Covid-19 Moratorium Bersasar.Bingung?Isi Kaji Selidik di Post 1

CG Sponsors




akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,987
Reaction score
1,705
Points
151
Sejumlah 752,000 peminjam perlu bantuan pembayaran balik pinjaman
eko-eko-bnm13_1602764751.jpg
Bank Negara Malaysia. - Foto Bloomberg
KUALA LUMPUR: Sejumlah 47 peratus atau 752,000 daripada 1.6 juta peminjam yang dihubungi bank setakat ini menyatakan mereka memerlukan bantuan pembayaran balik pinjaman susulan berakhirnya moratorium automatik pada 30 September 2020, demikian kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Berdasarkan perangkaan terkini bank pusat itu menunjukkan daripada jumlah itu, 84 peratus daripada mereka, sudah memohon bantuan dari bank masing-masing.


Sementara baki 16 peratus peminjam yang dihubungi itu pula menyatakan mereka belum pasti sama ada memerlukan bantuan berkenaan ketika ini.

Namun begitu, BNM menegaskan, peminjam berkenaan masih boleh memohon kemudian jika keadaan kewangan mereka berubah.

"Kadar kelulusan (bantuan pembayaran balik pinjaman) kekal tinggi sekitar 98 peratus. Daripada permohonan yang diluluskan, kira-kira 40 peratus adalah untuk penangguhan bayaran dan kira-kira 60 peratus untuk mengurangkan pembayaran, termasuk memilih untuk hanya membayar faedah buat masa ini," kata bank pusat itu dalam satu kenyataan.

Sementara itu, BNM berkata, jumlah peminjam individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang memilih untuk kembali membayar balik pinjaman mereka sebelum tempoh moratorium berakhir pada hujung September lalu terus meningkat, dengan pertambahan tiga kali ganda kepada 900,000 pada akhir September 2020.

Ia berkata, nilai keseluruhan bayaran balik pinjaman sehingga akhir Ogos 2020 mencecah kira-kira 70 peratus daripada paras yang direkodkan sebelum pelaksanaan moratorium automatik.

Selain itu, BNM berkata, peminjam juga menggunakan pelbagai saluran yang disediakan untuk mendapatkan bantuan menguruskan hutang mereka.

Ia berkata, sejumlah 67,000 individu dan PKS mendapatkan khidmat nasihat pengurusan hutang atau menyertai Program Pengurusan Hutang dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kewangan (AKPK).

Bank pusat juga menasihatkan peminjam yang berdepan kesukaran dengan bank mereka boleh menghubungi BNMTELELINK menerusi email di [email protected]atau menghubungi talian 1-300-88-5465.
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
283,701
Reaction score
11,718
Points
2,376
Bagus moratorium ni
Memang membantu bagi yang ada masalah kewangan dalam keadaan ekonomi skrg
 

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,987
Reaction score
1,705
Points
151
Repayment aid remains available for borrowers, Bank Negara says
904662.jpg

“Borrowers who declined repayment assistance for now would still be able to apply for targeted assistance throughout 2020 and into 2021 if their financial circumstances change in the future, ” it said.
904662.jpg

“Borrowers who declined repayment assistance for now would still be able to apply for targeted assistance throughout 2020 and into 2021 if their financial circumstances change in the future, ” it said.
KUALA LUMPUR: Repayment assistance will remain available for borrowers whose incomes have been affected by the Covid-19 pandemic, Bank Negara Malaysia said.

In a statement on Monday that depending on their circumstances, borrowers facing challenges have generally requested for reductions in monthly repayment instalments or an extension of the moratorium.

“Borrowers who declined repayment assistance for now would still be able to apply for targeted assistance throughout 2020 and into 2021 if their financial circumstances change in the future, ” it said.

Bank Negara said the scale of targeted repayment assistance is unprecedented in Malaysia’s banking history.

