MR. D.I.Y. Buka 30 Kedai Baru Di Seluruh Malaysia

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
20,581
Reaction score
3,412
Points
236
22.07.2020 - Kuala Lumpur, Peruncit barangan rumah Malaysia MR. D.I.Y. akan membuka 30 lagi kedai baharu di seluruh negara pada hujung minggu ini.

Naib Presiden Pemasarannya Andy Chin berkata langkah itu tepat pada masa ketika tempoh pandemik COVID-19 yang belum pernah berlaku sebelum ini yang mana semakin ramai orang lebih berjimat dalam perbelanjaan.

“Saya ingin mengumumkan pembukaan secara serentak 30 kedai MR.D.I.Y baharu di seluruh Malaysia agar kita dapat membantu mereka mencapai matlamat itu dengan menawarkan pelbagai produk pada harga yang rendah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Chin berkata pembukaan kedai baharu di di Kedah, Kelantan dan Terengganu akan dibuat pada 24-25 Julai, manakala kedai baharu di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Perak, Sabah dan Sarawak pada 25-26 Julai.

Antara lokasi kedai baharu MR.D.I.Y ialah di Tanah Merah, Kota Bharu dan Ketereh (Kelantan), Miri, Kuching (Sarawak), Skudai, Kluang (Johor), Kajang, Pelabuhan Klang (Selangor).

Selain itu, katanya, sejajar dengan norma baharu, kedai MR.D.I.Y akan beroperasi mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara.

Screenshot-2438.jpg


Berita asal https://www.bernama.com/bm/ekonomi/news.php?id=1863299
 
Sponsored Post

QIPIDELANA

Super Active Member
Joined
Dec 13, 2012
Messages
9,144
Reaction score
220
Points
88
Macam2 ada kedai ni,antara yg wajib aku masuk klau lalu kat kedai ni
 

Gigahertz CS

Active Member
Joined
Sep 23, 2011
Messages
1,625
Reaction score
143
Points
48
sebelum.ni kelantan kedah terengganu takde mr diy ke?
 

Izham87

Fun Poster
Joined
Jul 14, 2016
Messages
506
Reaction score
164
Points
33
mr diy ni baru je nak masuk bursa tapi dah tangguh pulak..
 

nokia3210

Active Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
1,822
Reaction score
181
Points
38
mr D ni kualiti lebih baik dari kedai rm2 tu ..lau pemutar skru kedai rm2 , dua tiga kali putar, dah abis bunga..harga pun lebih kurang je ..
even mesin dril dia setanding ngan jenama besar ..aku pakai dah 2 tahun, dah beribu tiang pagar besi aku tebuk..ok smpai sekarang ..beli RM70+ je..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register