Brother WangGlobal,
Terima kasih kerana sudi memberikan informasi dengan cepat. Saya telah membuat 'company search' atas MST Global dengan SSM dan adalah dengan dukacitanya, memang benar MST adalah syarikat yang ditubuhkan dengan modal RM2.00. Untuk memastikan pelaburan saya adalah terjamin, saya juga membuat semakan keatas Fusionexcel, modalnya cukup power! RM2,000,000.00 (Dua Juta!).
Selepas beberapa hari membuat bandingan dan mengumpul informasi dari member2 ku, saya juga dapat tau bahawa sebelum ni, ada juga sebuah syarikat namanya 'lavision', juga ditubuhkan oleh seorang leader dari Fusionexcel dan karang dah lenyap. Dengar juga banyak yang telah disapunya dan karang, pengedar2 lavision tidak dapat bonus. Dengar juga staffnya juga tidak dapat gaji.
Semoga MST akan tidak akan menjadi begitu kian hari. Sebelum ni, MST juga katakan pengedar Fusionexcel yang mengedarkan kepada MST sekarang. I kurang yakin la. Depa kata memang produk Fusionexcel adalah import dan tiada pengilang dari tempatan. I pun dah pening kerana masing2 ada ceritanya. YAng saya nak tahu, bagaimana MST boleh buktikannya?
Buat masa sekarang, itulah yang saya dapat kongsi dengan korang. Saya lebih rela beli dan menyertai syarikat yang adanya trak rekod serta semakin pesat membangun. HArap2 MST juga akan berkembang pesat seperti Fusionexcel suatu hari nanti.
SEmoga berjaya MST Global. Assalamualaikum.