BTC USD 61,742.7 Gold USD 4,270.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MP2 Cina Pun Tak Sokong Judi

shane

Legendary Member
gem
Messages
14,063
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,063
Reaction score
247
Points
133

HEBAT..HEBAT....Judi punya pasal...

Salam 2 all.

Sidang Parlimen hari ni Rabu 30 Zulqaedah 1430/ 18 Nov 2009 berlaku sesuatu yang sangat menarik perhatian saya.

Ini berlaku apabila YB Timbalan Menteri Kewangan yang sedang menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa menyentuh isu berkaitan hasil judi yang diperolehi Kerajaan.

Beberapa orang Ahli Parlimen daripada kalangan bukan Islam bangun dan mendesak supaya kerajaan mengkaji semula kegiatan judi dan pelesenannya, dengan menyatakan bahawa aktiviti berjudi saperti empat nombor ekor dan lain-lain telah menyebabkan kesengsaraan kepada ramai orang terutamanya kaum Cina.

Diantara Ahli Parlimen yang terlibat adalah YB Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju), YB Cheong Jen Fen (DAP-Kucing), YB Fong Ko Puan (DAP-Batu Gajah) dan YB Anthony Loke (DAP-Rasah).

Mulanya kami MP Muslim dari Pakatan bercadang hendak menyertai bahas dalam isu judi ini, tapi bila dah tengok yang MP bukan Islam dah bersungguh-sungguh membangkitkan isu itu, kami rasa sudah lebih dari mencukupi.

Dan saya angkat tabik kepada Timbalan Menteri Kewangan YB Datuk Awang Adek Hussein yang telah memberi jaminan akan membawa isu itu ke peringkat kabinet dan "berjuang" untuk mencapai matlamat tersebut.

Bukan senang untuk kita melihat Ahli Parlimen bukan Islam berusaha untuk menghapuskan amalan perjudian, dan bukan senang nak tengok Menteri UMNo/Be End mengambil sikap bersetuju dan memberi jaminan akan berjuang untuk menghapuskannya.

Bravo kepada mereka semua..dan tahniah atas sikap berani dan tegas dalam menangani isu judi ini.

Dan kepada semua Ahli Parlimen yang beragama Islam, tak kira PR atau Be End, ini patut menjadi satu pengajaran bagi kita dan memberi suntikan semangat untuk melaksanakan syariat Islam. Yang penting kita memainkan peranan mendidik dan mendakwah mereka tentang kebaikan dan menafaat yang akan diperolehi rakyat tak kira apa bangsa dan agama jika syariat Islam dilaksanakan sepenuhnya. Saya yakin bila mereka diberi kefahaman yang cukup, mereka akan bersedia menerimanya..

TAPI..Mat Jais kata nak dakwah kena ada toliah pulak..hampeh..

Adios.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
30 Zulqaedah 1430
18 Nov 2009


Satu perkembangan positif. Yg mengaku Islam kena bersatu sokong yg mana baik & benar, jangan mengajak bersatu menyokong yg mungkar. Dan jangan ada yg putarbelit menyebabkan satu langkah mara kehadapan bagi Islam ini di susuli dengan 10 langkah ke belakang!!!! Agama Islam yg jadi mangsa!!!
 
marah org2 umno nanti ... judi + arak .. mesti kene ada baru la cpt kaya dan cepat perabihkan duit rakyat


Betul tu bro.

Inilah amalan kerajaan Islam Malaysia dibawah Islam Hadhari....:)

:)paid
 
if korang nak tahu, cina dan judi tak dapat dipisahkan...memang di dlm agama mereka, mereka dituntut utk mencuba nasib...sebab tue depa semua boleh kaya...if tak caya korang tanya la Tuan Guru Lim Guan Eng,Tuan Guru KArpal Singh,Tuan Guru Lim Kit Siang korang tue...
 
if korang nak tahu, cina dan judi tak dapat dipisahkan...memang di dlm agama mereka, mereka dituntut utk mencuba nasib...sebab tue depa semua boleh kaya...if tak caya korang tanya la Tuan Guru Lim Guan Eng,Tuan Guru KArpal Singh,Tuan Guru Lim Kit Siang korang tue...

yer ker... err err cemana lak Tuan Guru Mamak madey korang dan Bekas KPN si haniff tu yer.. tentu 1 pendapat kot ngan Lim Kit Siang :)):)):)):))
 
judi kan merosakkan, orang yang bijak lebih mngetahui, tapi malangnye terlampau ramai orang yang x bijak dlm kerajaan yang mnyebabkan judi berleluasa.
 
MP wangsa maju aku aku tabik..MP2 lain tuh sekadar sokong jer :))..
 
yer ker... err err cemana lak Tuan Guru Mamak madey korang dan Bekas KPN si haniff tu yer.. tentu 1 pendapat kot ngan Lim Kit Siang :)):)):)):))

bukan ker genting tuh Tunku Abdul Rahman bagi Goh Tong...:-?:-?
 
amno apa depa x boleh buat??? HUDUD saja yg depa TAK MAHU buat...:))
 
Back
Top
Log in Register