BTC USD 101,367 Gold USD 3,361.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Motosikal mungkin dilarang masuk bandar besar

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR 30 Okt. - Polis mungkin mencadangkan kepada kerajaan supaya motosikal tidak dibenarkan memasuki kawasan bandar-bandar besar di seluruh negara sebagai langkah mengurangkan kes ragut di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menegaskan, ini kerana banyak kes ragut dilakukan oleh penunggang motosikal atau pemboncengnya yang sentiasa berlegar mencari mangsa di kawasan bandar-bandar besar.

Beliau berkata, amalan itu telah diperkenalkan di beberapa buah negara seperti China, Syria dan negara Arab yang melarang motosikal daripada memasuki bandar dalam usaha membanteras penjenayah bermotosikal.

"Kita perlu mengkaji dan mencadangkan kepada kerajaan untuk melaksanakannya sebagai salah satu aspek dan langkah bagi memerangi kadar jenayah melibatkan jenayah ragut melibatkan motosikal.

"Tetapi kita masih melihat kewajaran itu sama ada sesuai diterima pakai di negeri ini serta situasi tahap ekonomi dan rakyat di negara ini sama ada kaedah ini sesuai untuk dilaksanakan atau sebaliknya.

"Ini kerana kita sedia maklum motosikal juga merupakan pengangkutan utama yang digunakan oleh masyarakat di negara ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Musa menjelaskan demikian ketika diminta mengulas kejadian yang menimpa seorang remaja, Mohd. Ridzuan Mohd. Hussain, 17, yang maut ketika cubaan membantu satu pasangan yang menjadi mangsa ragut berhampiran Dataran Merdeka semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.40 pagi, mangsa bertindak untuk menyelamatkan pasangan tersebut dengan mengejar peragut itu menggunakan motosikalnya tetapi dia telah ditendang oleh rakan peragut yang menaiki sebuah motosikal lain.

Beliau ditemui selepas melawat seorang anggota polis yang cedera tertembak di Hospital Kuala Lumpur di sini hari ini.

Insiden itu berlaku ketika anggota tersebut cuba menahan seorang suspek warga Indonesia dalam satu kejadian di Kampung Baru, semalam.

Musa yakin sekiranya langkah larangan membenarkan motosikal masuk ke bandar-bandar besar dilaksanakan, jenayah meragut yang turut melibatkan mat-mat rempit dapat dibendung pada tahap maksimum.

Tegasnya, perbuatan jenayah yang sering kali melibatkan golongan remaja itu termasuk mereka yang menganggur memang perlu diberi perhatian oleh semua pihak terutama ibu bapa mereka sendiri.

Sementara itu katanya, polis menghargai kerjasama diberikan masyarakat untuk menangkap peragut namun keselamatan diri perlu diberi keutamaan.

"Saya menasihatkan orang ramai supaya melaporkan setiap kegiatan jenayah kepada polis tanpa melakukan tindakan secara bersendirian," ujarnya.

Katanya, langkah paling selamat selain difikirkan wajar bertindak ke atas peragut seperti mengejarnya, orang ramai mencatatkan nombor pendaftaran motosikal suspek untuk dimaklumkan kepada polis bagi tindakan selanjutnya.

Cadangan yang tak menjamin selesai masalah
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register