BTC USD 43,653.1 Gold USD 2,029.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MP mahu PM jelaskan isu menteri, timbalan tak hadir di parlimen

Beberapa ahli parlimen pembangkang hari ini mempertahankan tindakan mereka tidak hadir sidang Dewan Rakyat pada sebelah pagi.
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal antaranya berkata, ketidakhadiran kebanyakan ahli parlimen Perikatan Nasional (PN) adalah kerana menghadiri Himpunan Selamatkan Syariah di pekarangan Istana Kehakiman, Putrajaya.
Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, kemudian bangkit mempersoalkan adakah ketidakhadiran beberapa menteri penuh juga boleh disifatkan sebagai ponteng.
Sumber video: https://www.youtube.com/watch?v=qHN0CQBcwoI

 
Sponsored Post

1700470405329.png

'Bukan ponteng parlimen tapi kami ke Istana Kehakiman'


Diterbitkan: Nov 20, 2023 3:40 PM

Dikemaskini: 3:40 PM





Ahli parlimen pembangkang hari ini mempertahan ketidakhadiran mereka pada sesi pagi persidangan Dewan Rakyat, dengan berkata mereka pergi memberi sokongan kepada ‘Himpunan Selamatkan Syariah’ di pekarangan Istana Kehakiman, Putrajaya.

Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) berkata, ketiadaan wakil pembangkang di Dewan Rakyat pagi tadi bukanlah perbuatan ponteng.

"Kami selalu hadir dalam Dewan (Rakyat) ini walaupun pagi tadi kami ke Istana Kehakiman untuk memberikan sokongan dan soladiri kepada hukuman syariah.

"Tetapi kami dikatakan ponteng, sebenarnya tak ponteng," katanya ketika berbahas di Dewan Rakyat, hari ini.




Dia berkata demikian ketika sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 (Belanjawan 2024) peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kesihatan.
Pagi tadi, tiada seorang pun ahli parlimen pembangkang di Dewan Rakyat.

Mohd Isam Mohd Isa (BN- Tampin) bangkit mencelah dan mememaklumkan kepada Speaker bahawa tiada ahli parlimen pembangkang yang hadir pada sesi pertanyaan lisan.

"Tan Sri Speaker, bukan ramai tak hadir. Sorang pun pembangkang tak ada hari ni," kata Mohd Isam.




Susulan itu, Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul membenarkan ahli parlimen membangkitkan tiga soalan tambahan kepada menteri atau timbalan menteri pada sesi pertanyaan lisan.

Malah beberapa soalan yang dibangkitkan oleh ahli Parlimen PN pagi tadi terpaksa dilangkau oleh Speaker kerana ketiadaan wakil rakyat berkenaan.

Soalan berkait pertanyaan Ahmad Amzad Mohamed (PN-Kuala Terengganu); Wan Hassan Mohd Ramli (PN-Dungun) ; Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) serta Ali Biju (PN-Saratok) antara yang naik pada sesi pertanyaan lisan pagi tadi.

Sementara itu, Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang turut tidak berpuas hati apabila pembangkang didakwa ponteng sidang Parlimen membangkitkan persoalan adakah ketidakhadiran beberapa menteri penuh juga boleh disifatkan sebagai ponteng.

"Bolehkah katakan menteri penuh yang tak hadir kecuali Menteri Kesihatan ini ponteng pada masa ini?" katanya ketika mencelah sesi perbahasan Syed Abu Hussin.

Secara ringkas ahli Parlimen Bukit Gantang menjawab: "Menteri mungkin sibuk untuk mengagihkan peruntukan," katanya.
 

'Papar nama ahli Parlimen ponteng di laman web memalukan'​

November 6, 2023 @ 2:05pm


Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
Datuk Seri Dr Ronald Kiandee

KUALA LUMPUR: Seorang ahli Parlimen pembangkang mempertikaikan cadangan memapar nama wakil rakyat yang ponteng persidangan di laman web rasmi Dewan Rakyat berikutan ia disifatkan sebagai memalukan.


Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) berkata, pelaksanaan cadangan itu perlu dibincang secara terperinci dan tidak boleh dibuat secara persendirian dan tanpa nyata oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

"Lebih hangat apabila Speaker keluarkan kenyataan di luar sana, untuk mengenakan penalti kepada ahli Parlimen, di sebut mengenai pemotongan gaji dan meletakkan senarai nama di laman web.

"Memalukan mereka, jadi apa sebenarnya kehendak Parlimen dalam isu ini, sama ada ia akan membabitkan kumpulan yang disebut eksekutif, ataupun tertakluk kepada 'backbencher' dan kami di sini?" katanya pada sesi Dewan Rakyat, hari ini.




Sebelum ini, Johari dilaporkan berkata, nama ahli Parlimen yang didapati dengan sengaja tidak hadir atau 'ponteng' sidang Parlimen mungkin akan dipaparkan di laman web Dewan Rakyat supaya pengundi kawasan parlimen mereka maklum perkara terbabit.
Pada masa sama, Ronald berkata, dalam aspek kehadiran di Dewan Rakyat, ia tidak boleh dibuat pengasingan dan perlu membabitkan semua ahli Parlimen dalam kalangan eksekutif, 'backbencher' dan pembangkang.

Beliau berkata, berdasarkan Peraturan Mesyuarat 13, isu kehadiran ahli Parlimen di persidangan sebelum ini adalah tidak jumud selain tidak diperbesarkan kerana tiada menteri yang boleh menghadiri setiap sesi persidangan Dewan Rakyat.

"Dalam peraturan mesyuarat, isu kuorum dan kehadiran sudah disebut tetapi tidak terlalu jumud.... bagaimana Speaker lihat perkara ini. Anda mahu kehadiran penuh 222 ahli Parlimen ketika bersidang?

"Sebab itu kita ada Peraturan Mesyuarat 13, dari dulu lagi isu ini tidak diperbesarkan kerana tiada menteri yang boleh menghadiri sesi setiap masa," katanya.

Ronald turut mempersoalkan bagaimana Dewan Rakyat boleh mentakrifkan kehadiran dalam kalangan ahli Parlimen sama ada wakil rakyat itu sudah dikira hadir walaupun hanya seminit berada di dalam dewan.

"Saya setuju semua ahli Parlimen perlu hadir namun kehadiran subjektif... kerana ahli Parlimen duduk seminit dan keluar pulang juga dikira hadir... bagaimana nak takrifkan kehadiran?

"Apabila Speaker membuat kenyataan di luar sana dan isu ini menjadi panas, kita dilihat sebagai ponteng tanpa sebab dan dilihat kita tidak mewakili kehendak rakyat. Imej itu perlu diperbaiki, kalau mahu lihat semua ahli Parlimen duduk sini, itu tidak akan berlaku.

"Tindakan untuk menghukum dan memalukan bukan suatu yang baik bagi memartabatkan Parlimen," katanya.

Sementara itu, Johari menjelaskan bahawa perkataan memalukan digunakan ahli Parlimen Beluran adalah salah kerana pihaknya tidak bermaksud untuk memalukan mana-mana wakil rakyat.

Beliau berkata, pihaknya mengakui ahli Parlimen yang mempunyai komitmen dan tugas lain tidak semestinya harus menyertai persidangan Dewan Rakyat.

"Tidak semestinya, baca laporan itu betul-betul... tidak semestinya semua ahli Parlimen harus ada di sini kerana mereka ada tugas lain.
"Namun begitu sebarang cadangan akan dibawa ke Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat... saya sangat jelas dengan itu dan saya tidak bermaksud untuk memalukan anda," katanya.

Keadaan kemudiannya menjadi sedikit kecoh apabila RSN Rayer (PH-Jelutong) bangkit mencelah mempertahankan Johari daripada sangkaan jahat oleh ahli Parlimen Beluran itu, berdasarkan Peraturan Mesyuarat 36 (6).

Namun Johari membuat keputusan bahawa apa sahaja ungkapan dibuat ahli Parlimen Beluran itu tidak bermaksud untuk memalukan dan menghina beliau.
tahu malu.. pastu hadir la.. ada elaun kot
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register