It gave an assurance that assistance continues to be offered to borrowers across a range of income groups, with special consideration given to households from the B40 category, micro businesses as well as borrowers affected by movement restrictions.

A targeted approach to repayment assistance extends relief measures more sustainably, while lending strength to the economic recovery.

It said many borrowers are now able and have started to resume repayments. For this group, resuming repayments would be in their interest as this would reduce the overall cost of borrowings. If their financial circumstances change down the road, targeted repayment assistance would still be available.

It also said borrowers who require assistance at this time have the opportunity to customise their repayment plans based on what they can afford.

“If their circumstances are further challenged in the future, they would have more recent repayment records to facilitate further assistance by banks, ” it said.

The financial resources of the banking system can be prioritised to help those most affected by COVID-19. As more borrowers who can afford to repay do so, more assistance can be made available to borrowers that need it.

Bank Negara said banks have been entrusted by the public to manage their savings.

The public, as depositors, expect that banks discharge their fiduciary obligation by managing these funds prudently and using them to provide loans to the economy for productive purposes.

In addition, banks source capital from institutional funds, such as those managing the pensions, retirement funds and investments of Malaysians. It is therefore important to preserve a healthy credit culture where borrowers who can afford to repay do so.

Bank Negara said more than 640,000 applications for repayment assistance have been received, with an approval rate of around 98%.

The types of packages offered by banks reflect the financial needs and circumstances of the borrowers.

Of those approved:
904666.JPG


It said 40% were granted an extension of the moratorium. These consisted mainly of individuals who have been recently made unemployed, as well as businesses in sectors that may still be experiencing significant operating constraints caused by the pandemic.

Then other 60% received a reduction in instalments. Borrowers who have requested a reduction in instalments includes those in the B40 group. These instalment reductions put individuals and SMEs on a path to start paying down their loans, at levels which they are comfortable with.

Among individuals who requested repayment assistance to date, about 50% have a monthly income of RM5,000 or less.

Meanwhile, 28% are those with a monthly income between RM5,000 to RM10,000.

Borrowers in other segments who need assistance are also being supported, including those who earn variable incomes, and those employed in sectors that have been hardest hit such as the tourism sector.

“Applications for repayment assistance at any time before June 30,2021 will also not appear on a borrower’s CCRIS records.

“There are no processing fees/charges associated with applications for repayment assistance for individual and SME borrowers.

“To obtain targeted assistance, borrowers need to apply directly to their respective banks, ” it said.

Bank Negara urged the public to visit https://www.bnm.gov.my/tra for more information on whether they need targeted assistance and qualifying assistance.
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,266
Reaction score
1,127
Points
201
xada perancangan ke nk lanjutkan motarium ni.... hutang pun bersifat jangka masa panjang...
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
22,217
Reaction score
1,666
Points
206

Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media khas berkenaan satu pengumuman penting pasca sesi mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Hotel Le Meridien Kuala Lumpur pada 13 Oktober 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Anwar saran kerajaan lanjut moratorium tiga bulan lagi
by Nadiah ZamlusOctober 22, 2020 6:11 pm

SHAH ALAM, 22 OKT: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaan supaya kerajaan melanjutkan moratorium pinjaman untuk tempoh tiga bulan lagi.
Ketua pembangkang berkata langkah itu dapat membantu rakyat dan sektor perniagaan menempuh kemelut sepanjang pandemik Covid-19 yang dijangka akan berpanjangan.

“Kerajaan harus tonjolkan kepimpinan yang punya kualiti dengan melanjutkan moratorium pinjaman untuk tiga bulan lagi.
“Langkah tambahan adalah diperlukan bagi menopang industri kecil dan gaji kepada pekerja sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” kata Pengerusi Pakatan Harapan dalam kenyataan hari ini.

Pada 29 Julai lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar untuk tempoh tiga bulan dengan fokus kepada golongan benar-benar memerlukan seperti mereka hilang pekerjaan atau masih belum mendapat pekerjaan baharu.

