MP Cheras minta maaf silap dakwa 42 plot tanah DBKL dijual sejak Annuar jadi menteri

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,234
Reaction score
12,114
Points
1,906
1605700566909.png


MP Cheras dakwa 42 plot tanah DBKL dijual sejak Annuar jadi menteri


Diterbitkan Hari ini 4:05 pm

Dikemaskini Hari ini 5:00 pm



Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai mendakwa bahawa 42 plot tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah terjual dalam tempoh lapan bulan terakhir Annuar Musa berkhidmat sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.
Dia mempersoalkan apakah status penjualan ini dan apakah penjualan itu dilakukan mengikut peraturan yang ditetapkan.

Dalam sidang media di lobi parlimen pagi ini, Tan menuntut penjelasan Annuar berhubung perkara itu.
“Sejak Annuar memegang jawatan sebagai menteri wilayah persekutuan, banyak tanah lagi milik DBKL yang dijual kepada pihak swasta untuk dimajukan, dibangunkan sebagai projek perumahan, campuran komersial dan sebagainya.

"Kami semua terkejut dalam sikit masa sahaja menteri sudah luluskan [...]
"Saya ingin bertanya kepada Annuar mengapakaha benarkan transaksi penjualan tanah ini yang (kemungkinan) akan memberi kesan-kesan buruk untuk jangka masa panjang atau salama-lamanya kepada banyak kawasan yang telah mengalami over development (terlalu banyak pembangunan)," katanya.

Tambahnya, pembangunan itu juga berisiko memberi kesan negatif terhadap persekitaran dan kawasan rekreasi.
Ketika dihubungi oleh Malaysiakini selepas itu, Tan mengatakan DBKL telah menerbitkan tiga notis untuk mengubah Pelan Bandar KL 2020 yang ada dalam beberapa bulan terakhir.

13a7ab82f994297360d8345e60c826ad.jpg


Dia mengatakan bahawa perubahan yang terbaru melibatkan 33 plot tanah milik DBKL sementara dua notis sebelumnya menunjukkan perubahan kepada masing-masing tiga dan enam plot.
Pelan itu, yang merangkumi rancangan pembangunan Kuala Lumpur, akan berakhir pada 31 Disember 2020.

"Masih ada sedikit waktu yang tersisa (sebelum pelan itu tamat) tetapi DBKL masih membuat tiga pindaan yang mempengaruhi 42 plot tanah," kata Tan dalam sidang media itu.
Jelas Tan, daripada 42 plot tanah tersebut, empat melibatkan kawasannya.

Tan berkata, walaupun merupakan wakil rakyat di kawasan itu, dia tidak tahu apakah ada tender terbuka atau berapa harga plot yang telah dijual.
Ketika dihubungi untuk mendapatkan komen, Annuar memberitahu Malaysiakini bahawa dia akan menjawab dakwaan Tan esok.

"Saya akan memberikan penjelasan terperinci pada sidang media di Parlimen pada pukul 11 pagi esok," katanya.

Malaysiakini telah menghubungi Datuk Bandar Kuala Lumpur Mahadi Che Ngah untuk mendapatkan komen.


Annuar perlu jelaskan pada PAC
Sidang media pagi ini turut menampilkan ahli parlimen Pakatan Harapan lain dari wilayah Kuala Lumpur - Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa), Fahmi Fadzil (Lembah Pantai), Tan Yee Kew (Wangsa Maju), Lim Lip Eng (Kepong), Hannah Yeoh (Segambut ) dan Fong Kui Lun (Bukit Bintang).

Bersama dengan Tan, mereka secara kolektif mendesak Annuar untuk menjelaskan isu yang ditimbulkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Umum (PAC) terhadap 97 plot tanah DBKL yang telah terjual sejak 2011.

“Setakat hari ini, kami belum mendengar daripada menteri wilayah persekutuan, tentang respons beliau terhadap laporan PAC berkenaan dengan isu penjualan tanah milik DBKL.

"Saya rasa ini perkara yang penting kerana saya rasa menteri wilayah persekutuan perlu memberikan respons kepada parlimen," kata Fahmi.

