BTC USD 27,583.9 Gold USD 1,978.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ask/Help MUET Tiada Adakah Permohonan Program Ijazah Diterima?

Sponsored Post

syahays

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,441
Paid Membership
Joined
Sep 1, 2010
Messages
23,441
Reaction score
50
Points
120
Wa'alaikummusalam...

Kalau UiTM, MUET boleh ambil masa tengah buat Degree, jadi, tak perlu ada
MUET masa nak apply Degree under UiTM, TAPI, hanya untuk lepasan Diploma
UiTM sahaja, dan, kalau Degree U lain, rasanya, perlu MUET tue...

Luqmanul Hakim @ CariGold.com

oooo..U lain perlu ye..
den dulu uitm...2pasal xperlu masa sambung kot..kekeke
 

kaza86862002

Fun Poster
Messages
129
Joined
Apr 30, 2009
Messages
129
Reaction score
0
Points
10
Askum..
merujuk tajuk diatas,andaikata kalau tiada MUET tapi memohon ijazah[IPTA] bagi lepasan Diploma adakah permohonan tersebut tidak berjaya atau masih diterima...Adakah tepat maklumat ini ada orang bagi tahu MUET hanya untuk melayakkan kita menerima Ijazah/Konvo sahaja...

Mengikut pengalaman saya, MUET diambil semasa mengikuti pengajian ijazah. jika cik mempunyai sebarang keraguan sila bertanya kepada pihak admission university untuk double confirm
 

beskompecah

Fun Poster
Messages
161
Joined
Dec 3, 2011
Messages
161
Reaction score
0
Points
10
Wa'alaikummusalam...

Kalau UiTM, MUET boleh ambil masa tengah buat Degree, jadi, tak perlu ada
MUET masa nak apply Degree under UiTM, TAPI, hanya untuk lepasan Diploma
UiTM sahaja, dan, kalau Degree U lain, rasanya, perlu MUET tue...

Luqmanul Hakim @ CariGold.com

saya dri ipt lain
masuk uitm xperlu muet ponn..
 

soulsix

Super Active Member
Messages
5,863
Joined
Mar 31, 2009
Messages
5,863
Reaction score
8
Points
65
masuk degree sekurang2nya MUET band 1,

nak grad pula sekurang2nya band 2/3 (ikut universiti)

ni aku paste dr upu, syarat ni syarat umum so kalau dah nama umum mmg kena ada

Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf adalah seperti berikut :-

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) / Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Kepujian Bahasa Melayu Kertas Julai.

dan

Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2010 dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya :

Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am.
dan

Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain.
atau

Lulus peperiksaan Matrikulasi tahun 2010 dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00.

atau

Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2010 atau 2009 dengan mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid.

atau

Memiliki kelulusan Diploma/Setaraf atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA;

atau

Lulus peperiksaan STPM Tahun 2009 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am atau Matrikulasi Tahun 2007 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET)

"DAN" tu maknanya compulsory

ni adalah syarat terkini, kalau dulu2 boleh masuk tanpa muet tu dah lain cerita
 
Last edited:
Sponsored Post

Top
Log in Register