatutnya asal ikut panduan syariat...w.a.
 

jumatmajid

Super Active Member
Joined
Jun 5, 2012
Messages
7,534
Reaction score
216
Points
78
Pesta lawat kubur ni clash dgn perayaan eid kita,yg tak clash tu tak per la sepatutnya asal ikut panduan syariat...w.a.
sy confused...

masalah "pesta" lawatan kubur nih krn ia clash dgn sambutan eid atau krn ia sama dgn perayaan Cheng Beng atau dua2 sekali???...

@-) @-) @-)...
 

AlYamani

Legendary Member
Joined
Jan 23, 2011
Messages
12,048
Reaction score
564
Points
161
sy confused...

masalah "pesta" lawatan kubur nih krn ia clash dgn sambutan eid atau krn ia sama dgn perayaan Cheng Beng atau dua2 sekali???...

@-) @-) @-)...

Memang sekarang dah nampak mcm pesta,nak kata ada majlis tahlil,orang baru balik solat raya...mana ada tekong tahlil.Mungkin lain tempat,tengok lokasi...tempat tuan macamana,tak ramai orang ker kat kubur 1st raya...

Apa yg kita faham,masa 1 Syawal meraikan eid adalah keutamaan,ia merupakan sebahagian ibadah,tapi melawat kubur tak termasuk dlm suruhan hari tu...ia jadi clash pada hari yg sama...bukan ker bagus kalau nak lawat kubur,buat masa hari lain,contoh sebelum atau selepas...
 
Last edited:

jumatmajid

Super Active Member
Joined
Jun 5, 2012
Messages
7,534
Reaction score
216
Points
78
Memang sekarang dah nampak mcm pesta,nak kata ada majlis tahlil,orang baru balik solat raya...mana ada tekong tahlil.Mungkin lain tempat,tengok lokasi...tempat tuan macamana,tak ramai orang ker kat kubur 1st raya...

Apa yg kita faham,masa 1 Syawal meraikan eid adalah keutamaan,ia merupakan sebahagian ibadah,tapi melawat kubur tak termasuk dlm suruhan hari tu...ia jadi clash pada hari yg sama...bukan ker bagus kalau nak lawat kubur,buat masa hari lain,contoh sebelum atau selepas...
ooohh jd masalah "pesta" melawat kubur nih semata2 krn clash dgn sambutan eid ajer lah yer...

takder lah kaitan sgt pon dgn Cheng Beng yg mmg merupakan hari khusus utk mendoakan ahli keluarga keluarga yg dah meninggal dunia...

spt cth lain yg sy berikan ttg sambutan mMulidur Rasul bg org Islam di samakan dgn sambutan christmas bg org kristian tuh...

klu x disamakan dgn Cheng Beng maka sy takder ler nak bantah sgt krn bg sy takder masalah nak gi bila2 pon...

individu & keluarga msg2 tentukan masa bila yg sesuai utk mrk, nak gi, sblm raya ker, semasa raya ker atau slps raya...

yg penting jgn memandai2 kater aderlah menjd sunnah Nabi Muhammad SAW utk menziarah kubur setiap 1 Syawal...

krn klu kater mcm tuh mmg sy setuju akan jd bid'ah atas alasan menyandarkan suatu amalan pd Baginda SAW tanpa nas yg sahih...

sy sendiri gi kubur pd 4 Syawal, krn itu hari yg sesuai utk sy & keluarga & bkn krn semata2 nak elakkan bersedih pd 1 Syawal yer...

ok teruskan perbincangan sdr & sdr2 yg lain di sini, sy mengundurkan diri terlbh dhl, rmi yg lbh arif drpd sy kat sini utk teruskan perbincangan...
 
Last edited:

KualaPahang

Fun Poster
Joined
Nov 17, 2011
Messages
378
Reaction score
5
Points
15
ikut sukale...pendapat masingmasing


kisah bilal yang bersedih kerana kematian Nabi berhijarah dari madinah....bermimpi dengan nabi mengapa dia tak melawatinya.....

bermakna melawati orang yang telah mati dinantinanti oleh mereka...Jadi hari raya lah dapat berkumpul ahli keluarga dan melawati ibubapa yang meninggal...
 

nationagainstzionist

Super Active Member
Joined
Oct 17, 2012
Messages
5,695
Reaction score
188
Points
73
klu nabi x buat..jgn memandai2 kata bid'aah masuk neraka bhai...abis tu nabi solat raya dgn para sahabat kat mana masa tu..dekat dgn tmpat apa ?? dan knapa nabi solat dekat situ??...ngaji dlu bhai..ngaji tu talaqqi..bukan ngaji dgn as-syeikh al yadani al guguli..
 

pelitaminyak

Active Member
Joined
Aug 13, 2008
Messages
2,004
Reaction score
503
Points
81
Udah le balik kg pun setahun sekali, waktu raya je, alang2 balik tu bawa keluarga ziarah kubur apa masalahnya, jangan sampai anak cucu tak kenal kubur tok nenek

Bab hukum hakam ni, ikut pendapat masing2, kita ziarah kubur pun bukannya berpesta kat kubur,
 

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
May 13, 2007
Messages
20,705
Reaction score
1,372
Points
201
Bila pemikiran terbelenggu dengan raya ziarah kubur

Sedih membaca berita viral, artis (orang lain pun mungkin sama) tidak dapat balik kampung raya kali ini kerana PKP, tidak dapat ziarah kubur, ibu bapa. Sedangkan dalam Islam yang penting bukan kubur itu, tetapi apa yang ditinggalkan oleh kubur ketika hidup, seperti amal soleh, anak-anak, harta, dll.

