MPKj tawar diskaun 50%

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KAJANG: Pemilik kenderaan yang mempunyai kompaun kesalahan letak kereta Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) boleh menarik nafas lega berikutan pihak berkuasa tempatan berkenaan menawarkan pengurangan kompaun 50 peratus.

Kempen pengurangan kompaun 50 peratus itu bermula 5 Januari hingga 31 Februari tahun depan dan tertakluk kepada kompaun dikeluarkan sebelum 31 Disember ini.

Yang Dipertuanya, Datuk Hasan Nawawi Abdul Rahman, berkata sehingga 31 Oktober lalu pihaknya merekodkan RM9.7 juta kompaun tertunggak membabitkan 127,000 notis.

Katanya, pengurangan itu bertujuan menggalakkan orang ramai menjelaskan kompaun kesalahan berkenaan sebelum tindakan mengheret mereka di mahkamah diambil.

“Kempen ini bagi memberi peluang terakhir pemilik kenderaan menjelaskan kompaun tempat letak kereta terhadap mereka kerana selepas itu kami mengadakan operasi mengesan pemilik kenderaan ini dari rumah ke rumah.

“Pemilik kompaun ini akan didakwa ke mahkamah jika kami berjaya mengesannya,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh Ahli Majlis, di sini, semalam.

Menurutnya, sejak 2005 hingga Oktober 2008, hanya 20 peratus kompaun dijelaskan membabitkan 86,000 notis dan angka itu mengecewakan.

aku nak kena pi ngadap juga nie...ada saman lama nie...
 
Top
Log in Register