Selepas tiga bulan menurutnya, tempoh moratorium boleh dilanjutkan oleh bank bergantung kepada situasi individu masing-masing.
Sementara itu, Anwar turut menegur arahan bekerja dari rumah seperti diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Kita kini di minggu kedua Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah Klang. Terdapat banyak kekeliruan terkait tatacara operasi piawai (SOP). Ini bukan bahan ketawa tatkala melibatkan atau mengesankan kehidupan jutaan rakyat.

“Meski kita telah lapan bulan sejak diumumkan PKP, nampaknya kita masih belum jelas soal stategi kerajaan dalam menangani kemelut ini dan tentang bagaimana harus dibangunkan semula ekonomi,” kata ahli parlimen Port Dickson.

Beliau berkata arahan bekerja dari rumah tidak masuk akal apabila golongan berpendapatan rendah di bahagian operasi dikehendaki bekerja seperti biasa dan mempersoalkan bagaimana langkah itu dapat membantu aspek kesihatan awam.

Katanya, perubahan di saat akhir termasuk arahan melibatkan pekerja sektor awam dan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dilihat menambah rumit orang ramai serta membazir masa.

“Kerajaan perlu telus dan informatif terutamanya melibatkan dasar jelas dalam mendepani kemelut. Ia tidak membina keyakinan samada domestik atau kepada pelabur luar apabila kenyataan penting dibuat tanpa kajian menyeluruh.

“Meski kerajaan mengumumkan aktiviti ekonomi dibenarkan namun panduan terkini ternyata akan memberi dampak pada perniagaan terutamanya kepada mereka yang kini sedang bergelut dalam sektor peruncitan.

“Menurut Retail Group Malaysia (RGM), kira-kira 51,000 iaitu 15 peratus dari jumlah keseluruhan industri di Malaysia tidak mampu bertahan lebih dari empat atau lima bulan mendatang,” kata Presiden KEADILAN.

 

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,987
Reaction score
1,705
Points
151
SHORTS : Fahami Syarat Berhutang
| | 22 Oktober 2020


A A
SHORTS WACANA AL-QURAN SIRI 3

PROF. MADYA DATO' DR.MOHD IZHAR ARIFF MOHD KASHIM, Pensyarah Kanan Fiqh Fatwa & Pusat Kajian Syariah Fakulti Pengajian Islam UKM berkongsi syarat-syarat jika perlu berhutang. Sebaiknya hutang dibuat dengan sebab yang kukuh, bukan kerana hawa nafsu untuk menunjuk
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/106474/VIDEO/SHORTS-Fahami-Syarat-Berhutang
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,987
Reaction score
1,705
Points
151
Hong Leong Bank lanjut bantuan bayar balik pinjaman hingga Jun 2021
hongleong_1603710165.jpg
Gambar fail. Salah sebuah cawangan Hong Leong Islamic Bank di Kuala Lumpur, Malaysia. - Foto: Goh Seng Chong/Bloomberg
KUALA LUMPUR: Hong Leong Bank (HLB) dan Hong Leong Islamic Bank (HLISB) akan melanjutkan Pelan Bantuan Pembayaran HLB (HLB PRAP) kepada pelanggan masing-masing sehingga 30 Jun 2021.

Dalam satu kenyataan, HLB mengulangi pelan bantuan pembayaran itu bertujuan untuk membantu pelanggan memulihkan kedudukan mereka dan ia termasuk permohonan untuk pelanggan yang telah mula membuat pembayaran tetap tetapi mungkin masih berdepan dengan halangan.

"Bentuk bantuan itu meliputi, tetapi tidak terbatas kepada, tempoh penangguhan pembayaran tambahan untuk pelanggan yang telah kehilangan pekerjaan atau menutup perniagaan mereka, atau pengurangan ansuran pinjaman bulanan dengan jangka masa pinjaman dilanjutkan bersesuaian dengan tahap pengurangan pendapatan pelanggan," katanya.