Dalam laporan yang diterbitkan semalam, PAC menyatakan kurangnya pematuhan prosedur operasi standard dalam cara penjualan tanah tersebut.

Ia juga menyatakan konflik kepentingan menteri wilayah persekutuan dan pembabitan Datuk Bandak Kuala Lumpur dalam Yayasan Wilayah Persekutuan.

Ini kerana badan amal itu didapati membeli tanah dari DBKL, entiti yang juga dipengerusikan oleh menteri dan Datuk Bandar.

Yayasan itu berada di luar pemeriksaan Jabatan Audit Negara.

Antara saranan PAC adalah agar Yayasan Wilayah Persekutuan disusun semula agar fokus pada kebajikan, membenarkan kerajaan meneliti aktivitinya dan menyingkirkan penglibatan menteri dan Datuk Bandar.

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,234
Reaction score
12,114
Points
1,906
Ahli Parlimen Ketereh berkenaan akan mengadakan sidang media pada Khamis bagi menjawab tuduhan itu. #AWANInews #AWANI745

Dakwaan 42 lot tanah DBKL terjual, Annuar jawab tuduhan esok


November 18, 2020 17:58 MYT
Dakwaan 42 lot tanah DBKL terjual, Annuar jawab tuduhan esok

Annuar akan menjawab tuduhan itu menerusi sidang media pada Khamis. - Gambar fail

KUALA LUMPUR : Dakwaan mengatakan 42 plot tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah terjual dalam tempoh Tan Sri Annuar Musa berkhidmat sebagai Menteri Wilayah Persekutuan disifatkan tuduhan tidak benar.
Setiausaha Akhbarnya, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, sehubungan itu Ahli Parlimen Ketereh berkenaan akan mengadakan sidang media pada Khamis bagi menjawab tuduhan itu.


“Fitnah daripada DAP. Esok ada PC (sidang media) untuk jelaskan berkaitan perkara ini,” katanya kepada Astro AWANI.
Kenyataan itu dikeluarkan Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai dalam sidang media di lobi Parlimen pada Rabu seperti dilaporkan sebuah portal hari ini.

Dalam laporan berkenaan, Kok Wai turut mempersoalkan status penjualan tanah itu termasuk sama ada ia dilakukan mengikut peraturan.
“Daripada 42 plot tanah tersebut, empat melibatkan kawasan saya.

“Walaupun merupakan wakil rakyat di kawasan itu, saya tidak tahu apakah ada tender terbuka atau berapa harga plot yang telah dijual,” dakwanya seperti dilaporkan Malaysiakini.

Sidang media pada Rabu itu turut dihadiri ahli Parlimen lain di Kuala Lumpur, antaranya Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa), Fahmi Fadzil (Lembah Pantai), Tan Yee Kew (Wangsa Maju), Lim Lip Eng (Kepong), Hannah Yeoh (Segambut ) dan Fong Kui Lun (Bukit Bintang).

Mereka secara bersama mendesak Annuar untuk menjelaskan satu lagi isu yang ditimbulkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Umum (PAC) terhadap 97 plot tanah DBKL yang telah terjual sejak 2011.

Sementara itu, Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) sedang mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Pengerusi PAC, Wong Kah Woh berhubung kenyataan yang dikeluarkan beliau.

Menerusi laporan portal Wilayah Ku, Ketua Pegawai Undang-undang YWP, Mohd Fadzil Ab Hamid berkata, pihaknya sedang melihat kemungkinan untuk mengambil tindakan perundangan berhubung dakwaan Ahli Parlimen DAP Ipoh Timur itu.

katanya, dakwaan YWP terlibat dalam urus niaga meragukan yang melibatkan 97 tanah DBKL yang dijual kepada syarikat swasta adalah tidak benar.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,234
Reaction score
12,114
Points
1,906
Ahli Parlimen KL desak kerajaan hapus Yayasan Wilayah Persekutuan

November 18, 2020 6:56 PM

1605701357805.png

Semalam PAC memaklumkan terdapat 97 transaksi penjualan tanah milik DBKL dilakukan tanpa merujuk sebarang SOP sejak 2011.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen pembangkang dari Kuala Lumpur mendesak kerajaan menghapuskan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) yang terbabit penjualan tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Ia susulan laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), menyatakan pengurusan YWP terdedah kepada konflik kepentingan kerana menteri Wilayah Persekutuan dan datuk bandar Kuala Lumpur adalah pengerusi dan ahli lembaga pemegang amanah kepada yayasan itu.

Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh berkata, peranan utama yayasan itu yang menguruskan kebajikan rakyat boleh dilakukan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bawah kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.

Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng berkata, DBKL juga boleh menubuhkan jabatan berasingan bawah seliaannya untuk mengendalikan perkara berkaitan kebajikan manakala ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil berkata, YWP boleh bertukar menjadi badan statutori.

“Jika kementerian berkenaan tidak berniat menutup YWP, pilihan lain ialah menukarnya menjadi badan statutori yang dapat diaudit Jabatan Audit Negara,” kata Fahmi pada sidang media hari ini.

YWP ialah sebuah syarikat berdaftar bawah Akta Syarikat 1965 dan ia tidak diawasi oleh mana-mana pihak berkuasa, termasuk Jabatan Audit Negara.

Semalam PAC mendedahkan 97 transaksi penjualan tanah milik DBKL dilakukan tanpa merujuk kepada sebarang SOP sejak 2011, proses itu terlalu longgar dan mudah terdedah kepada penyalahgunaan kuasa.

Pengerusi PAC Wong Kah Woh mencadangkan supaya penjualan dan pelupusan tanah milik DBKL harus dilakukan secara telus berdasarkan SOP yang komprehensif.


Yeoh menggesa kementerian Wilayah Persekutuan menghentikan serta-merta semua transaksi tanah milik DBKL melibatkan YWP buat masa ini dan mengkaji cadangan dibentangkan PAC.

“PAC ialah bipartisan kerana ahli Parlimen kedua-dua pihak mengkaji semua isu ini dan membuat cadangan. Memandangkan ia adalah usaha bipartisan, tiada sebab bagi menteri Wilayah Persekutuan dan Kabinet menolak dengan mendakwanya sebagai dokumen berunsur politik,” katanya.

Beliau turut berkata, wajar bagi penduduk Segambut yang berjuang untuk mengekalkan status Taman Rimba Kiara sebagai sebuah taman kerana laporan PAC mengesahkan apa yang dikatakan mereka sebelum ini.

Fahmi menggesa Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa mengulas laporan PAC di Parlimen dan menambah ia adalah alasan yang baik bagi menteri itu bertemu ahli Parlimen pembangkang.

“Ini alasan yang baik untuk kami duduk bersama. Kami dipilih oleh pengundi Kuala Lumpur, jadi kami mempunyai ‘locus standi’ untuk memberi cadangan dan nasihat,” katanya.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,234
Reaction score
12,114
Points
1,906
Why didn’t you abolish Yayasan WP when you were in power, NGO asks PH

November 18, 2020 6:12 PM

KAMPUNG-BARU-24092019-05-2.jpg

Kuala Lumpur MPs want Yayasan WP to be abolished over its involvement in the purchase of DBKL land.

PETALING JAYA: A non-governmental organisation (NGO) has accused Kuala Lumpur MPs from the opposition of being like the “pot calling the kettle black” over their failure to abolish the Yayasan Wilayah Persekutuan (Yayasan WP) when they were part of the previous Pakatan Harapan (PH) government.

Calling out these MPs who want the current government to abolish YWP, Save Kuala Lumpur (Save KL) deputy chairman Mumtaz Ali asked why did they not do the same when they were in power.

Mumtaz said his group along with other NGOs had urged Putrajaya to abolish YWP when PH took over the government in May 2018.

“That was the first thing we requested from the former federal territories minister Khalid Abd Samad and other PH MPs, but they did nothing. They had the opportunity to dissolve YWP, so why did they not do anything about it then?



“They are like the pot calling the kettle black and they should be answerable to the public,” he told FMT.

