Mudahkan mohon status kewarganegaraan anak

Recommended Brokers

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
31,016
Reaction score
1,197
Points
196

PETALING JAYA: Tiga kementerian sedang mengkaji untuk meminda Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan wanita warga negara Malaysia mendapatkan status kewarganegaraan bagi anak mereka yang dilahirkan di luar negara secara automatik.

Kajian itu membabitkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Luar dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Ketiga-tiga kementerian berkenaan sudah berbincang sejak April lalu bagi melihat kesesuaian semasa berkaitan undang-undang berkenaan kerana sudah dikuatkuasa sejak berdekad lalu.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh, berkata kementeriannya berusaha memastikan wanita yang melahirkan anak di luar negara memperoleh haknya sebagai mana diperoleh anak warga negara lelaki.

Katanya, ketika ini hanya bapa warga tempatan dibenarkan memperoleh kewarganegaraan anak yang dilahir di luar negara, secara automatik manakala ibu perlu membuat permohonan bagi tujuan itu.

“Menerusi beberapa perbincangan itu kita melihat perkembangan positif apabila KDN bersedia meneliti perkara itu.

“Lima penekanan utama dicadangkan iaitu mereka yang membuat permohonan, iaitu perlu melakukan ujian deoksiribonukleik (DNA) sebagai bukti konklusif untuk kelulusan kewarganegaraan.

“Kriteria lain ialah kewarganegaraan anak melalui penerimaan undang-undang saksama seperti hak warga negara lelaki, keutamaan memberi kewarganegaraan kepada kanak-kanak di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mempermudahkan proses permohonan yang lebih mesra kepada wanita serta keluarga dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) harus mengemukakan alasan kukuh h bagi penolakan permohonan kewarganegaraan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan video Kempen Kesamaan Kewarganegaraan Malaysia yang menggesa Pindaan Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan di sini, semalam.

Kempen itu dianjurkan oleh Kumpulan Sokongan Pasangan Asing (FSSG) bertujuan memberi kesedaran mengenai kesan diskriminasi jantina terhadap wanita di negara ini.

Yang turut hadir, Pesuruhjaya Kanak-kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Prof Datuk Noor Aziah Mohd Awal; Penasihat Kempen Kesamaan Kewarganegaraan Malaysia, Ivy Josiah dan Penyelaras kempen, Bina Ramanand.

Kempen itu sebagai memohon pindaan yang membenarkan wanita mendapat taraf kewarganegaraan kepada anak mereka sebagaimana kewajipan di bawah Konvensyen mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) yang diperakui Malaysia pada 1995.

Yeoh berkata, perbincangan antara kementerian itu bertujuan mencari jalan penyelesaian termasuk penambahbaikan isu kewarganegaraan terutama berkenaan prosedur dan perkhidmatan untuk ibu yang memohon warga negara untuk anak mereka.

“Kita mendapati ramai wanita melalui pelbagai prosedur memohon kewarganegaraan anak sehingga bertahun-tahun. Malah mereka menghadapi kesukaran memperoleh akses pendidikan, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan sosial dan dalam jangka panjang sekali gus menghadapi masalah sosio-ekonomi.

“Berikutan itu, ada antaranya terpaksa berpisah daripada keluarga berikutan perbezaan kewarganegaraan, iaitu anak tidak dapat keluar negara. Jika berada di negara ini mereka menggunakan pas lawatan (sosial) yang perlu diperbaharui mengikut tempoh,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Yeoh berkata, kesaksamaan gender adalah teras manifesto kerajaan Pakatan Harapan (PH) iaitu Iltizam Khusus Untuk Wanita.

Justeru, pindaan mengkaji semua undang-undang yang berkaitan dengan kesaksamaan gender perlu untuk memastikan setiap wanita menikmati kesaksamaan undang-undang.

“Kesamaan kewarganegaraan itu, bagaimanapun memerlukan perbincangan secara terperinci dengan Kementerian Kesihatan dan Jabatan Peguam Negara terutama membabitkan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan.

