Mufarakah: Bapa mertua Dr.Rosli buat laporan polis

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
KOTA BHARU 31 Dis. — Bapa mertua bekas Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan, Dr Rosli Allani Abdull Kader, hari ini membuat laporan polis bagi mendapatkan bantuan pihak berkuasa mencari anak perempuannya.

Mohd Noor Che Man, 58, bersama anak lelakinya, Mohd Izhan dan dua wakil dari firma guaman Baldape, Harvinder & Co membuat laporan itu di Balai Polis Kota Bharu jam 4.30 petang ini.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Mohd Noor berkata beliau bertindak demikian kerana berharap dapat menemui semula anak perempuannya Illani, 30, yang juga isteri Dr Rosli setelah mereka melarikan diri daripada kepungannya di rumah sewa mereka di Lorong Masjid Mustaqim, Telipot, dua hari lepas.

"Saya bimbang keselamatannya kerana dikhuatiri peristiwa yang menimpa keluarganya itu boleh menjejaskan mentalnya,” katanya. - Bernama
 
Top
Log in Register