Mudah terpedaya tawaran hadiah percuma

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KUALA LUMPUR: Penipuan secara terancang dengan menggunakan kepakaran dalam memujuk mangsa sehingga terpengaruh kepada hadiah serta pelbagai tawaran menarik seperti diskaun atau pakej percuma yang sebelum ini banyak dilakukan syarikat jualan langsung kini beralih kepada perkhidmatan pelancongan.

Terbaru Khamis lalu, Harian Metro mendedahkan aduan seorang wanita bersama sembilan rakan lain terpedaya mendaftar kad diskaun pelancongan yang membolehkan mereka mendapat pakej pelancongan percuma dan potongan harga sehingga 40 peratus bagi penginapan di hotel sehingga bertaraf lima bintang di dalam dan luar negara.

Setiap seorang terpaksa membayar RM400 bagi mendapat kad berkenaan dan apabila mangsa ingin menebus hadiah serta potongan bagi hotel, pelbagai alasan diberikan syarikat terbabit.

Ketua Pegawai Eksekutif, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata, taktik penipuan begitu sudah lama wujud dan ia berpunca daripada orang ramai terlalu mudah terpedaya dengan hadiah yang ditawarkan tanpa berfikir terlebih dulu.

“Orang ramai kebiasaannya membeli sesuatu barang bukan kerana mereka benar-benar inginkan barang itu, tetapi disebabkan tertarik tawaran diberikan terutama hadiah percuma.

“Apabila sedar diri ditipu, tindakan sukar diambil kerana pihak terbabit menjalankan operasi secara bergerak atau berpindah-randah terutama di pusat beli-belah,” katanya ketika dihubungi.

Ada juga beroperasi dengan hanya membuat panggilan telefon atau SMS dan apa yang membimbangkan bagaimana mereka dengan mudah boleh mendapat nombor telefon mangsa.

Menurut Mohd Yusof, kesukaran mengenakan tindakan kepada pihak tidak bertanggungjawab itu adalah disebabkan kebanyakan syarikat terbabit beroperasi secara haram tanpa mendaftar perniagaan mereka dengan pihak berwajib. Bagi PPIM, aduan yang diterima berkait dengan pakej umrah dan haji, di mana mangsa diminta melabur jumlah wang tertentu dan diwajibkan mencari beberapa peserta lain untuk mendapat diskaun bagi diri sendiri.

Menurut Dr Maamor, alasan pihak berkenaan supaya mangsa mencari peserta lain adalah membolehkan mereka mengerjakan haji atau umrah secara berkumpulan dengan orang mereka kenali saja.

Katanya, mangsa yang tertarik kepada pakej diskaun itu akan merasa gembira dapat ke Tanah Suci bersama dengan saudara atau kawan yang mereka kenali pastinya mudah terpengaruh tanpa berfikir panjang dan apabila tiba masa dijanjikan pelbagai alasan diberikan seperti tidak ada kuota dan masalah visa.
 
Top
Log in Register