HLB berkata pihak bank juga telah mendedikasikan Pelan Bantuan Penukaran Baki Kad Kredit untuk membantu pelanggan menguruskan hutang kad kredit mereka.

Pelan itu membenarkan pelanggan menukar baki kad kredit tertunggak mereka ke dalam pinjaman berjangka dengan memilih pelan ansuran 36 bulan pada kadar faedah efektif 13 peratus setahun (kadar faedah rata 7.1 peratus setahun).

Pihak bank akan menerima permohonan untuk fleksibiliti tersebut sehingga 30 Jun 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif HLB dan Pengarah Urusan Kumpulan, Domenic Fuda, berkata bank itu kekal fokus dan tangkas bagi memastikan bantuan tambahan dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

"Kami juga memberi bantuan kepada pelanggan yang ingin mengembangkan perniagaan mereka, atau mengautomasikan atau mendigitalkan operasi mereka, atau khususnya kepada individu yang sedang mencari pembiayaan baharu untuk memenuhi keperluan peribadi mereka," katanya.

Pelanggan boleh menghubungi talian hotline Pelan Bantuan Pembayaran HLB/HLISB di talian 03-7959 1888 atau lawati www.hlb.com.my/relief untuk maklumat lanjut.

– BERNAMA
 

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,987
Reaction score
1,705
Points
151
Masih boleh mohon tangguh bayaran pinjaman - BNM
Kuala Lumpur: Peminjam terutamanya yang terjejas susulan sekatan pergerakan yang dikuatkuasakan akibat lonjakan kes Covid-19 di Malaysia masih boleh mendapatkan bantuan pembayaran balik pinjaman daripada bank masing-masing.

"Peminjam tidak perlu bimbang. Bantuan pembayaran balik masih dilaksanakan dan akan dilanjutkan sehingga 2021. Kami faham keadaan dan ketidakpastian boleh berubah pada masa depan dan orang ramai boleh mendapatkan bantuan pada bila-bila masa," kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia Jessica Chew kepada Bernama di Kuala Lumpur, hari ini.

Walaupun moratorium penangguhan pinjaman secara automatik, bantuan pembayaran balik dan moratorium bersasar yang selanjutnya tidak pernah berlaku sebelum ini, bank telah menggerakkan kesemua sumber mereka untuk menguruskan situasi ini.

"Bank-bank dalam kedudukan yang baik untuk memberi maklum balas mengenai keperluan peminjam. Semua bank mempunyai sumber khusus dan merekayasa semula proses untuk mengkaji kembali permohonan peminjam," kata Chew.

Peminjam boleh menghubungi bank secara dalam talian atau panggilan telefon walaupun berada di kawasan yang dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"BNM mempunyai laman khas (www.bnm.gov.my/tra) yang mana peminjam yang memerlukan bantuan pembayaran balik, boleh mendapatkan lebih banyak maklumat.

"Peminjam juga boleh mengisi borang di laman web http://bnm.my/RAsurveyberserta sedikit maklumat ringkas yang boleh kami gunakan untuk menguruskan panggilan semula daripada bank-bank mereka," kata Chew.

Sebanyak 640,000 permohonan bantuan telah diterima setakat 9 Oktober lepas. Kadar kelulusan berjumlah 98 peratus dengan 40 peratus daripadanya menerima lanjutan moratorium dan 60 peratus lagi mendapat pengurangan ansuran.

Malah, Chew berkata permohonan bantuan pembayaran semula telah mula diterima meskipun sebelum moratorium menyeluruh tamat.

Beliau menegaskan bantuan bayaran balik pinjaman secara bersasar adalah paling sesuai buat masa ini kerana ia membolehkan bank melanjutkan bantuan sementara kepada peminjam yang sangat memerlukan.

Bank juga telah lebih bersedia dengan menyediakan infrastruktur untuk membantu peminjam berbanding ketika pandemik ini kali pertama berlaku.

