BTC USD 42,941.3 Gold USD 1,761.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MP Minta SPRM Jelaskan Bagaimana Rina Langsai Hutang RM1.3J

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,421
Reaction score
4,153
Points
236
24.07.2021 - Kuala Lumpur, Lima anggota parlimen pembangkang hari ini mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan bagaimana Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun berjaya mengumpulkan dana untuk membayar hutangnya baru-baru ini. Menurut mereka, penyelesaian hutang berkenaan dilihat tidak setimpal dengan aset yang diisytiharkan oleh Rina kepada SPRM dan diterbitkan tahun lalu.

"Sebarang kelewatan dalam menyiasat perkara ini akan mengakibatkan persepsi masyarakat terhadap SPRM menjadi negatif ketika badan itu seharusnya bebas, adil dan bertindak dengan penuh integriti," kata mereka dalam kenyataan media hari ini.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan Salahuddin Ayub (Amanah-Pulai), Amiruddin Hamzah (Pejuang-Kubang Pasu), Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan-Kota Belud), Sivarasa Rasiah (PKR-Sungai Buloh) dan Teo Nie Ching (DAP-Kulai). Pada Feb lalu Rina yang juga pemimpin sayap wanita Bersatu menyelesaikan tuntutan hutang bernilai RM1,340,642.02 oleh tiga syarikat Perancis.

Menurut rekod pengisytiharan aset menteri kabinet kepada SPRM yang dikeluarkan pada Julai lalu, Rina mempunyai pendapatan bulanan RM34,004.48 dan aset bernilai kurang daripada RM1 juta. Inisiatif pengisytiharan harta digerakkan oleh Pakatan Harapan (PH) tidak lama selepas gabungan itu mendirikan kerajaan berdasarkan mandat yang diterima daripada rakyat pada 2018.

Untuk rekod ketika ini SPRM tidak lagi menyiarkan maklumat tersebut kepada umum. Kelima-lima anggota parlimen terbabit mengeluarkan kenyataan berkenaan sebagai tindak balas terhadap keputusan SPRM untuk mendakwa Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan pertuduhan menyalahgunakan dana RM1.12 juta yang dikatakan milik Bersatu. Mereka berkata bahawa keputusan untuk menuduh Syed Saddiq adalah bermotifkan politik.

"Sangat mencurigakan apabila kedua-dua tuduhan ke atas Syed Saddiq itu dibuat sekarang apabila dakwaan itu berlaku tahun lalu dan sebelum pilihan raya 2018," kata mereka.​

1627101682722.png
 
Sponsored Post

SMI6

Active+ Member
Joined
Jan 3, 2016
Messages
3,072
Reaction score
681
Points
86
pegawai khas mat sabu. org black list blh lantik jadi pegawai khas menteri dulu korek sama lah..

cam mana hutang blacklist 800k blh settle patut pembangkang tanya la sekali senyap terus kes tu.


Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mendedahkan lebih maklumat berhubung kes melibatkan pegawai kanan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

Bekas anggota parlimen Pandan itu mendakwa diberitahu bahawa jumlah yang digunakan untuk membebaskannya daripada status muflis diperoleh melalui biaya khalayak (crowdfunding).

asik2 kutip derma dari rakyat je kerjanya.
 

apoeki

Super Active Member
Joined
Aug 7, 2012
Messages
7,493
Reaction score
773
Points
121
Dicky yg pembangkang pn blh dpt 700k dlm masa 24jam. Inikan plk menteri.haishh
 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
15,053
Reaction score
2,372
Points
201
pegawai khas mat sabu. org black list blh lantik jadi pegawai khas menteri dulu korek sama lah..

cam mana hutang blacklist 800k blh settle patut pembangkang tanya la sekali senyap terus kes tu.


Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mendedahkan lebih maklumat berhubung kes melibatkan pegawai kanan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

Bekas anggota parlimen Pandan itu mendakwa diberitahu bahawa jumlah yang digunakan untuk membebaskannya daripada status muflis diperoleh melalui biaya khalayak (crowdfunding).

asik2 kutip derma dari rakyat je kerjanya.
Politik nie tu yg mslh geng aku ok geng ok lain hentam kaw2
 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
15,053
Reaction score
2,372
Points
201
tu tak best politik malaysia ni.

ulang2 benda sama. byk guna persespsi
Lg bnyk persespsi lg bnyk untung depa....tu kt xleh taksub mn2 pihak pun depa ada udang sebalik Mee ja gerakan depa tu huhuhu
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register