Covid-19 Moratorium Bersasar pulak.Bingung?Post 1 untuk maklumat terkini

CG Sponsors




redx

Active Member
Platinum Member
Joined
Jul 13, 2007
Messages
1,250
Reaction score
60
Points
40
Teks Ucapan Pengumuman Lanjutan Moratorium & Bantuan Bank Bersasar
July 29, 2020Speeches
TEKS UCAPAN
YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN MOHD YASSIN PERDANA MENTERI
PENGUMUMAN LANJUTAN MORATORIUM & BANTUAN BANK BERSASAR
29 JULAI 2020

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamuálaikum wa rahmatullahi wa barakatuh dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? Saya harap saudara dan saudari sihat wal afiat.

1. Hari ini saya ingin membuat satu pengumuman penting berhubung bantuan penangguhan bayaran balik pinjaman atau moratorium bayaran pinjaman. Ini adalah antara langkah yang diambil oleh kerajaan di bawah Pelan Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN yang bertujuan untuk melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuh ekonomi.
2. Secara khususnya, moratorium bayaran pinjaman adalah untuk mengurangkan beban kewangan rakyat serta cabaran aliran tunai yang dihadapi perniagaan khususnya pada fasa-fasa awal dan pertengahan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP.
3. Alhamdulillah, sejak berkuatkuasa pada 1 April yang lalu, moratorium bayaran pinjaman telah sedikit sebanyak membantu rakyat dan perniagaan ekoran terhentinya hampir kesemua aktiviti ekonomi dalam usaha memerangi penularan wabak COVID-19. Menurut data daripada Bank Negara Malaysia, sehingga 20 Julai 2020, lebih 7.7 juta peminjam individu atau 93 peratus daripada kesemua peminjam telah mendapat manfaat daripada moratorium bayaran pinjaman yang bernilai

