BTC USD 42,089.0 Gold USD 1,777.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Moratorium 6 Bulan untuk B40,M40&T20.Update terbaru.semak Angkasa untuk Penjawat Awam

akecema

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 26, 2007
Messages
22,968
Reaction score
2,741
Points
206
Teman tak amik mora setakat ni
aku ambik je bang kalau xde interest
ini je la 'bantuan' yang dapat untuk M40
nak jugak rasa
lain2 bantuan boleh tolong tgk je
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,318
Reaction score
15,000
Points
2,376
aku ambik je bang kalau xde interest
ini je la 'bantuan' yang dapat untuk M40
nak jugak rasa
lain2 bantuan boleh tolong tgk je

Masa mula² dulu ada interest kan
 
akecema

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 26, 2007
Messages
22,968
Reaction score
2,741
Points
206
Masa mula² dulu ada interest kan
xde bang
zero interest masa 1st mora,
lepas 6 bulan, kalau sape sambung akan kene charge interest
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,318
Reaction score
15,000
Points
2,376
xde bang
zero interest masa 1st mora,
lepas 6 bulan, kalau sape sambung akan kene charge interest

Dah lepas pun kan
Takpe la
Tak merasa la
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,318
Reaction score
15,000
Points
2,376

Kerajaan bincang moratorium hutang tanpa faedah

Oleh Zanariah Abd Mutalib- September 14, 2021 @ 2:00pm
[email protected]

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan berbincang dengan Kementerian Kewangan berhubung cadangan pemberian moratorium pinjaman tanpa faedah terakru kepada rakyat bagi memudahkan pembayaran hutang isi rumah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, kerajaan memahami situasi yang dihadapi rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

"Cadangan itu akan dibincangkan dengan Menteri Kewangan (Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz).
"Insya-Allah, kita akan membantu sebaik-baiknya," katanya pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang bertanya sama ada kerajaan bercadang memberi moratorium tanpa faedah terakru kepada rakyat bagi membantu pembayaran hutang isi rumah seperti rumah dan kenderaan, berikutan peningkatan hutang isi rumah yang pantas iaitu sebanyak 5.5 peratus ketika pandemik COVID-19.

Pada Ogos lalu, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, berkata pengecualian sepenuhnya caj kadar faedah terakru ke atas moratorium bayaran balik pinjaman akan memberi implikasi buruk jangka panjang kepada bank jika dilaksanakan, memandangkan 80 peratus pendapatan bank disumbangkan pendapatan faedah.

Beliau berkata, pinjaman runcit dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang layak untuk mengambil moratorium automatik berjumlah kira-kira RM1.4 trilion atau mewakili 73 peratus jumlah pinjaman dalam sistem perbankan.

Justeru, Nor Shamsiah berkata, pengecualian caj kadar faedah terakru pinjaman akan memberikan implikasi yang besar kepada bank dan ekonomi dalam jangka panjang, antaranya bank akan menarik balik pinjaman bagi menjamin penampan mereka, penurunan penarafan kredit bank dan tekanan kecairan yang akan menjejaskan keyakinan terhadap bank.

hm_duit_1631601776.jpg

zari83

Active+ Member
Joined
Nov 24, 2011
Messages
4,087
Reaction score
973
Points
81

kalau ada kesan negatif pada bank pun apa salahnya, selama ni tiap tahun pun buat untung billion2.. zaman covid ni sama2 la merasa impaknya..
 
  • Like
Reactions: Ran

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,318
Reaction score
15,000
Points
2,376

Bank mampu kecualikan bayaran faedah pinjaman moratorium

Oleh Hazwan Faisal Mohamad- September 15, 2021 @ 2:18pm
[email protected]

atm_04_1522844968_1631695971.jpg

Kementerian Kewangan mengarahkan institusi perbankan untuk mengusahakan pengecualian bayaran faedah bagi penerima moratorium pinjaman bank - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bank masih mampu menguruskan kesan daripada pengecualian bayaran faedah moratorium selama tiga bulan bermula Oktober sehingga Disember ini.

