BTC USD 56,821.0 Gold USD 1,771.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Motosikal mahal tapi tak ada lesen, cukai jalan tamat tempoh

silasroon

Active+ Member
Messages
4,427
Joined
Oct 10, 2016
Messages
4,427
Reaction score
1,752
Points
111
La dh dpt beli tu boleh ja beli insuranse bro...cuma klau xdk lesen nie ang bwk kereta atau motor br kena saman....camtu....insuranse sapa pun leh beli janji duit saja...kecuali la kenderaan tu kenderaan piang memang xdpt la

Kena tunggu member CG yang lain a.k.a rider/owner motor 500cc ke atas masuk komen dalam ni.

Nak tau jugak, pengalaman dorang. Kalau nak berhubung silaturrahim pun boleh.....boleh ride keliling semenanjung sama-sama.....dah boleh rentas negeri ni...hehehe..


Yang penting, cucuk vaksin... Kikiki
 
Sponsored Post

akudotcom

CG Top Poster Club
Messages
20,388
Joined
Jun 17, 2007
Messages
20,388
Reaction score
2,965
Points
201
Suami pikat wanita lain guna motosikal berkuasa besar dibelikan bini

BIBIT-BIBIT percintaan antara Nadia dan Izam (bukan nama sebenar) bermula setelah mereka diperkenalkan antara satu sama lain oleh seorang rakan.

Nadia mengakui dia terus jatuh cinta pandang pertama saat melihat wajah Izam.

“Saya mengakui suami saya itu mempunyai wajah yang amat tampan. Mana-mana wanita yang melihatnya pasti akan jatuh cinta.

“Saya rasa bertuah pada ketika itu kerana dia sudi berkenalan dengan saya dan dalam masa sama lelaki itu menyatakan masih belum berpunya,” kata Nadia kepada K2.

Ceritanya, setelah hampir enam bulan mengenali hati budi masing-masing, Nadia dan Izam mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Nadia yang memiliki kerjaya yang agak baik dan stabil sebagai penjawat awam tidak kisah untuk menerima Izam yang hanya bekerja membantu rakan di kedai makan.

Bagi Nadia, sepanjang perkenalan, dia dapat merasakan Izam merupakan seorang suami yang bertanggungjawab.

Nadia mengetahui bahawa suaminya itu amat menyukai motosikal berkuasa besar dan mengimpikan untuk memiliki jentera itu.

“Dia ada menceritakan bahawa selepas berkahwin, dia berhasrat untuk membeli sebuah motosikal berkuasa besar jika ada rezeki.

“Saya memberi sokongan kepadanya dan sering mengeluarkan kata-kata semangat untuk dia berusaha merealisasikan hasratnya itu,” ujarnya.

Tiga bulan selepas berkahwin kehidupan Nadia dan suaminya itu baik-baik sahaja.

Namun selepas itu, Nadia menyatakan suaminya mula memujuknya untuk membuat pinjaman bagi membolehkan lelaki itu membeli sebuah motosikal berkuasa besar.

Nadia pada awalnya tidak bersetuju kerana itu bukanlah satu keperluan dan meminta Izam berusaha sendiri jika mempunyai keinginan tersebut.

“Tetapi akhirnya saya tewas dengan pujuk rayunya dan akhirnya saya menggunakan nama saya untuk membuat pinjaman bagi membolehkan dirinya membeli motosikal berkuasa besar.

“Dia juga berjanji akan membayar secara bulanan kepada saya. Saya pegang kepada janjinya itu,” ujarnya.

Empat bulan pertama Izam ada membuat bayaran kepada Nadia walaupun bayarannya tidak mencukupi.

Dalam masa sama setelah mendapat motosikal berkuasa besar itu, Nadia mendapati suaminya mula berubah. Lelaki itu sudah jarang berada di rumah apatah lagi meluangkan masa bersamanya.

“Kebiasaannya pada hujung minggu dia akan keluar untuk berkonvoi bersama rakan-rakannya.

“Ada satu ketika saya merajuk dengannya tapi dia seperti tidak mempedulikannya,” kata Nadia.

Lama-kelamaan, Izam sudah tidak lagi membuat sebarang bayaran bulanan bagi pinjaman yang dibuat Nadia untuk membeli motosikal berkuasa besar itu.

Nadia terpaksa meminta daripada lelaki itu tetapi pelbagai alasan yang diberikan oleh Izam sehingga mereka bertengkar akan hal itu.

Nadia menjelaskan, dia jugalah yang banyak mengeluarkan duit untuk perbelanjaan rumah selama ini.

Kadangkala Nadia merasakan seperti dia yang menjadi ketua keluarga dan menyara suaminya itu.

Lebih mengundang rasa tidak sedap di hatinya apabila seorang rakan Nadia memberitahu dia ada ternampak Izam membawa wanita lain menunggang motosikal berkuasa besar.

“Saya mula curiga dengannya dan bertanya kepadanya akan hal itu tetapi suami saya menafikannya.

“Suami kata, dia hanya keluar berkonvoi bersama rakan-rakannya dan tidak pernah membawa wanita lain,” katanya.

Nadia tidak mempercayai kata-kata itu dan dia mula menaruh syak wasangka terhadap Izam.

Akhirnya Nadia mengambil keputusan untuk mengupah seseorang untuk memantau suaminya itu dan merakam gambar jika dia ada membawa wanita lain agar gambar itu boleh menjadi bukti buatnya.

Memang benar firasat Nadia itu, akhirnya perilaku suaminya itu terbongkar apabila orang yang diupahnya itu dapat merakam gambar Izam keluar berdua dengan wanita lain menaiki motosikalnya.
Pergaduhan besar berlaku antara Nadia dan Izam.

Izam akhirnya mengakui bahawa dia telah berlaku curang di belakang Nadia.

Dalam keadaan marah, Nadia mengakui dia ada mendesak suaminya agar menceraikannya. Tambah memilukan, dia merasakan sepanjang bersama Izam, lelaki itu hanya mengambil kesempatan ke atasnya.

“Setelah saya memaksa agar dilepaskan, Izam akhirnya turut hilang sabar dan telah melafazkan cerai ketika kami sedang bergaduh.

“Selepas kejadian itu, Izam ada meminta maaf dan mengakui kesalahannya dan meminta agar kami rujuk semula. Tapi saya tekad dengan keputusan saya untuk berpisah kerana merasakan diri seperti dipergunakan untuk kepentingan dirinya

“Sepanjang perkahwinan dia culas untuk memberikan nafkah zahir kepada saya,” jelas Nadia yang kemudian disahkan bercerai di sebuah mahkamah di Perak.
Tambah Nadia, dia tidak menyesali keputusan itu walaupun kini terpaksa melunaskan pinjaman pembelian motosikal tersebut.

 

dausbiz

CG Hardcore Club
Messages
52,463
Paid Membership
Joined
Apr 27, 2015
Messages
52,463
Reaction score
1,783
Points
596
mmg ramai pun geng sbk jenis camni... rdtax dah bertahun x hidup.. janji moto mau ade gaya... nak2 yg beli bawa masuk dr singapore..
Nak eksyen bawa superbike semua

Duit nak beli lesen ngan road tax pun tak dak ka

Puih la kha tuih

Berlagak tapi duit pun tak dak malu punya orang
 

yussv

Active+ Member
Messages
4,197
Paid Membership
Top Poster #4
Joined
Oct 18, 2008
Messages
4,197
Reaction score
655
Points
81
Kalau roadtax dah lebih 1thn mmg kena puspakom la.. ni kalau kena tahan JPJ silap2 kena sita moto tu
 
Sponsored Post
Top
Log in Register