Kenapa orang kita suka fikir perkara kecil seperti tak dapat ziarah kubur ibu bapa ketika hari raya? Perkara ini diperbesarkan oleh media sosial. Seolah-olah ziarah kubur pada hari raya saja. Sedangkan kubur boleh diziarah bila-bila masa kepada yang ingin mengambil pengajaran.

Ziarah kubur ini bukan suatu perkara yang wajib. Kubur itu tak lari pun. Bila-bila masa boleh ziarah. Bagaimana pula dengan orang yang mati tiada kuburnya di negara kita. Contoh, meninggal di Mekah, di luar negara, mayat tidak dapat dibawa pulang. Begitu juga mayat hilang entah ke mana, hilang di laut, hilang di hutan dll.

Kami, mualaf ni, arwah ibu bapa bukan Islam, macam mana pula? Saya ada juga pergi ziarah, tidak salah.
Apakah kerana tidak ada kubur, tidak dapat ziarah kubur, maka sepanjang hari kita meratap, menangis. Hukumnya berdosa jika tidak ziarah kubur?

Ada kubur depan mata pun, tidak ada gunanya, jika perangai kita sebagai anak macam mangkok hayun. Kita membebani ibu bapa kita di alam kubur. Apakah kita lupa hadis, apabila matinya anak Adam, maka terputus amalannya, kecuali tiga perkara, sedekah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa daripada anak soleh.

Sedarlah wahai saudaraku. Ziarah kubur ketika raya bukan isu besar. Banyak perkara lain yang perlu difikirkan.
Sekurang-kurangnya fikirkan pasal pengisian raya ketika PKP ni. Barulah minda jadi besar sebab fikir isu besar. Minda jadi kecil, bila fikir perkara kecil.

Jika nomalitinya, kita ziarah pada waktu hari raya, fikirkan bagaimana nak isi gantian ziarah kubur itu. Bukankah ia lebih bermanfaat? Misalnya, berdoa pada setiap hari untuk ibu bapa ketika kemuncaknya Ramadan, diikuti Syawal dan seterusnya.

Sebab tu jangan wajib perkara yang tidak sepatutnya. Lebih malang lagi, yang sunat beriya-iya nak buat. Tetapi bila sampai bab wajib, malas pulak.

Ada yang perangai pelik, solat hari raya bersungguh-sungguh nak buat, dengan baju barunya. Tiba bab solat wajib Jumaat, buat acoh tak acoh jer. Ada yang tinggalkan langsung.
Tak perlu bersedih pun kalau tak dapat ziarah kubur. Sebab hari raya bukan untuk bersedih tetapi untuk bergembira sebagai tanda syukur.

Saya cadangkan, jika ketika Ramadan (PKP) kita berada di rumah, solat jamaah, bertarawih, bertadarus bersama anak-anak, dll, teruskanlah bila tiba hari raya.

Bertakbir, bertahmidlah di rumah, banyakkan solat, wajib dan sunat, baca Quran. Dalam kata lain, hidupkan majlis ilmu di rumah. Hidupkan rumah dengan amal soleh berhari raya di rumah. Jalinkan hubungan erat bersama ahli keluarga. Bukan meratap sedih kerana tidak ada pergi ziarah kubur. Bila dah tamat PKP nanti, usahkan ziarah, tidur dikuburpun tiada siapa larang. Lepaskanlah kononnya rindu kubur itu.

Ingatlah, dalam Islam, bukan kubur itu yang penting, tetapi menjadi atau tidak, anak-anak yang ditinggalkan orang yang berada di kubur. Jadilah anak soleh, untuk hilang kerinduan kepada arwah ibu bapa, doa yang terbaik untuk mereka, itulah erti kata ziarah yang sebenar, bukan setakat ziarah fizikal kubur .

Akhirnya, khas kepada kedua arwah ibu bapaku, Ya Allah, ringankanlah azab ibu bapaku yang berada di alam kubur meskipun mereka tidak sempat mengucapkan namaMu Ya Allah semasa hidupnya, kerana mereka ada anak-anak dan cucu-cucunya yang memeluk Islam, berada dalam agamaMu Ya Allah. Jika ada ehsan daripadaMu Ya Allah, pertemukanlah kami dengan kedua mereka dalam syurgaMu nanti, kerana kami ingin sekali bersama mereka yang melahirkan kami ke dunia ini.

 
Sponsored Post
Top
Log in Register