RM38.3 bilion. Dalam tempoh yang sama, sejumlah 243,000 perusahaan kecil dan sederhana atau 95 peratus daripada keseluruhan peminjam PKS telah menerima manfaat daripada moratorium ini dengan nilai RM20.7 bilion.
4. Sejak pembukaan ekonomi secara berperingkat pada bulan Mei yang lalu dan kemudiannya dalam tempoh PKP Pemulihan, aktiviti ekonomi di seluruh negara dilihat semakin rancak. Kini, ada individu dan perniagaan yang mampu membayar semula pinjaman mereka. Jumlah peminjam individu yang meneruskan bayaran ansuran pinjaman dan tidak mengambil kemudahan moratorium meningkat daripada 331,000 peminjam pada bulan April, kepada 601,000 peminjam pada bulan Julai 2020. Manakala, untuk tempoh yang sama, jumlah peminjam PKS yang memilih untuk tidak mengambil kemudahan ini telah meningkat daripada 5,000 kepada 13,000 peminjam.
5. Walau bagaimanapun, saya sedar masih ada sektor-sektor ekonomi yang menghadapi keadaan yang sukar dan tidak menentu. Saya faham, ada perniagaan yang belum dapat beroperasi sepenuhnya dan ada dalam kalangan saudara dan saudari yang kehilangan pekerjaan serta punca pendapatan.
6. Saya mendengar rintihan saudara dan saudari berkenaan moratorium bayaran pinjaman yang bakal berakhir pada 30 September ini. Saya juga tahu ramai yang berharap agar moratorium ini dilanjutkan.
7. Oleh itu, saya telah berbincang dengan Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Negara untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh sebahagian daripada saudara-saudari yang masih memerlukan bantuan selepas tempoh moratorium berakhir. Jadi, pada hari ini saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa Kerajaan Perikatan Nasional telah bersetuju untuk melaksanakan Lanjutan Moratorium dan Bantuan Bank Bersasar yang lebih berfokus khusus untuk golongan yang benar-benar memerlukan iaitu:
Pertama, bagi individu yang kehilangan pekerjaan pada tahun 2020 dan masih belum mendapat pekerjaan baharu, anda akan menikmati moratorium lanjutan bersasar untuk tempoh 3 bulan. Selepas 3 bulan, tempoh moratorium boleh dilanjutkan oleh bank-bank bergantung kepada situasi individu masing-masing; dan
Kedua, bagi individu yang masih bekerja tetapi gaji mereka terjejas atau berkurangan akibat COVID-19, bayaran ansuran bulanan akan dikurangkan selaras dengan kadar pengurangan gaji, bergantung kepada jenis pinjaman. Contohnya, bagi pinjaman perumahan atau pinjaman peribadi, bayaran ansuran bulanan akan dikurangkan pada kadar yang sama dengan pengurangan gaji. Bantuan ini adalah untuk tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan dan lanjutan boleh diberikan tertakluk kepada keadaan gaji semasa individu berkenaan.
8. Di samping itu, bank-bank telah memberikan komitmen untuk membantu semua peminjam individu atau PKS, baik peniaga, penjaja atau mereka yang bekerja sendiri yang turut terkesan akibat COVID-19. Bergantung kepada situasi peminjam- peminjam, bantuan-bantuan yang ditawarkan termasuk:
  • Membayar faedah sahaja untuk suatu jangka masa yang ditetapkan; atau
  • Memanjangkan tempoh keseluruhan pinjaman bagi mengurangkan pembayaran balik bulanan; atau
  • Memberi pelepasan lain sehingga peminjam mencapai kedudukan kewangan yang lebih stabil.
9. Bagi pinjaman sewa beli pula, pihak bank akan turut menawarkan pilihan penjadualan ansuran yang bersesuaian tertakluk kepada Akta Sewa Beli. Contohnya, memanjangkan tempoh bayaran balik pada kadar ansuran bulanan yang lebih rendah.
10. Langkah-langkah ini dijangka akan memanfaatkan 3 juta individu dan PKS. Sekiranya lebih ramai memerlukan bantuan, institusi perbankan telah memberikan komitmen untuk mempertimbangkan bantuan yang sewajarnya. Justeru, peminjam yang layak bolehlah menghubungi bank masing-masing untuk membuat permohonan mulai 7 Ogos 2020.
11. Saya berharap Lanjutan Moratorium dan Bantuan Bank Bersasar ini akan dapat meringankan beban saudara dan saudari yang terjejas dengan masalah ekonomi akibat pandemik COVID-19. Keputusan yang dibuat oleh kerajaan ini dengan kerjasama institusi perbankan di negara kita diharapkan dapat menyokong kemampanan perniagaan, membantu usaha memulih serta melonjakkan semula ekonomi negara dan menjamin kesejahteraan hidup anda semua.
12. Dengan pengumuman ini, saya harap Makcik Kiah, Pak Salleh, Encik Lee, Puan Rani, Encik Douglas dan semua rakyat Malaysia dapat menarik sedikit nafas lega sementara kerajaan dan pihak industri berusaha untuk memulihkan semula ekonomi negara kita. Saya cuma nak berpesan jaga kesihatan, jaga diri baik-baik. Virus COVID-19 masih ada di luar sana. Jadi, demi kebaikan anda dan kita semua, sentiasalah amalkan penjarakan sosial, pakai pelitup muka di tempat awam, elak tempat yang sempit dan sesak, dan jangan rasa kekok untuk amalkan normal baharu dalam kehidupan kita. Sama-samalah kita berdoa semoga kita semua dihindari daripada jangkitan virus COVID-19.
Wabillahi al-taufiq wal hidayah wassalamuálaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.
Banks could lose capacity to provide RM79b loans due to moratorium
796186.jpg

Finance Minister Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz under the six-month moratorium from April to September, total losses are expected to hit RM6.4 billion. - bernama
KUALA LUMPUR: Banks could see a reduction in their capacity to disburse new loans worth RM79bil over the six-month moratorium period from April to September.
Finance Minister Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz said over the moratorium period, total losses are expected to reach RM6.4bil.


This is equivalent to the reduction in the banks’ capacity to disburse new loans worth RM79bil whether to the people or to borrowers, he said.
"To ensure the people continue to be protected if the Movement Control Order (MCO) period is extended, the government will continue to monitor the situation and the latest developments, and will take the necessary action as has been done previously, ” he said at the Dewan Rakyat today.

