BTC USD 96,644.7 Gold USD 2,696.03
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MP DAP mahu pemberian AP Terbuka diperluas ke semua syarikat Bumiputera

notepad

Legendary Member
gem
Messages
15,662
Joined
Sep 17, 2011
Messages
15,662
Reaction score
2,144
Points
266
Awards
1
Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng. - Foto fail NSTP

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng. - Foto fail NSTP


KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu memastikan pemberian AP Terbuka kepada syarikat Bumiputera tidak hanya tertumpu kepada pemilik syarikat T20 atau golongan kaya, sebaliknya diperluas kepada semua syarikat Bumiputera lain.

Ahli Parlimen Kepong daripada DAP, Lim Lip Eng, berkata biarpun pembukaan lesen AP Terbuka kepada lebih banyak syarikat Bumiputera adalah langkah positif, kerajaan perlu memastikan manfaatnya dirasai semua golongan Bumiputera, termasuk mereka yang berada di bawah garis kemiskinan.

"Kerajaan perlu memastikan inisiatif AP baharu ini tidak hanya memperkaya syarikat T20 Bumiputera, tetapi juga membantu golongan yang benar-benar memerlukan.

"Industri yang sangat menguntungkan ini sudah memperkayakan hanya sekumpulan kecil pemegang lesen AP Bumiputera sejak 1970, jadi apa salahnya kita luaskan kekayaan ini kepada kumpulan kecil lain pula," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mana-mana syarikat Bumiputera, termasuk syarikat yang tidak pernah terbabit dalam aktiviti automotif boleh memohon untuk dilantik sebagai syarikat AP Terbuka bagi menceburi aktiviti pengimportan dan penjualan kenderaan di Malaysia, berkuat kuasa 1 Julai ini.

Langkah itu selaras dengan usaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) untuk terus meningkatkan keterangkuman dan ketelusan dalam proses permohonan AP Terbuka.

Mengulas lanjut, Lip Eng berkata, dalam usaha memperbaiki keadaan ekonomi golongan B40, kerajaan boleh mempertimbangkan beberapa langkah tambahan seperti memperkenalkan bantuan kewangan yang lebih menyeluruh.

"Ini termasuk bantuan untuk pendidikan, kesihatan dan peluang pekerjaan yang lebih baik. Dengan cara ini, kerajaan dapat memastikan kekayaan negara dinikmati oleh semua lapisan masyarakat, terutama mereka yang berada dalam kesusahan," katanya.

Kerajaan juga katanya, perlu melakukan lebih banyak usaha untuk membantu golongan B40 Bumiputera yang tidak mampu memiliki kereta mewah dan sebahagiannya hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

"Hanya dengan cara ini, kesejahteraan seluruh masyarakat Bumiputera dapat ditingkatkan dan keadilan ekonomi dapat dicapai," katanya.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register