Penganalisis AmInvestment Bank, Kelvin Ong, berkata ia bersandarkan kepada fakta bahawa pengecualian itu hanya tertakluk kepada peminjam berpendapatan rendah yang pinjamannya lebih kecil berbanding golongan berpendapatan tinggi dalam segmen M40 dan T20.

Katanya, berdasarkan semakan, pinjaman kepada segmen B40 kebiasaannya hanya mewakili 10 peratus daripada pinjaman runcit bank, manakala pinjaman untuk segmen M40 dan T20 masing-masing mewakili 20 peratus dan 70 peratus.

"Kami menganggarkan bahawa pengecualian pembayaran faedah untuk tujuh bank yang kami kaji adalah berjumlah RM562 juta pada suku keempat 2021. Kesan kepada keuntungan bersih bank antara 1.4 peratus hingga 5.8 peratus.

"Penilaian kami terhadap bank-bank kekal tidak berubah kerana ia sudah pun berdasarkan angka tahun kewangan 2022.

"Kami melihat penurunan harga saham perbankan ekoran pengumuman berita ini semalam sebagai reaksi 'tersentak'. Ini memberi peluang untuk mengumpulkan saham perbankan yang terus menurun kerana asas-asas bank tetap utuh," katanya.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Selasa mengumumkan kementeriannya mengarahkan institusi perbankan untuk mengusahakan pengecualian bayaran faedah bagi penerima moratorium pinjaman bank dengan segera.

Ia membabitkan penerima moratorium dari kumpulan 50 peratus terbawah daripada keseluruhan rakyat Malaysia untuk sepanjang tempoh tiga bulan pada suku keempat 2021.

Pandangan Ong itu juga senada dengan pendapat MIDF Research yang menegaskan bahawa kesan pengecualian itu kepada sektor perbankan adalah tidak ketara iaitu penurunan sekitar 1.7 peratus kepada hasil faedah bank.

"Kami menganggarkan kesannya kepada hasil bank adalah tidak kurang daripada lima peratus. Tiada perubahan kepada unjuran hasil di bawah bank yang kami liputi," katanya dalam nota penyelidikan.

Firma penyelidikan itu turut mengekalkan pendirian positif terhadap sektor perbankan walaupun terdapatnya pengecualian faedah berkenaan.

Namun begitu, ia berkata sektor ini mungkin bimbang kemungkinan terdapat kenaikan kos kredit dan tekanan yang tinggi terhadap kualiti aset yang berpunca daripada sekatan pergerakan berpanjangan pada Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

"Bagaimanapun, kami tetap yakin dengan prospek sektor perbankan pada tahun kalendar 2021 dan 2022.

"Keyakinan kami berdasarkan kepada pemulihan ekonomi susulan pembukaan semula ekonomi secara berperingkat kerana percaya sektor perbankan mampu menyerap kos kredit yang lebih tinggi daripada jangkaan serta tekanan pada kualiti aset kerana adanya paras penampan yang tinggi,

"Di samping itu, kami juga menjangkakan sebarang kenaikan kos kredit tidak akan sama seperti mana tahun kalendar 2020, memandangkan keadaan yang berbeza tahun ini," katanya.

Bagaimanapun, RHB Investment Bank Bhd dalam nota kajiannya berbeza pandangan apabila menganggarkan sebanyak RM2.3 bilion keuntungan bank dijangka terkesan berikutan pengecualian bayaran faedah moratorium itu.

"Ini berdasarkan andaian mereka yang bergaji RM5,000 ke bawah diklasifikasikan sebagai B50. Kami menganggarkan kesan yang maksimum iaitu jika semua peminjam B50 memohon moratorium tanpa faedah ini.

"Andaikan kesan penuhnya pada suku keempat 2021 ini, secara potensinya kami melihat penurunan ketara dalam keuntungan sektor perbankan," kata bank pelaburan itu dalam satu nota.

Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register