"Pada Mac tahun ini, ketika segala aktiviti terhenti secara tiba-tiba, tiada siapa menyangka situasi seperti itu akan terjadi. Dalam situasi berkenaan, terdapat keperluan untuk menyediakan bantuan segera kepada para peminjam.

"Kini, bukan hanya sistem penjagaan kesihatan kita yang lebih bersedia, malah bank juga begitu," katanya.

Bantuan bayaran balik bersasar turut menambah baik kebolehlihatan prestasi pinjaman bank.

"Masih banyak ketidakpastian memandangkan kita belum tahu berapa lama pandemik ini akan berakhir, sekurang-kurangnya sehingga vaksin dibangunkan. Oleh itu, adalah penting untuk menjimatkan sumber dan diberikan kepada perniagaan dan mereka yang memerlukan sahaja," katanya.

Pinjaman baharu turut penting untuk menyokong pemulihan ekonomi dan bank perlu selesa untuk memberikan pinjaman, kata Chew.

"Sekiranya sumber digunakan di tempat lain, ia mungkin menjejaskan aliran kredit kepada sektor yang memerlukan pembiayaan untuk memulakan semula aktiviti perniagaan. Ini seterusnya boleh menjejaskan ekonomi dan kadar pemulihan ekonomi," katanya.
 

halhas

Active+ Member
Joined
Mar 13, 2013
Messages
3,314
Reaction score
4
Points
25
saya setuju cadangan untuk lanjutkan cadangan melanjutkan memorium nie..
hal nie banyak membantu rakyat.. serta membantu ekonomi negara juga..
jika rakyat tak bebelanjan.. ekonomi akan suram
 

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,987
Reaction score
1,705
Points
151
DAP sedia kerjasama dengan semua untuk lanjutan moratorium
DAP menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan semua parti untuk menekan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin supaya secara automatik melanjutkan moratorium pinjaman bank yang berakhir bulan lalu.

Seteru sengit DAP, Umno adalah antara yang menuntut supaya moratorium itu dilanjutkan, dengan bekas presidennya, Najib Razak antara yang menyokongnya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, lanjutan sehingga Mac 2021 diperlukan kerana rakyat sedang menderita.

Dia juga berkata bahawa gelombang ketiga penularan Covid-19 telah membantutkan pemulihan ekonomi terutama untuk perniagaan kecil.

336746e06145b47381659af28cd35b9e.jpg

"Sekiranya Muhyiddin enggan mendengar lebih 6.6 juta peminjam yang ditinggalkan ketika moratorium pinjaman berakhir pada 30 September, maka semua parti politik harus berkolaborasi bersama-sama untuk menuntut lanjutan moratorium pinjaman secara automatik selama enam bulan lagi, demi untuk menyelamatkan pekerjaan dan perniagaan rakyat Malaysia," katanya.

Moratorium pinjaman telah berkuatkuasa selama enam bulan hingga akhir bulan lalu.

Walau bagaimanapun, mereka yang kehilangan pekerjaan dan belum bekerja semula akan mendapat lanjutan tiga bulan.

Mereka yang telah dipotong gaji, juga layak untuk medapatkan pengurangan kadar pembayaran balik.

Lim berkata, untuk melanjutkan moratorium akan menelan belanja sebanyak RM6.4 bilion, yang mampu diserap oleh industri perbankan.

Najib pernah berkata bahawa melanjutkan moratorium pinjaman adalah antara perkara yang dapat dilakukan oleh Umno sekiranya ia bekerjasama dengan presiden PKR Anwar Ibrahim, dengan syarat Umno diberi peranan dalam menguruskan ekonomi dan kewangan negara.

40f2c07f75a76af85d30e4f39f62fcb5.jpg

Bagaimanapun, dia berkata, bahawa kerjasama itu adalah bersyarat, termasuk tanpa pembabitan DAP.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register