BTC USD 55,395.9 Gold USD 1,777.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MSI GF65 Dengan Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 3060 Tertiris

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,299
Reaction score
3,816
Points
236
MSI bakal memperlihatkan siri komputer riba gaming dan produktiviti terbaru mereka di acara CES 2021 yang akan dijalankan pada minggu hadapan. Terkini, nampaknya butiran khusus mengenai spesifikasi salah satu komputer riba mereka, MSI GF 65 Thin telahpun tertiris, dan ia nampaknya akan dikuasakan oleh kad grafik NVIDIA yang terbaru. MSI GF65 Thin ini hadir dengan paparan skrin IPS bersaiz 15.6 inci dengan resolusi Full HD dan kadar segar semula 144Hz dan juga sokongan gamut warna NTSC serendah 45 peratus sahaja.

Dari segi spesifikasi dalaman yang lain, komputer riba ini masih akan dikuasakan oleh pilihan CPU Intel generasi ke-10 Comet Lake sehingga Intel Core i7-10750H, memori DDR4, storan SSD dan juga kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3060 dengan 6GB memori GDDR6. Setakat ini, butiran yang masih belum diketahui ialah pilihan memori dan storan, dan juga tanda harga komputer riba ini apabila ia dilancarkan. Terdapat juga ura-ura yang mengatakan bahawa MSI akan mengemaskini komputer riba ini dengan cip pemprosesan Tiger Lake-H apabila ia tiba di pasaran kelak, tetapi ia masih tidak disahkan lagi setakat ini.

9DAEC3F4-946A-46ED-9DAB-42FD81564905-950x761.jpeg


879225B9-EF98-4E44-864C-1F8287D32AF2-950x619.png

Sumber asal https://videocardz.com/newz/msi-already-lists-gf65-thin-laptop-with-geforce-rtx-3060-max-q-graphics
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,299
Reaction score
3,816
Points
236
MSI Malaysia Membuka Pra-tempahan Untuk Komputer Riba Dengan Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 3000 – Harga Bermula RM5199

Sewaktu acara CES 2021 yang berlangsung tidak lama dahulu, MSI telah memperlihatkan sejumlah komputer riba gaming mereka yang bakal dikuasakan oleh cip pemprosesan grafik terbaru NVIDIA GeForce RTX 3000. MSI Malaysia baru-baru ini telah mengemaskini laman web mereka dengan pengumuman bahawa mereka akan membuka pra-tempahan untuk sejumlah siri komputer riba gaming mereka yang akan menggunakan kad-kad grafik tersebut.

Melalui laman web tersebut, ia dapat dilihat bahawa MSI Malaysia akan menawarkan empat komputer riba gaming, termasuklah MSI GE76 Raider, MSI GE66 Raider, MSI GS66 Stealth dan MSI GF65 Thin. Dari segi spesifikasi dalaman, kesemua komputer-komputer riba ini dikuasakan oleh CPU Intel generasi ke-10 siri-H, memori DDR4 sehingga 32GB dan storan SSD NVMe PCIe sehingga 1TB. Seperti yang dikatakan, komputer-komputer riba ini akan dikuasakan siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3000, dari GeForce RTX 3060 hinggalah GeForce RTX 3080. Buat masa ini, ia dilihat bahawa kesemua komputer-komputer riba ini akan hadir dengan satu konfigurasi sahaja, kecuali untuk MSI Stealth GS66, yang akan tiba dengan pilihan GPU NVIDIA GeForce RTX 3070 ataupun RTX 3080 Max-Q.

MSI Malaysia juga turut memperlihatkan tanda harga untuk komputer-komputer riba ini, dan ia adalah seperti berikut:
Pra-tempahan untuk komputer-komputer riba ini dibuka dari 25 Januari hingga 31 Januari 2021 kelak, selagi stok masih ada.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register