"To ensure the people continue to be protected if the Movement Control Order (MCO) period is extended, the government will continue to monitor the situation and the latest developments, and will take the necessary action as has been done previously, ” he said at the Dewan Rakyat today.
Tengku Zafrul, who was responding to a question from Lim Guan Eng (DAP-Bagan) on whether the loan repayment moratorium would be extended by another six months, said the country’s banking system is estimated to incur lose RM1.06 billion under the Malaysian Financial Reporting Standards (MFRS) 9 for every month the moratorium is extended.
He said Malaysia was one of the first countries in the world to implement a loan repayment moratorium, and the first country to introduce a six-month moratorium.
Other countries that have introduced a moratorium include Singapore, Indonesia, the Philippines, Thailand, the United Kingdom, Canada, Italy and the United States.
In reply to a question from Tan Sri Noh Omar (PN-Tanjong Karang) on the positive impact of the moratorium, he said the value of the moratorium as of July 20 has hit RM59 billion while overall, the moratorium has benefited 7.7 million Malaysians, comprising 93 per cent of individual borrowers.
"I am confident the moratorium has to some extent helped the people face the challenging period due to COVID-19.
"In the ongoing discussions with Bank Negara Malaysia and the banking sector on their direction moving forward, they have given a commitment to continuing to help the people and businesses who need assistance in this challenging period, ” he said.
Tengku Zafrul said the results of the discussions will be announced soon. - Bernama


KUALA LUMPUR: Bermula esok, peminjam sewa beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap akan menerima notis pemberitahuan proses penangguhan pembayaran susulan pelaksanaan moratorium selama enam bulan yang diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum ini.

Notis akan diberikan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel atau surat berdaftar daripada institusi perbankan masing-masing berhubung dengan langkah yang perlu diambil bagi menyempurnakan proses terbabit.

Institusi perbankan juga akan menyediakan maklumat terperinci kepada setiap peminjam mengenai perubahan yang dibuat terhadap perjanjian pinjaman sewa beli atau pembiayaan Islam berkadar tetap.


Maklumat mengandungi jadual pembayaran balik semakan dan apa-apa perubahan terhadap jumlah pembayaran, yang meliputi jumlah kadar faedah atau keuntungan biasa yang terakru sepanjang tempoh moratorium.

BNM dalam satu kenyataan berkata, susulan daripada pengumuman pada 25 Mac 2020 lalu, institusi perbankan sedang dalam proses memformalkan perjanjian.

Bank pusat berkata, ini adalah bagi mencerminkan semakan terhadap syarat pembayaran balik dengan peminjam yang mempunyai pinjaman sewa beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap bagi pelaksanaan moratorium enam bulan.

"Langkah ini adalah bagi memenuhi keperluan prosedur di bawah Akta Sewa Beli 1967 dan keperluan Syariah yang terpakai bagi apa-apa perubahan yang dibuat terhadap syarat perjanjian terbabit, termasuk perubahan kepada jadual pembayaran atau jumlah pembayaran berikutan moratorium.

"Sehubungan dengan itu, BNM telah meminta institusi perbankan untuk mengambil langkah yang perlu bagi memastikan peminjam diberikan maklumat yang jelas mengenai proses dan perubahan terhadap syarat perjanjian, selain menetapkan cara paling sesuai dan mudah untuk memuktamadkan perjanjian dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya dalam satu kenyataan.




1- login m2u, check option ,
5sRCbn.png

2- nak tangguh
(deferment)
nak sambung bayar macam biasa (continue payment)

3-Penerangan semasa
vZKrV6T.png


4-Penerangan berjadual
Klik sini



1-Untuk sewa beli kenderaan
IMG_20200513_103820.jpg

2- Pemulangan semula pembiayaan peribadi sektor awam

3- Panduan ringkas untuk individu
Klik sini

1- Infografik
1.png

2.png
3.png
4.png


2- Penerangan berjadual dari KFH
Klik sini

1- Isi borang sebelum 15 June 2020, untuk membuat penangguhan pembayaran sewa beli
Klik sini

2- Penerangan berjadual ringkas


For Customers Who Choose NOT TO PARTICIPATE (OPT OUT)For Customers Who choose to PARTICIPATE (OPT IN)
Only For Hire Purchase /Hire Purchase-iContinue to make repayments/payments as usual.

