BTC USD 38,760.3 Gold USD 1,799.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Moratorium 6 Bulan untuk B40,M40&T20.Cara Lanjut Mora akan diupdate di page 1

redx

Active Member
Platinum Member
Joined
Jul 13, 2007
Messages
1,407
Reaction score
121
Points
43
Saya pun susah hati.
Lepas moma yg pertama, sy bayar loan rumah mcm biasa tapi hotang pokok tak gerak gerak, dah brape bulan dah dok bayar.
Sebelum covic dulu ada jugak gerak.
Bank makan semua ka,
bank mana ya, loan dh brpa lama, sebab ikut bank ,payment bayar interest aja untuk sekian2 masa. cuba tgk transactions utk home loan
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
304,472
Reaction score
13,638
Points
2,376
FB_IMG_1624203886901.jpg

Sebagaimana langkah sekatan pergerakan, moratorium itu juga menjadi tempoh untuk meneliti atau menilai semula keperluan kewangan serta mengenal pasti penyelesaian bersesuaian.

Tindakan ini sememangnya amat penting untuk kelompok perniagaan yang terkesan mahu pun kalangan individu yang kehilangan atau kekurangan sumber pendapatan/gaji.

Berita selanjut di

 

redx

Active Member
Platinum Member
Joined
Jul 13, 2007
Messages
1,407
Reaction score
121
Points
43

Peniaga tak boleh beroperasi dapat moratorium automatik​


zafrul-biru2_1624190461.jpg
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
KUALA LUMPUR: Perniagaan yang tidak termasuk dalam senarai dibenarkan beroperasi oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dan pekerja mereka boleh memohon moratorium serta diberikan kelulusan automatik, termasuk individu golongan M40 dan T20 yang terjejas pendapatan.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata kerajaan juga akan terus memberikan bantuan kewangan secara bersasar kepada perniagaan dan individu yang terjejas sepanjang sekatan pergerakan penuh berikutan pelaksanaan PKP 3.0.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum ini turut menyatakan moratorium automatik akan diberikan kepada golongan B40 jika mereka memohon, tidak kira sama ada terjejas pendapatan atau tidak.
Malah, tegasnya, individu M40 dan T20 yang terjejas pendapatan akan turut dibantu.

"Begitu juga perniagaan. Jika kewangan terkesan disebabkan sekatan pergerakan penuh, mereka boleh memohon moratorium dan akan diberikan secara automatik.
"Ia termasuk perniagaan yang berada dalam sektor tidak dibenarkan beroperasi oleh MKN sepanjang tempoh ini.
"Perniagaan dan individu yang terjejas layak mendapat bantuan moratorium. Namun, bagi yang tidak terjejas, mereka boleh membayar pinjaman seperti biasa," katanya pada sidang media khas bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin secara maya, hari ini.
Tengku Zafrul berkata, bantuan moratorium secara bersasar turut dilaksanakan di beberapa negara, tidak hanya di Malaysia.
Jelasnya, tiada negara yang memberikan moratorium menyeluruh kepada semua perniagaan dan individu, sama ada mereka yang terjejas pendapatan mahupun tidak.
"Moratorium bersasar yang dilaksanakan kerajaan juga seiring dengan pelaksanaan negara lain seperti United Kingdom, Australia dan Singapura.
"Pendekatan ini sama, membantu golongan yang terkesan. Jika terkesan, mereka harus dibantu," katanya.
Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, sepanjang krisis COVID-19, kerajaan terus menyalurkan bantuan tunai secara langsung kepada golongan terjejas.
Beliau berkata, jumlah besar bantuan tunai secara langsung kepada rakyat bagi keseluruhan 2021 adalah sebanyak RM16.7 bilion.
Katanya, pelbagai bantuan masih dalam proses pelaksanaan dengan baki peruntukan untuk tempoh Jun hingga Disember 2021 adalah sebanyak RM8.1 bilion.
"Bagi kelangsungan perniagaan, kerajaan sudah memberi bantuan tunai RM14.1 bilion pada tahun ini.
"Bantuan kepada perniagaan juga masih belum berakhir. Sejuta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) akan menerima Geran Khas Prihatin (GKP) pada hujung Jun dan Julai.
"Peruntukan Subsidi Upah juga masih berbaki RM6 bilion untuk disalurkan. Dengan kata lain, kerajaan menampung dan membayar gaji rakyat yang terkesan," katanya.
Tengku Zafrul berkata, selain bantuan langsung, kerajaan juga menyediakan bantuan tidak langsung dan subsidi yang diunjurkan mencecah RM15 bilion tahun ini, berbanding hanya RM9 bilion pada 2020.
Beliau berkata, dengan kenaikan harga minyak global, kerajaan juga akan memastikan impak kenaikan kos sara hidup rakyat dihadkan.
"Antara inisiatif kerajaan termasuklah menetapkan harga siling runcit RON95 pada paras RM2.05 satu liter, serta subsidi pek satu kilogram minyak masak pada harga RM2.50.
"Secara keseluruhan, bagi Januari hingga Mei saja, kerajaan menanggung RM4 bilion dari segi peruntukan subsidi untuk tahun ini," katanya.
 
