MP Cheras minta maaf silap dakwa 42 plot tanah DBKL dijual sejak Annuar jadi menteri

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,233
Reaction score
12,114
Points
1,906
Laporan PAC berhubung penjualan tanah DBKL itu berdasarkan prosiding yang diadakan pada 2019, ketika Dr Noraini Ahmad menjadi Pengerusi PAC, kata Nik Nazmi.

1611039402655.png


'Mengapa YWP tak saman bekas pengerusi PAC sekali?'
Diterbitkan 19 Jan 2021, 2:40 pm



Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad mempersoalkan tindakan notis tuntutan daripada Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) berhubung laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang berkaitan penjualan Tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 18 November 2020.

Katanya, dia tidak tidak akan gentar dengan tindakan undang-undang dan akan terus menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat dan akan terus memperjuangkan kawasannya.
"Saya menerima notis tuntutan dari YWP bertarikh 4 Disember 2020. Notis berkenaan berkaitan dengan sidang media yang diadakan di Parlimen pada 18 November 2020, sebagai respons kepada Laporan PAC yang bertajuk "Penjualan Tanah Milik DBKL, Kementerian Wilayah Persekutuan" .

"Laporan PAC berdasarkan prosiding yang diadakan pada tahun 2019, ketika Dr Noraini Ahmad (Parit Sulong) menjadi Pengerusi PAC. Beliau sekarang adalah Menteri Pengajian Tinggi dan Ketua Wanita Umno.

"Mengapakah YWP tidak mengambil sebarang tindakan terhadap anggota PAC yang lain termasuk Noraini Ahmad?" soal Nik Nazmi dalam kenyataan media hari ini.

"Adakah kerana dia (kini) merupakan rakan menteri dan pimpinan Umno seperti Menteri Wilayah Persekutuan dan Pengerusi YWP Annuar Musa," tambahnya lagi.

Terdahulu, YWP menghantar notis tuntutan terhadap Nik Nazmi selaku anggota PAC dan empat lagi anggota PAC yang lain berhubung isu penjualan tanah milik DBKL itu.
Mereka adalah Wong Kah Who (Pengerusi PAC semasa dan Ahli Parlimen Ipoh Timur) dihantar notis tuntutan pada Disember tahun lepas. Sementara, Tan Kok Wai (Cheras), Hannah Yeoh (Segambut) dan Lim Lip Eng (Kepong) diambil tindakan bersama-sama Nik Nazmi.

Antara tuduhannya adalah Menteri Wilayah Persekutuan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur secara automatik dilantik menjadi Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan terlibat dalam penjualan tanah DBKL, keduanya penglibatan YWP dalam penjualan 97 tanah DBKL termasuk Taman Rimba Kiara.

Tuduhan ketiga adalah YWP sebagai sebuah syarikat yang didaftar di bawah Akta Syarikat tidak dipantau oleh sebarang pihak berkuasa.
Namun, YWP menafikan segala pertuduhan itu sekeras-kerasnya.

Notis tuntutan itu dihantar melalui firma guaman Shahul Hamidi & Haziq antara lain meminta RM10 juta sebagai ganti rugi.

 
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register