If you choose not to participate after taking the loan/financing deferment in April and May, please arrange to make repayments/payments for the month of April and May before the 30th of September 2020, to avoid late charges and your account going into arrears.
Provide your consent to HLB/HLISB by 15 June 2020 via a consent, which will be available 8 May 2020.

If you don’t provide your consent to participate by 15 June 2020, you will need to make repayments/payments on the due date starting June 2020 to avoid late/compensation charges.

For Other Loans/Financing-i ProductsFor Customers Who Choose NOT TO PARTICIPATE (OPT OUT)For Customers Who Choose to PARTICIPATE (OPT IN)
No Standing InstructionsContinue to make repayments/payments as usualStop making repayments/payments for 6 months from April 1, 2020 to September 30, 2020
With Standing Instructions Initiated by HLB/HLISBPlease fill in the form here to OPT OUT and have your SI reinstatedNo action needed. Your repayments/payments will be automatically stopped for 6 months from April 1, 2020 and automatically reinstated on October 1, 2020
With Standing Instructions Initiated by Customers on Connect Online BankingNo action needed. Your repayments/payments will continue as per normalYou will need to change your standing instruction(s) through Connect Online Banking should you wish to defer your loan/financing instalments.

Please remember to effect a new standing instruction for your repayments/payments before October 1, 2020 so that your repayments/payments are kept up to date after the moratorium ends.
With Standing Instructions Initiated by Customers with Other BanksPlease amend the SI with the respective Banks
Credit Card Customers
We will be offering our credit card customers the option to convert their outstanding balances into term loans through the Credit Card Relief Conversion Plan. Customers have the option to opt-in for a 36-month instalment plan at an effective interest rate of 13% p.a. (Flat interest rate 7.1% p.a.)

Corporate Customers
Corporate customers
can apply for loan / financing deferment through their Relationship Managers and will be evaluated on a case-by-case basis.


3-Penerangan berjadual Sewa beli
Klik sini

4-Penerangan berjadual pinjaman hartanah
Klik sini

1- Penerangan berjadual
Klik sini

1- Isi borang sebelum 30 May 2020, untuk penangguhan pembayaran
Klik sini

2- Soalan Lazim & jawapan
Klik sini

1-Penerangan berjadual
Klik sini
 

Attachments

Last edited:
Sponsored Post

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,399
Reaction score
1,586
Points
596
Syukur pada Allah

Dapat ringankan banyak bebanan rakyat
 

anbusan

Super Active Member
Joined
Jan 22, 2006
Messages
7,801
Reaction score
136
Points
83
HP customers who choose to take up the moratorium will have the option to pay the accumulated six months' deferred instalments together with their October instalment without being charged any additional interest.

They also have the option to continue the repayment of these instalments post October through an extension of six months in the repayment period after the original maturity date. In this case, interest based on the contractual rate will be charged on the amount of deferred instalments that remains outstanding until the instalments are fully repaid, which should be by the end of the extended six-month tenure.



serupa bayo je la kot, kalau tak interest jalan. member aku loan rumah die cimb da kene charge interest 1k lebih haha
 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
21,807
Reaction score
1,996
Points
201
Haha. Bank u turn jugak ning. Tak dapat cari makang kot masa moratorium.
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 17, 2007
Messages
5,808
Reaction score
1,153
Points
151
Haaa tepukk..

23-D45-C7-C-9-CCD-4977-BADA-545-CA341327-C.jpg


..dahi

nak bayau gaji staf kot
 

Laici

Super Active Member
Joined
Aug 19, 2014
Messages
5,324
Reaction score
671
Points
121
pakat U turn la..u turn last minit pulak tu, esok berkuatkuasa hari ni orang ramai baru dapat info... memang jilaker perangai..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register