MPS Keluar Notis, Elak Pembakaran Terbuka Di Tempat Awam

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,793
Points
236
25.11.2020 - Shah Alam, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengeluarkan notis berhubung pembakaran terbuka yang kerap berlaku di sekitar Kampung Desa Aman Sungai Buloh dekat sini. Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memaklumkan notis agar kacau ganggu dihapuskan mengikut (Seksyen 82) Akta 171 diserahkan kepada penduduk sekitar dan beberapa pemilik premis serta kilang kawasan tersebut.

“Aduan mengenai aktiviti haram itu diterima sejak awal Ogos lalu dan beberapa siri siasatan dibuat termasuk pemasangan tali kuning namun kejadian masih berulang. Justeru, kita mengambil pendekatan melakukan operasi mencegah menerusi pemantauan dan serahan notis serta risalah,” kata MPS ketika dihubungi.

PBT itu memaklumkan aktiviti tersebut dilarang sama sekali dan jika terdapat bukti pembakaran dilakukan tindakan kompaun akan dikenakan terhadap pesalah.



Berita asal https://selangorkini.my/2020/11/mps-keluar-notis-elak-pembakaran-terbuka-di-tempat-awam/
 
Top
Log in Register