  • Like
Reactions: WnB

sazleej

Active Member
Joined
Jun 15, 2008
Messages
1,106
Reaction score
47
Points
30
Ahahaha.. sikit sikit nak bagi.. auto moratorium mungkin nak umum sehari sevelum sidang parlimen kut... ahhahah
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
83,622
Reaction score
13,601
Points
1,906

DR ASYRAF WAJDI DUSUKI

9m ·


Jika Kerajaan cakna dengan keperitan rakyat ketika ini, tidak perlu tunggu PARLIMEN BERSIDANG! Luluskan sahaja Bantuan Tunai Tambahan, Moratorium automatik secara pukal TANPA CAJ tambahan, i-Sinar 2.0, i-Lestari 2.0 dan Diskaun Bil-Bil Utiliti sepanjang rakyat dikurung waktu PKP ini.
Rakyat AMAT TERTEKAN ketika ini! Tak boleh bekerja, Pendapatan tiada, sewa terpaksa dibayar, ansuran bulanan kena bayar, terkurung di rumah bil-bil mencanak naik.
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,504
Reaction score
2,573
Points
201
Bank hanya beri bantuan jika anda diberhentikan keje atau perniagaan anda tidak dpt diteruskan musim pkp.
Jika benar, buktikan lah kpd kami 😂

kalau sumber pendpatan hakiki tidak terganggu..buat apa kami bank nak bantu

bayar la seperti biasa
Tol tak lalu
Minyak pun jrg isi
Mkn kat umah
Byk bole jimat heheh
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,504
Reaction score
2,573
Points
201
Harap kawan2 b40 & m40 dpt sabar sikit hari lg

kita tgh nak kaji bantuan mee segera 🤣
1624282064260.png
 

eizzbizz

Super Active Member
Joined
Sep 2, 2009
Messages
8,990
Reaction score
750
Points
126
gaji aku dh kena potong 50% ..
lepas bayar rumah je..
kete tak bayar... api air tak bayar.. beras xde..makan pasir..
harap² iSinar bersinar kembali.. bukan duit gomen ..duit sendiri
 

WnB

Super Active Member
Joined
Dec 30, 2007
Messages
9,045
Reaction score
376
Points
91
gaji aku dh kena potong 50% ..
lepas bayar rumah je..
kete tak bayar... api air tak bayar.. beras xde..makan pasir..
harap² iSinar bersinar kembali.. bukan duit gomen ..duit sendiri
takziah tuan.. kalau terkesan mcm ni mmg harus kena dpt mora....
 

penhitam

Active Member
Joined
Mar 26, 2008
Messages
1,977
Reaction score
38
Points
40
gaji aku dh kena potong 50% ..
lepas bayar rumah je..
kete tak bayar... api air tak bayar.. beras xde..makan pasir..
harap² iSinar bersinar kembali.. bukan duit gomen ..duit sendiri

dapat 50% dah kira bersyukur walaupun tak cukup...aku terus cuti tanpa gaji...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register