BTC USD 63,857.8 Gold USD 1,769.51
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MTUC Pon Perli Amco Mmg Selari Dgn Slogan "Rakyat Didahulukan" LOL!

yinbyungheon

CG Top Poster Club
Joined
Jul 12, 2006
Messages
36,821
Reaction score
856
Points
161
MTUC dakwa kerajaan ‘tembak curi’ umum selaras subdisi, naik harga
December 07, 2010

Penyokong protes kenaikan harga minyak mengambil bahagian dalam sebuah demonstrasi di Kuala Lumpur, 13 Jun 2008. — Foto Reuters
KUALA LUMPUR, 7 Dis — Konges Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyifatkan kerajaan memilih cara “tembak curi” untuk mengumumkan pelarasan subsidi yang membawa kepada kenaikan harga bahan api dan gula berkuat kuasa Sabtu lalu.

Sehubungan itu badan induk pekerja itu berkata, langkah kerajaan yang diumumkan petang Jumaat lalu amat dikesali kerana keputusan diambil tanpa mengadakan perbincangan dengan kesatuan sekerja, badan pertubuhan bukan kerajaan termasuk badan pengguna.

“Kerajaan memilih malam Jumaat lalu untuk menaikkan harga bahan bakar petroleum dan harga gula.

“Ini untuk memastikan bahawa berita kenaikan harga bahan-bahan keperluan asas ini tidak serta-merta akan disambut oleh para wakil rakyat di Parlimen.

“Kali ini kerajaan telah memilih cara ‘tembak curi’ tanpa banyak perbincangan dan memberi maklumat awal,” kata Presiden MTUC Syed Shahir Syed Mohamud dalam satu kenyataan.

Katanya, sebelum ini pegumuman kenaikan harga bahan bakar petrol dibuat ketika sidang Parlimen ditangguh.

“Amat jelas tarikh dan masa dipilih sebagai taktik pengolahan berita untuk memastikan berita ini akan tenggelam dan diharapkan orang ramai akan lalai dan tidak marah.

“Setelah diumumkan kenaikan harga ini para menteri yang bertanggungjawab dan menteri yang lain terus ‘padam’ tidak memberikan apa-apa pandangan.

“Seolah-olah adanya arahan agar berita kenaikan harga barangan ini tidak dibincangkan secara meluas,” kata Syed Shahir.

Beliau mendakwa satu pekara yang amat jelas ialah bagaimana berita kenaikan bahan asas ini diolah untuk memperdaya pandangan orang ramai.

Katanya lagi, perkataan seperti keseragaman harga, penyelarasan harga, penarikan subsidi, rasionalisasi harga telah digunakan.

“Perkataan ‘naik harga’ terus tidak muncul dalam akhbar dan media.

“Kenaikan harga bahan asas ini pasti akan membawa padah terutama kepada kaum pekerja yang berpendapatan rendah. Apabila harga barang keperluan asas ini naik, ia bermakna gaji kaum pekerja menurun.

“Kuasa beli yang dimiliki melalui upah gaji pada hakikatnya semakin merosot. Dua puluh sen harga gula naik ertinya dua puluh sen pula duit gaji kita semua turun,” kata beliau lagi.

Pemimpin kesatuan ini juga berkata, harus disedari bahawa walaupun yang dinaikkan hanya harga hanya gula dan bahan bakar petroleum tetapi yakinlah barangan lain juga akan turut sama naik.

“Ini kerana bahan-bahan ini bukan tegak berdiri sendirian.

“Gula bersangkutan dengan minuman dan kuih-muih manakala minyak, satu bahan yang paling penting untuk pengangkutan akan menjemput kenaikan harga bahan bahan lain,” kata beliau.

Syed Shahir juga berkata MTUC mahu agar pentadbiran Najib yang berslogankan “Rakyat Didahulukan” akan menterjemahkan slogan ini dengan tepat.

“Tembak curi tidak selari dengan slogan ‘Rakyat Didahulukan,’” katanya.
 
Sponsored Post

graynicolls

Active+ Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
3,757
Reaction score
37
Points
30
presiden MTUC pun xsokong kerajaan.
ape la yg ada pada juak2 umno yg bermati2an mempertahankan umno.
setakat AJK je...cih
 

haudli

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jul 15, 2009
Messages
47,314
Reaction score
442
Points
136
hope kalau ade pertukaran pemerintahan,kasi cek balik semua perjalanan projek2, akaun negara dan lain2 yg melibatkan wang..so rakyat bole tau kemana wang rakyat pergi selain dr utk subsidi barangan..
 

jengkol

Active Member
Joined
Dec 29, 2007
Messages
1,415
Reaction score
0
Points
20
hope kalau ade pertukaran pemerintahan,kasi cek balik semua perjalanan projek2, akaun negara dan lain2 yg melibatkan wang..so rakyat bole tau kemana wang rakyat pergi selain dr utk subsidi barangan..

kalu cadangan ni memang aku stuju sgt..

nanti kite bleh tengok dgn jelas muke 'bekas' pemimpin yang korap:))
 

gadgetmall

Super Active Member
Joined
Oct 27, 2008
Messages
7,064
Reaction score
32
Points
70
kalu cadangan ni memang aku stuju sgt..

nanti kite bleh tengok dgn jelas muke 'bekas' pemimpin yang korap:))

iras2 muke si korup tu aku da nmpak cket2..
:)):)):)):))
xpyah tnggu jd "bekas" skang pon da taw..:eek::eek::eek:
 

zerovirus

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,199
Reaction score
94
Points
1,020
presiden MTUC pun xsokong kerajaan.
ape la yg ada pada juak2 umno yg bermati2an mempertahankan umno.
setakat AJK je...cih

aku pun tak faham ... itu pun tak leh pk
 

koman

Active+ Member
Joined
Aug 18, 2009
Messages
4,706
Reaction score
60
Points
30
pencacai umngok badigol jer yg sokong tindakan kerajaan...dia ikut jer apa yg umngok buat..cacai jenis nih memang kene kasi pelempang sedas...hahaha
 

myvi sporty

Active Member
Joined
Mar 16, 2009
Messages
1,743
Reaction score
35
Points
30
itu baru barang asas naik..nie hartanah, rumah yang naik gila2x ****, takkan kerajaan tak leh buat pape??? harga rumah misalnya, di Bangi, sume start from 300k++, di nilai, start from 280++(terrace), apartment pun dekat 200k, seremban2, 3, dah cecah 400-500k... harga rumah sekarang naik dekat 10-20k setiap tahun.. kalo harga barangan naik, sudah pasti akan membebankan rakyat terutamanya yang dah beli rumah.. kami bukan sume gaji JUSA.
 

papayaomela

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
6,282
Reaction score
32
Points
70
itu baru barang asas naik..nie hartanah, rumah yang naik gila2x ****, takkan kerajaan tak leh buat pape??? harga rumah misalnya, di Bangi, sume start from 300k++, di nilai, start from 280++(terrace), apartment pun dekat 200k, seremban2, 3, dah cecah 400-500k... harga rumah sekarang naik dekat 10-20k setiap tahun.. kalo harga barangan naik, sudah pasti akan membebankan rakyat terutamanya yang dah beli rumah.. kami bukan sume gaji JUSA.
Ada kerajaan BN peduli? Naik harga barang lagi ada.

SUdah2lah sokong BN. Kasi tukar kerajaan la.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register