“Sejak sekian lama, banyak keluarga terjejas kerana undang-undang ini walaupun kita tiada data daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengenai keseluruhan permohonan,” katanya.

Beliau mahu melihat isu ini secara mendalam kerana wanita yang terbabit adalah ibu warga negara ini.

“Justeru, saya melihat kempen ini tepat kerana wanita tidak harus diketepikan haknya kerana faktor gender. Jika tidak ditangani ia akan menjejaskan masa depan kanak-kanak,” katanya.

Sementara itu, Noor Aziah menafikan hak kewarganegaraan anak tidak lagi relevan hanya kerana melahirkan anak di luar negara dan perkara itu mempunyai sebab yang tersendiri.

“Tidak adil anak tiada kewarganegaraan kerana gender ibu. Situasi itu akan mengakibatkan keluarga berpecah-belah apabila tinggal berasingan, kos yang banyak untuk memperbaharui pas mereka.

“Apabila anak ini membesar mereka sukar mengikuti pembelajaran berikutan tiada perakuan warga negara,” katanya.

https://www.bharian.com.my/wanita/lain-lain/2019/09/608601/mudahkan-mohon-status-kewarganegaraan-anak?utm_source=bh&utm_campaign=recsys&utm_medium=recsys
 
Sponsored Post

puyol

Legendary Member
Joined
Jun 28, 2011
Messages
19,859
Reaction score
1,550
Points
191
mintak lah BOC. apa susah.
 
Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
8,488
Reaction score
1,902
Points
176
Berkahwin DI Luar Negara

a. Bapa (Tempatan) + Ibu (Luar Negara) = Lahirkan Anak Di Luar Negara & Dapat Warganegara
b. Ibu (Tempatan) + Luar Negara (Luar Negara) = Lahirkan Anak Di Luar Negara & Tidak Dapat Warganegara

adakah maksudnya begitu?
 
cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
46,222
Reaction score
5,650
Points
1,346

aah tn Xploit, kita amalkan cara ikut ayah selama ni
anak warganegara Malaysia jika ayahnya adalah warganegara Malaysia
anak bukan warganegara Malaysia sekalipun dilahirkan oleh mak yg berwarganegara Malaysia (yg mana mengahwini lelaki warganegara bukan Malaysia
 
cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
46,222
Reaction score
5,650
Points
1,346
Gerakan Pengundi Sedar
21 September jam 10:18 PTG

42 ahli Parlimen DAP akan menyokong satu Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Perlembagaan untuk memberikan hak sama rata kepada wanita berbangsa Malaysia untuk menurunkan kerakyatannya kepada anak kelahiran mereka yang lahir di luar negara.

#IsuKerakyatan
telegram.me/pengundisedar

42 ahli Parlimen DAP sokong pinda RUU wanita beri kerakyatan anak
21 September 2019 9:24 PM

LIM KIT SIANG

KUALA LUMPUR 21 Sept.- Seramai 42 ahli Parlimen DAP akan menyokong satu Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Perlembagaan untuk memberikan hak sama rata kepada wanita berbangsa Malaysia untuk menurunkan kerakyatannya kepada anak kelahiran mereka yang lahir di luar negara.

Penasihat parti itu, Lim Kit Siang berkata, Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan membenarkan bapa berkerakyatan Malaysia untuk menurunkan kerakyatan kepada anak mereka yang lahir di luar negara dengan kelulusan diberikan dalam tempoh beberapa bulan selepas permohonan.

Tambah beliau, tetapi wanita berbangsa Malaysia yang mengahwini suami berbangsa asing perlu memohon kerakyatan bagi anak mereka di bawah peruntukan berbeza — Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan.

“Sesetengah wanita ini telah menunggu lebih daripada dua tahun untuk mendapatkan kerakyatan bagi anak mereka, malah sesetengah permohonan mereka telah ditolak tanpa sebab.