The MPs wanted Yayasan WP to be abolished over its involvement in the purchase of KL City Hall (DBKL) land.

This follows a Public Accounts Committee (PAC) report that the management of YWP was exposed to conflicts of interest as the federal territories minister and the Kuala Lumpur mayor were the foundation’s chairman and trustees board member respectively.

In justifying the call for Yayasan WP’s abolishment, Segambut MP Hannah Yeoh said the foundation’s main role of dealing with the people’s welfare could be carried out by Yayasan Kebajikan Negara (YKN), which comes under the women, family and community development ministry.

Kepong MP Lim Lip Eng said DBKL could also set up a separate department directly under its purview to handle matters relating to welfare, while Lembah Pantai MP Fahmi Fadzil said YWP could be turned into a statutory body.

“If the ministry does not intend to shut down Yayasan WP, another option is to convert it into a statutory body which can be audited by the National Audit Department,” Fahmi said at a press conference today.


Mumtaz also called for the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) and the National Audit Department to conduct a detailed investigation on all transactions.

“Federal Territories Minister Annuar Musa should also be more transparent with ministry-related matters,” he said.

Yayasan WP is a company registered under the Companies Act 1965 and is not monitored by any authorities, including the National Audit Department.

The PAC yesterday revealed that 97 sale transactions of DBKL land were carried out without referring to any SOPs since 2011, adding that the process was too lax and was exposed to abuse of power.

PAC chairman Wong Kah Woh had proposed that the sale and disposal of DBKL land should be conducted transparently based on a comprehensive set of SOPs.

 

GamezStar

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,320
Reaction score
1,545
Points
201
Jadi nya betul ke tak jual
 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
22,825
Reaction score
2,234
Points
201
Dah banyak sangat flat high density kat lembah kelang ni. Paling pelik pejabat tol cheras yang dah tutup boleh bantai buat flat tinggi kat situ. Gila.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,234
Reaction score
12,114
Points
1,906
Mumtaz Ali berkata kumpulannya dan NGO lain pernah meminta bekas menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad dan ahli Parlimen PH lain menghapuskan yayasan itu.

Dulu masa berkuasa kenapa tak hapus YWP? soal NGO kepada PH




November 18, 2020 10:27 PM


KAMPUNG-BARU-24092019-05-2.jpg

Ahli Parlimen Kuala Lumpur mahu Yayasan Wilayah Persekutuan dihapuskan susulan isu penjualan tanah oleh DBKL.

PETALING JAYA: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) menyelar ahli Parlimen pembangkang dari Kuala Lumpur kerana tidak menghapuskan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) ketika Pakatan Harapan (PH) berkuasa.

Timbalan Pengerusi Selamatkan Kuala Lumpur Mumtaz Ali berkata, kumpulannya dan NGO lain pernah menggesa Putrajaya menghapuskan YWP ketika PH mengambil alih kerajaan pada Mei 2018.
“Itu perkara pertama kami minta daripada bekas menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad dan ahli Parlimen PH lain tetapi mereka tidak membuat apa-apa. Mereka mempunyai peluang untuk menghapuskan YWP tetapi kenapa tidak membuat apa-apa ketika itu?

“Mereka ibarat periuk mengumpat belanga dan harus bertanggungjawab kepada rakyat,” katanya kepada FMT.

Ahli Parlimen terbabit menggesa supaya YWP dihapuskan susulan laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menyatakan pengurusan YWP terdedah kepada konflik kepentingan kerana menteri Wilayah Persekutuan dan datuk bandar Kuala Lumpur adalah pengerusi dan ahli lembaga pemegang amanah kepada yayasan itu.

Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh berkata, peranan utama yayasan itu yang menguruskan kebajikan rakyat boleh dilakukan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bawah kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.

Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng berkata, DBKL juga boleh menubuhkan jabatan berasingan bawah seliaannya untuk mengendalikan perkara berkaitan kebajikan manakala ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil berkata, YWP boleh bertukar menjadi badan statutori.

