'Mualaf' kaki tipu imam kena cekup

CG Sponsors




hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,047
Reaction score
153
Points
33
21mualaf_1600677295.jpg


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang mengaku 'mualaf' dan aktif menipu wang beberapa imam dicekup selepas dipercayai cuba melakukan perbuatan sama di perkarangan sebuah surau di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata suspek yang berusia 35 tahun itu ditangkap sendiri salah seorang mangsa penipuannya yang juga imam Masjid Seksyen 5 Kota Damansara.

Katanya, imam berusia 38 tahun itu didatangi suspek yang mengaku sudah memeluk Islam dan mahu meminjam wang untuk urusan menyelesaikan masalah kad kreditnya yang disekat pihak bank, kira-kira jam 5.54 petang pada 1 Februari lalu.

"Imam berkenaan dengan niat membantu kemudian menyerahkan wang RM450 sebelum suspek pulang ke Terengganu
keesokannya (Ahad) kerana urusan bank dibuka pada hari Ahad di sana.

"Setibanya di Terengganu, suspek meminta wang tambahan kononnya untuk urusan mengaktifkan kad kreditnya dan mangsa memindahkan wang ke akaun bank suspek sebanyak RM650," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Nik Ezanee berkata, mangsa kemudiannya menyedari nombor telefonnya disekat oleh suspek dan dia gagal dihubungi.

"Mangsa kemudian mengetahui kejadian sama pernah berlaku sehingga viral di media sosial yang mana suspek menipu ramai imam dan ustaz di sekitar negeri Selangor.

"Kebetulan semalam, mangsa sekali terserempak dengan suspek di perkarangan Surau Mutiara Damansara dan berkemungkinan mahu melakukan jenayah sama," katanya.

Menurutnya, mangsa dengan bantuan seorang rakannya kemudian menahan dan membawa suspek ke Balai Polis Mutiara Damansara untuk diserahkan kepada polis.

"Tangkapan kemudian dibuat oleh sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

"Semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau dan dia kini direman empat hari bagi membantu siasatan," kata Nik Ezanee lagi.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.


== bharian
 
Sponsored Post

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,956
Reaction score
1,698
Points
151
Pakai kopiah
Pakai kain
Gantung ayat
Jd islam
 

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
11,416
Reaction score
2,224
Points
191
Sebab tu selalunya org x bg duit..
Orang bayarkan rumah sewa..
Orang bagi makanan..
Orang bagi job supaya dia leh sesuaikan diri..
Tp trick dia nih mmg power..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register