“Mereka yang memohon semula setelah ditolak buat kali pertama kebiasaannya ditolak sekali lagi tanpa diberikan sebarang sebab,” katanya seperti dipetik portal Roketkini, semalam.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, Parlimen DAP akan menyokong pindaan Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan bagi menggantikan perkataan ‘bapa’ kepada ‘sekurang-kurangnya seorang ibu atau bapa’ bagi memberikan hak yang sama kepada wanita Malaysia.

“Anak kepada wanita berbangsa Malaysia yang lahir di luar negara sepatutnya mempunyai hak kerakyatan yang sama melalui kuat kuasa undang-undang seperti anak kepada individu lelaki yang berbangsa Malaysia.

“Malaysia tergolong di kalangan 25 negara yang menafikan wanita hak sama rata untuk menurunkan kerakyatan kepada anak mereka,” katanya.

Kit Siang berkata, cabaran birokrasi yang dihadapi oleh wanita dalam memohon kerakyatan untuk anak mereka adalah salah satu punca kehilangan bakat dalam negara.

“Ramai rakyat Malaysia yang menetap di luar negara berkahwin di luar negara. Mereka bertemu jodoh semasa bekerja dan kini berhasrat untuk pulang ke tanah air.

“Memandangkan Malaysia secara terus menerus kehilangan bakat berharga disebabkan oleh proses birokrasi ini, kita haruslah mengubah sistem ini,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

kena makan maki hamun lah Lim Kit Siang lepas ni.
 
cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
46,222
Reaction score
5,650
Points
1,346
Reformasi Buat Semua Wanita Di Malaysia

Hannah Yeoh

18 jam yang lalu

Reform for Malaysian women:
Currently, Malaysian women married to foreign spouse and give birth overseas CANNOT pass their citizenship to their children unless their application under 15(2) of the Federal Constitution is approved by the Home Ministry.

It is a different standard applicable to Malaysian men, theirs is a right stated in law. We are requesting for this to be changed so that both Malaysian men and women are equal when it comes to law for conferring citizenship to their child.

Reformasi buat semua wanita di Malaysia:
Buat masa ini, wanita Malaysia yang berkahwin dengan pasangan dari luar negara dan melahirkan anak di sana, anak mereka TIDAK BOLEH mendapat taraf kewarganegaraan melainkan permohonan mereka di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Inilah perbezaan standard yang terpakai buat orang lelaki di Malaysia, malah hak tersebut termaktub di dalam undang-undang. Kita mohon agar undang-undang ini dapat diubah supaya kedua-dua lelaki dan wanita rakyat Malaysia mempunyai hak yang sama dari segi undang-undang bagi mendapatkan taraf kewarganegaraan buat anak mereka.

Kita harus melakukan pembaharuan menghapuskan diskriminasi ke atas wanita. Kempen hak kewarganegaraan yang saksama bagi WANITA MALAYSIA seharusnya menjadi keutamaan kita bersama. Semua ini hanyalah untuk anak Malaysia, untuk keluarga Malaysia.

safuans

Active Member
Joined
Mar 13, 2009
Messages
1,429
Reaction score
241
Points
33
Dia nak jadikan anak dia kat luar negara termasuk China Mainland dapat kewarganegaraan automatik.
Nanti dia orang dapat 2 warganegara.
Satu kewarganegaraan China Mainland, satu kewarganegaraan Malaysia.

Kalau nak laporkan orang yang ada 2 warganegara, kena sediakan bukti kukuh.
Memang terlepas la dia orang ni.
China Mainland boleh pergi Malaysia untuk mengundi.

Macam-macam kerja kotor dan benda jahat yang dirancangkannya.
Harap Melayu sentiasa Alert dan berhati-hati. Jangan ikut kehendak jahat mereka.
_________________________
 
Last edited:

moore426559

Super Active Member
Joined
May 11, 2012
Messages
6,836
Reaction score
168
Points
73
Suruh belajar jawi taknak. Tapi nak mudahkan kewarganegaraan. Mintak pandai. Dgr ckp Tuan Tanah xnak.
Diberi betis, nak vagina
 
Sponsored Post
Top
Log in Register