Mumtaz turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Audit Negara melakukan siasatan terperinci terhadap semua transaksi bawah YWP.


“Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa juga harus lebih telus dalam perkara berkaitan dengan kementerian,” katanya.

YWP ialah sebuah syarikat berdaftar bawah Akta Syarikat 1965 dan ia tidak diawasi oleh mana-mana pihak berkuasa, termasuk Jabatan Audit Negara.

Semalam PAC mendedahkan 97 transaksi penjualan tanah milik DBKL dilakukan tanpa merujuk kepada sebarang SOP sejak 2011, proses itu terlalu longgar dan mudah terdedah kepada penyalahgunaan kuasa.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,234
Reaction score
12,114
Points
1,906
Tegas Annuar, tuduhan jual tanah itu bukan sahaja tidak berasas, malah telah menjatuhkan reputasi beliau serta DBKL.
#AWANInews #AWANI745

"Saya arah peguam ambil tindakan terhadap Tan Kok Wai" - Annuar sifatkan tuduhan jual tanah DBKL tidak berasas


November 19, 2020 12:50 MYT
Saya arah peguam ambil tindakan terhadap Tan Kok Wai - Annuar sifatkan tuduhan jual tanah DBKL tidak berasas

Annuar berkata, tuduhan itu bukan sahaja tidak berasas, malah telah menjatuhkan reputasi beliau serta DBKL. - Gambar BERNAMA


KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai yang menuduh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjual 42 plot tanah dalam tempoh lapan bulan.
Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, tuduhan itu bukan sahaja tidak berasas, malah telah menjatuhkan reputasi beliau serta DBKL.




Annuar menegaskan, sehingga saat ini, beliau sendiri tidak pernah menerima sebarang permohonan daripada DBKL untuk menjual aset milik pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.
"Saya ingin tegaskan sehingga saat ini dan hari ini saya tidak pernah menerima apa-apa permohonan daripada DBKL untuk menjual asetnya.

"Saya kecewa dan merasa sangat dukacita dengan dakwaan seorang Ahli Parlimen yang sudah begitu lama berperanan sebagai wakil rakyat yang bertindak menyerang wakil rakyat lain, sedangkan beliau ada peluang untuk berucap dalam sidang Dewan Rakyat.

"Oleh kerana beliau memilih untuk berucap di luar Parlimen dan tindakan di luar Parlimen juga tertakluk kepada undang-undang tertentu.
"Jadi saya telah arahkan peguam saya untuk ambil tindakan undang-undang mengikut jalur dan proses sedia ada," katanya dalam sidang media di Parlimen, di sini pada Khamis.

Semalam, Kok Wai mendakwa, sebanyak 42 plot tanah DBKL telah terjual dalam tempoh lapan bulan terakhir Annuar menerajui kementerian itu.

Sementara itu, DBKL dalam kenyataan turut memaklumkan, mengikut semakan, terdapat 42 plot tanah di Kuala Lumpur milik persendirian yang memohon proses perubahan kepada zon guna tanah, kepadatan penduduk dan nisbah plot terhadap Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 (PBRKL2020).

Sehubungan itu, tegas DBKL, dakwaan itu adalah tidak benar sama sekali.

"Akta Perancangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1982, (Akta 267), memberi peruntukan kepada pemilik tanah bagi merubah zon guna tanah, kepadatan penduduk dan nisbah plot dalam Pelan Tempatan (PBRKL2020) yang diwartakan.

"Peruntukan ini adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 17, Akta 267. Daripada 42 plot yang terlibat, 3 permohonan perubahan telah diwartakan, 6 dalam proses pewartaan manakala 33 plot masih dalam pertimbangan.

"Semua proses ini telah mengikut peruntukan yang termaktub dalam akta sedia ada," jelas DBKL.

Dalam pada itu, DBKL memaklumkan isu berkaitan 97 transaksi penjualan tanah, secara keseluruhannya transaksi pelupusan tanah yang berlaku adalah sebelum tahun 2020 dan tidak melibatkan keputusan Menteri Wilayah Persekutuan ketika ini.


 
Sponsored Post
Top
Log in Register