Muat naik status nak kahwin tak perlu 'grand', Tiada kaitan dengan artis - PU Amin

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
264,892
Reaction score
8,910
Points
2,226

“STATUS dimuat naik bersifat umum dan nasihat kepada semua golongan anak muda. Tiada kaitan dengan mana-mana majlis perkahwinan artis pun.”

Itu kata pendakwah bebas yang juga selebriti, PU Amin apabila status dimuat naik di Instagram semalam disalah anggap segelintir peminat hingga menyebut atau ‘tag’ beberapa nama artis di ruangan komen.

Antaranya pasangan pengantin baru, Elfira Loy dan Faris Anuar dan pasangan pelakon Fazura dan Fattah Amin.

Amin, 29, atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maulana Lokman Hakim berkata, dia tidak mahu status berkenaan menimbulkan perbalahan akibat sikap tidak bertanggungjawab pengguna laman sosial.

“Berdasarkan ‘posting’ saya di IG, ramai yang salah faham hingga ada yang ‘tag’ nama artis tertentu.

“Kebetulan semalam saya menghadiri majlis kahwin rakan. Jadi, ramai kenalan yang masih bujang hadir. Ada antara mereka yang sedang merancang dan bercita-cita untuk mendirikan rumah tangga tahun ini.

“Mentaliti mereka, kalau nak kahwin kena buat majlis secara besar-besaran. Sedangkan, menguruskan perkahwinan perlu mengikut kemampuan masing masing. Pada pendapat saya, majlis perkahwinan yang memakan belanja besar mungkin hanya kepuasan pada hari itu semata mata,” katanya kepada Harian Metro.

Menerusi status itu, Amin berkata jika mahu berkahwin tidak perlu secara gilang-gemilang. Apa yang penting adalah selepas berkahwin iaitu hubungan suami isteri dengan Allah SWT.

Menurut Amin, jangan paksa diri untuk mengadakan majlis secara besar-besaran hingga terbeban.

“Atas sebab itu, saya menasihati agar golongan muda yang nak kahwin merancang dengan baik dan berjimat cermat dalam menguruskan hal majlis perkahwinan.

“Permudahkan dan jangan menyusahkan. Islam mengajar kita untuk bersederhana dalam segala hal. Perkahwinan adalah satu beban dan tanggungjawab yang besar. Pasangan berkahwin perlu mementingkan kehidupan selepas berkahwin bukan hanya semata mata hari majlis persandingan.

“Namun bagi yang mampu dan mempunyai kewangan yang kukuh sebelum dan selepas majlis perkahwinan tidaklah menjadi halangan kepada mereka untuk meraikan hari bahagia mereka,” katanya.


https://www.hmetro.com.my/rap/2019/01/411799/tak-ada-kena-mengena-pun-pu-amin
 
Sponsored Post

Penbiru

Legendary Member
Joined
Jan 12, 2008
Messages
18,605
Reaction score
1,248
Points
201
Adakalanya DIAM itu lebih bermanafaat daripada suka BERCAKAP
 

emir

Active+ Member
Joined
Dec 30, 2008
Messages
4,631
Reaction score
40
Points
30
Tapi kalau x dinasihatkan xde pula org menyampaikan, kan rugi bile ade ilmu kite x sebarkn, xdelah nnt kite salahkn takdir je
 

CyberMachine

CG Top Poster Club
Joined
Oct 1, 2009
Messages
21,782
Reaction score
218
Points
123
bukan masalah grand

masalahnya kenalan mak ayah ramai.kena la buat jemputan ramai
 

belam

Super Active Member
Joined
Jul 29, 2013
Messages
5,755
Reaction score
216
Points
73
takda apa yg slh pon pd status tersebut.
smua btol belaka
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
32,222
Reaction score
1,384
Points
206
kawan2 ayah, ibu, sendiri, sepupu sepapat ramai.
kalau tak ajak nanti kecil hati.

ini jawapan standard.
 

momoque

Legendary Member
Joined
Dec 26, 2011
Messages
10,833
Reaction score
321
Points
141
Maksud grand dia ni rasanya bukan sebab jemputan ramai tapi dari segi hiasan majlis, siap ada pentas, kek [email protected] tingkat, berarak siap ada fairy tales dll tu.
Ya aku rase bab ni yg PU amin tegur

Bagusla dia tegur...bende baik kot
 

wan632

Active Member
Joined
Oct 29, 2011
Messages
2,480
Reaction score
82
Points
30
laa. zaman goodies bag, kahwin sanggup Loan Aeon, goodies bag + Dj + Photographer tak tinggal..

Walaupun berutang
 
Sponsored Post
Top
Log in Register